Muhamad Dhani Fahim selepas dilahirkan pada 1 Julai 2008
Jika ditanya azam untuk 2009...ehhmm..aragghh..issskkk...errgghh..ntahlah cuma aku mahu mempertingkatkan amal ibadat supaya menjadi lebih berkualiti dan bekerja dengan bersih, cekap dan penuh amanah.
SELAMAT TAHUN BARU 2009 MOGA 2009 LEBIH BAIK DRP THN-THN SEBELUMNYA.
TINGGAL lebih kurang 30 minit 2008 akan berlalu. Sekejap lagi dentuman bunga api di sana-sini tanda 2008 ditinggalkan. Sekejap sgt masa berlalu tidak sedar sudah sampai ke penghujung 2008. Apa yang boleh dibanggakan sepanjang 365 hari, 12 bulan ini? aku tidak pernah berazam..dengarnya macam pelik..sungguh!!! jika org lain diari penuh dengan azam yang akan dilaksana tetapi aku hanya membiarkan kehidupan aku mengikut arus. Ya lebih tepat aku mengikut arus kehidupan yang ditentukan yang Maha Esa. Sejak sekolah rendah lagi jika orang lain menginginkan tinggal di asrama..aku hanya menjawab entahlah walaupun ketika aku aku berjaya mendapat 4A dalam UPSR. aku tidak memohon mana-mana sekolah kerana tidak pernah berazam memasuki sekolah berasrama penuh. Ketika melangkah kaki ke tingkatan tiga peperiksaan SRP aku tidak pernah berazam memasuki sekolah berasrama penuh...begitu juga dengan SPM. Aku cuma mengikut arus...kemudian menyambung tingkatan enam dan melanjutkan pelajaran ke USM.
selepas tamat belajar dalam jurusan komunikasi aku tidak pernah menetapkan target untuk bekerja di syarikat besar. apa yang dapat itulah yang aku terima. aku memulakan langkah pertama sebawai wartawan dengan akhbar nyamuk WARTA PERDANA DAN WAWANCARA bekerja di syarikat kecil dengan gaji permulaan kelulusan degree RM1,000 sangatlah memenatkan. Tetapi aku tidak pernah mengeluh malah semakin lama aku jatuh hati pada bidang kewartawan. sehinggalah aku ditawarkan bekerja dengan majalah i-remaja di bawah syarikat berita publishing satu nama yg gah suatu masa dulu. sebagai wartawan aku tidak pernah menetapkan target atau berazam menjadi editor pada sebuah majalah kerana bg aku ada org dilahirkan untuk menjadi pemimpin ada yang dilahirkan untuk menjadi followers yang bagus aku kira aku dilahirkan untuk menjadi pekerja yang bagus bukan sebagai pemimpin.
Begitu juga dalam perkahwinan aku tidak pernah menetapkan target bila mahu menamatkan zaman bujang juga ciri-ciri lelaki pilihan..tetapi aku tidak. jika ada yang bertanya..jawapannya..."ntahlah..kalau yang datang itu menepati ciri-ciri yang sesuai...dialah lelaki idaman." ciri-ciri itu bukan ada pada aku..bukan mata aku menilai..tetapi ada pada lelaki ITU..berkawan..kemudian barulah menilai menerusi mata hati. Bukannya menilai menerusi mata kasar kerana penilaian mata kasar seringkali membuatkan kita salah membuat telahan. Dengarnya seakan pelik...ya sebagai contoh jika kita mahu memilih yang tampan atau kaya mata kasarlah yang menilai, tetapi jika hati jadi taruhan serahkan kepada mata hati untuk menilainya. penilaian mata hati memerlukan kejujuran dan keikhlasan barulah bertemu jawapannya.
Besok 1 januari 2009 perjalanan hidup aku akan memasuki 32 tahun tanggal 10 julai 2009 akan datang. Sudah sampai kepada pertengahan garis kehidupan. Ya sudah lama rupanya aku hidup di muka bumi ini. Setiap hembusan nafas membawa makna berbeza. Aku toleh ke belakang dan melihat apa yang telah aku capai sepanjang tahun itu. Tidak banyak berubah namun aku bersyukur kerana Tuhan masih memberikan tubuh yg sihat untuk aku terus menjadi khalifah di muka bumi ini, memberikan rezeki yang tidak putus-putus, kebahagian serta kesenangan. Walaupun tiada harta melimpah ruah namun aku bersyukur kerana dikurniakan cahaya mata kedua yg sangat bermakna Muhamad Dhani Fahim 1 Julai 2008 lalu.

Itulah hadiah dan rezeki paling berharga yang aku perolehi untuk tahun 2008 juga perlantikan aku sebagai co-ordinating editor untuk majalah i-remaja menutup suka duka 2008. Kedua-duanya bukan azam... bukan juga perancangan, bukan juga cita-cita tetapi rezeki yang diberikan olehNYA. Aku cuma mengikut arus ..kerana aku tahu apa yang aku perolehi adalah yang terbaik dariNYA.
Jika ditanya azam untuk 2009...ehhmm..aragghh..issskkk...errgghh..ntahlah cuma aku mahu mempertingkatkan amal ibadat supaya menjadi lebih berkualiti dan bekerja dengan bersih, cekap dan penuh amanah.
SELAMAT TAHUN BARU 2009 MOGA 2009 LEBIH BAIK DRP THN-THN SEBELUMNYA.
3 comments:
selamat tahun baru ct..
hehe sama la kite tak dak azam gak..
apepun all da best ....
Selamat tahun baru maal hijrah & selamat tahun baru 2009. Congrate eh :)
anyway semoga bertambah maju
Post a Comment