Friday, December 19, 2008

khamis yg tenang

Semalam Khamis aku terima panggilan dr Mak Ida, baby sitter aku. Dia bg tau yang dia nak minta cuti 2 hari khamis dan jumaat sebab ada emergency kat kg. Tanpa berfikir panjang aku pun ok jerlah..nasib baik semua keje dah settle tinggal beberapa page yang kak ema perlu sign yg lain semua dah hantar. Aku harap dah settle lah semua sebab editor aku nak pegi bercuti ke Sarawak hujung minggu ni sampai Isnin kot.

Bolehlah aku berehat dan settlekan apa yang patut. Maklumlah umah cam kapal pecah nie. Ingatkan bolehlah aku mengemas….NAN ADO lagi bertambah sepah adalah. Anak dara aku sorang tuh lepas jer mandi teruslah main..dia akan amik semua mainan dalam box mainan dan sepahkan kat depan Tv..bila dah bosan bukan pandai nak kemas balik. Lagi satu suka sangat main yg bukan-bukan tarik tisu banyak-banyak pastu lap2 bontot teddy bear dia kemudian sepahkan tisu tu. Bila dah penat mulalah kacau adik dia tengah tido, “Aim..aim angun..angun. Si adik tuh bila dengar suara terus jer celik mata.

Aiseehhh..barulah mama nak berehat sikit dah kena tidokan adik balik. Gitulah kekdahnya kalau time cuti hari bekerja ni. Lastnya aku biarkan umah aku bersepah ngan mainan karang dorang tido baru aku kemas balik. Nak memasak pun aku malas…boleh dapat anugerah isteri yg malas nak masak hahhahhaa. Pagi-pagi en hubby dah SMS mau makan apa.

“Ala abang belikan roti jerlah ngan kuih,” kui..kui..kui..

Bila dia balik mak aiiii…roti planta kesukaan ngan ngn roti kosong..karipap 3, donat 2 ngan kuih kasui (faberet aku gak ni..pandai abng beli mama lap u lah hehhehe). Aku buat milo secawan sambil makan ngan Durrani ingt aku jer suka roti planta mamak ni rupanya anak aku pun suka juga. Siap nak cicah ngan kari lagi.

“Pedash..pedash,” ttp mulut makan juga…habislah separuh juga kat dia. Lagi separuh aku makan sekali ngan roti kosong dan semua kuih muih tuh. Banyak nau aku makan…lapo ler.

Pastu aku tidokan si kecik…sampai layan Durrani main. Bila perut dah kenyang mata pun stim jer…kalau kat opis tak ngantuk plak..alahai. tengah hari..kan aku dah kata aku malas masak..order..delivery jer. Nasi ayam sebab faberet Durrani.

No comments: