Tadaa...aku dah kembali setelah seminggu meninggalkan blog yang dah bersawang ni. Banyak yg ingin aku kongsi dalam blog ni ttp tak tahu yg mana harus dimulakan dulu. Ttp tak dolah aku nak ceritakan semuanya satu persatu. Malehhh ehhh..aku nak tulis. Yang penting semuanya sudah selesai dengan jayanya...lepas ni tak payah lagi nak pening kepala memikirkan pasal Pencarian gadis/jejaka iremaja sebab semuanya sudah berakhir. Diulangi FINISH ALREADY.
Pemenangnya juga sudah diketahui dan memang termasuk dlm senarai aku cuma adalah juga satu..dua yang diluar jangkaan. Biasalah bukan kita yg mengadili...apa pun majlis yang diadakan di luar KL memang memberi banyak pengalaman berharga. Biar pun segalanya dirancang dengan teratur tetapi betullah kata pepatah Rumah siap pahat pasti berbunyi. Biasalah dalam apa sahaja majlis ada cacat celanya tak ada yg perfect begitu juga dengan majlis pencarian kali ini...walau apapun aku tak nak amik port sangat yg celanya kerana semuanya sudah berlalu...kalau yer pun mungkin pengajaran untuk thn2 akan datang kalau masih ader lerr...(tak yah ler buat dah).
Paling aku suka kerana perjalanan program berjalan lancar dan gadis dan jejaka membuktikan kesungguhan mereka ketika malam final aku mmg berpeluang melihat persembahan mereka. Sajer aku ke depan pentas..maklumlah thn2 sebelum ni mmg tak ada peluang langsung so kali ni mmg aku dah nekad dlm hati nak tengok. Ada juga satu dua yg buat salah ttp still ok dan tak nampak sangat. Mungkin aura pada malam final berbeza ketika latihan. Cayalah!!!!
Layan jerlah gambo-gambo kat bawah ni yerr...
1 comment:
tahniah tuk pemenang wpun aku x kenai depa
Post a Comment