Friday, December 5, 2008

melawat org-org tua

Hari ini sangat sibuk bermula jam 10 pagi aku menemani kak ema ke Hotel Grand Millineum di Bukit Bintang bertemu dengan pemilik jewelery Madam Sally yang akan menaja barang kemas untuk majlis di Kedah nanti. Selepas itu kami bergegas ke Rumah orang-orang tua di sungai buloh.


bergambar dengan nenek yg pandai menari

Gembira dpt melayan mereka makan

Ini kali pertama aku ke sini bersama rakan-rakan pejabat yang lain. Ziarah kami untuk meraikan mereka bersempena sambutan hari raya aidiladha. Sampai sahaja aku terus bersalaman dengan mereka seorang demi seorang..hati terus tersentuh tatkala melihat kedut-kedut tua wajah mereka lantas wajah ibuku Hasiah Man terus terbayang di ruang mata. Ketika bersalaman dengan seorang warga tua yang boleh aku panggil nenek hati bagai tersentuh..salaman aku disambut begitu lama...alangkah lembutnya tangan dan jari jemari nenek tua ini. Senyumannya terlalu manis..dia menyapa, "datang dari mana?
"Datang ke sini melawat neneklah," kataku



Kelaskan nenek ini menari pantang dengar lagu

Lantas dia terus memelukku lalu berkata wajah dan gaya saling tak tumpah seperti cucunya yang berada di Klang. Jika cuti sekolah cucunya ini akan datang mengambil dan membawanya berjalan-jalan.
"SEronoknya..dia kata nek makanlah apa saja. Lepas makan barulah dia hantar nenek ke sini," katanya nenek itu lagi.
AKu tidak mahu bertanya panjang, takut nenek bersedih maklumlah hati tua begitu sensitif. Sedangkan tujuan kami datang ke situ untuk melayan dan menggembirakan hati mereka. hampir 20 wanita berada di pusat itu manakala lelaki 10 orang. Mereka berusia 60 ke atas ada yg masih sihat, berkerusi roda dan sedang sakit.
Setelah lama berbual aku beralih kepada nenek yangberada di dalam rumah...ternyata kedatangan kami disambut dengan penuh kesyukuran. Nampak riak gembira pada wajah tua mereka.... sedih aku melihat senyuman mereka yang terlalu dambakan kasih sayang anak-anak. Ketika berbual tangan mereka tidak lepas daripada menggenggam tanganku. Begitu kuat dan erat..sambil berbual mereka bertanya dan menantikan jawapan..ada-ada sahaja yang diceritakan. Ada juga butir bicara mereka yang aku tidak fahami..ya..mereka sudah tidak ingat ada juga yang nyanyuk.


Masa makan kami berpeluang melayan mereka. Seronok dapat menyenduk nasi ke pinggan, menceduk sayuran serta mencubit ikan. Mereka tidak kisah disuapkan makanan. Aku berpeluang menyuap nasi untuk seorang makcik. Tangannya terketar-ketar ketika memegang sudu ..kasihan sekali.
Nenek ini rindukan cucunya di Klang

Selepas membawa semua warga emas ini ke dalam untuk berehat giliran kami pula menjamu selera..sebelum itu ada seorang nenek begitu aktif dan pandai menari. Ketika dipasangkan lagu hari raya dia terus bangun berjoget..kami ketawa melihat gelagatnya..mungkin juga dia sudah tidak ingat tetapi Thank you very much tidak lekang daripada bibirnya tatkala kami memuji tariannya.

Walaupun seronok bersama mereka tetapi aku dan kak ema terpaksa pulang awal kerana ada tugasan masih belum selesai. Ya memilih baju di Matrojaya Midvalley untuk majlis akhir nanti. kaki sudah semakin longkai, mata kian mengantuk, ketika itu terbayang alangkah nikmatnya jika dapat berbaring merehatkan badan. Jam sudah ke angka 3.30. Memilih baju sebanyak 20 pasang bukanlah kerja mudah berpinar mata. Mujur kak ema banyak membantu. Akhinya jam 5.30 petang barulah semuanya selesai. kami pulang ke pejabat pula untuk membuat kerja yang tertangguh dan sesi latihan untuk hari ketiga. Jam 6.30 barulah aku menjenguk gadis dan jejaka di Lot 10.

sesi latihan hari ke-3

Kali ni kena menari plak

Arrgghh..badan saja di sini tetapi fikiran entah di mana. Yaa..minggu ini aku memang penat. Setiap hari jam 9.30 baru sampai di rumah. sampai sahaja bukan boleh terus melelapkan mata. walau bagaimana penat sekali anak-anak harus dilayan. Si kecil minta disusukan..kakak pula ajak berbual sementara menunggu terlena. Akhirnya jam 12 barulah aku dapat melelapkan mata..itu malam pertama dan kedua ...malam ini entahlah..

4 comments:

INTAN said...

kesiannya.....sedih pun ye...apa nasib kita 30 taun lagik?...

Maryam Elyas said...

Siti Rynas.... mana gambar kiter???????
Erm... kita rasa nanti dah tua pun nak duduk rumah orang tua-tua. Senang sebab tak nyusahkan anak-anak (kalau ada). Maklumlah pada zaman milennium nanti memang kasih sayang dan hubungan kekeluargaan ini ibarat langit dan bumi.

suziey said...

Aduiyai apa la si yam nih...jgnlah ckp begitu doa2lah semoga mendapat pewaris yg benar2 memahami apa itu kasih dan sayang...

raihanah said...

rynas, syahdulah pulak tengok gambar nenek-nenek sri tanjung tu. tak leh lupa merekalah. nanti i remaja buatlah kunjung ke sana, boleh akak tumpang sekaki.
cik yam pulak, janganlah fikir nak duduk sana, kalau tak ada anak pun, insya-Allah adik-adik dan kawan-kawan seperjuangan sedia membantu.