Minggu ini aku agak sibuk sedikit selain daripada mengejar dateline yang dipercepatkan kepada 5 dec kerana majlis pencarian akhir Pencarian Gadis dan Jejaka i-Remaja aku juga sibuk menelefon artis yang akan membuat persembahan pada malam itu. Maklumlah tinggal seminggu sahaja lagi haruslah mendapatkan senarai artis yang akan hadir. Antara yang sudah bersetuju ialah Sheila Abdul, Ridz dan Shawal AF, Ezlyn, Farahwahida dan Farah Ashikin (akan menelefon semula esok). Baju untuk majlis itu juga sudah aku dapatkan penajanya iaitu Metrojaya dan Veronica's Closet untuk fashion shoot. Manakala penaja utama adalah Batik Malaysia. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya kali ini majlis diadakan diluar Kl iaitu Cinta Sayang Golf dan Country Resort, Sg Petani Kedah. kami akan berkampung 4 hari bermula 11 Dec hinggalah 14 dec 2008.
Wahhh pasti meriah aku tidak dapat membayangkan bagaimana majlis itu nanti. harap2 semuanya berjalan lancar walaupun aku sudah terbabit hampir tiga musim dan kali ini yang keempat tetapi majlis kali ini agak mendebarkan kerana tahun ini menempatkan pencarian jejaka. Apabila 10 gadis dan 10 jejaka bertemu bayangkan susah juga mahu mengawalnya. Ada 20 kepala dengan bermacam perangai. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku 4 hari di sana.
pada majlis pencarian i-remaja musim ketiga aku tidak dapat melibatkan diri kerana dalam pantang (melahirkan Durrani), manakala tahun sebelumnya 2005 aku kira paling meriah dan havoc kerana semua peserta ala miss universe masing-masing perasan cantik dan hebat.
Masing-masing berlumba-lumba mahu jd yang terbaik untuk mencuri perhatian aku dan editor kak ema. Ada yang sanggup mengeluarkan duit belanja makan setiap bulan, datang ke pejabat setiap minggu untuk melobi ada juga sanggup memburukkan nama yg lain semata-mata ingin tampil hebat. Aku dan kak ema yang menguruskan mereka hanya mendengar sahaja, tidak ambil port. Biarkan sahaja mereka masih budak-budak begitulah perangainya. Tahun ini bagaimana pula perangai mereka, aku tidak menguruskan mereka sebaliknya tugas ini diserahkan kepada Anis.
Tetapi seronok juga melihat telatah mereka bergaduh mulut perkara biasa. Lucunya apabila perkara ini disampaikan kepada aku.."dia itu ini..dia itu begini..."Siapa pakai beg Guess paling cantik dan bertukar beg setiap minggu, pakaian siapa paling seksi dan cantik dan boyfriend siapa paling kacak dan kaya? malah aku menjadi tempat mereka meluahkan cerita. Selepas tamat masing-masing membawa haluan sendiri mencari peluang sebagai pelakon drama dan filem dan model. Juga wajah terpampang sebagai muka depan akhbar.
Seperti juara musim pertama pencarian model i-remaja (ketika itu Gadis Ralph Lauren) Fouziah Gous yang kini menjadi pelakon filem dan drama, kerap muncul dalam akhbar dan majalah. Pemenang musim kedua Zaihaslida agak low profile cuma membabitkan diri untuk photoshoot fesyen majalah sahaja manakala musim ketiga Anas Haiza sering terbabit dalam catwalk show. Siapa juara kali ini???? tunggu dan lihat sajalah.
No comments:
Post a Comment