kasihan aku melihat sejak si kecil sejak balik dr umah baby siter petang tadi panas badannya tidak berkurang.Mulanya mahu makan ubat yang diambil dr klnik minggu lepas sahaja tetapi melihat dia mulai batuk dan selsema tidak sampai hati pula. Jadi kami pulang ke rumah dulu kemudian jam 8 baru ke klinik. Pulang ke rumah aku terus beri ubat yang diberi doc ubat demam, batuk, selsema dan antibiotik. Mujur fahim tidak menolak walapun wajahnya menunjukkan rasa kelat namun ditelan juga. Hasrat hati mahu menidurkannya namun selang 10 minit dia akan terjaga kerana batuk. Mungkin tidak selesa kerana badannya agak panas. aku letakkan tuala kecil yang direndam dalam air suam ke kepalanya. aku sapu seluruh badan dengan air suam itu. Fahim diam memerhati. Dia tidak merengek. Mungkin terasa nyaman Fahim mula memejamkan matanya. namun kembali terjaga 10 minit kemudian begitulah seterusnya sehinggalah jam sekarang. Tidur telentang tidak boleh..meniarap apa tah lagi ..aku mengiringkannya juga tidak selesa..lalu aku masukkan dalam buaian pun sama. aku peluknya erat diam seketika namun menangis minta simpati. apa yg mampu aku lakukan., setiap 4 jam sekali aku akan pastikan ubat demamnya diberi. Tadi jam 9.30 malam, 1.30 pagi, kemudian 5.30 pagi. harap-harap panas badannya berkurang kerana esok mama tidak boleh cuti kerana ada kerja perlu diselesaikan. Pagi meeting dengan pn zaini petangnya mahu mengambil produk di Midvelley terus menghantar baju yang dipinjam untuk majlis akhir iremaja lalu. harap2 semuanya selesai tanpa masalah.
Bila anak demam memang aku runsing, mata tidak mahu terpejam..kerana sering diganggu tangisannya. semalam suami aku demam..dia juga mahukan perhatian. "mama picit kepala..mama urut badan..mama nak air..mama...itu dan ini". Begitulah tanggungjawab seorang mama dan isteri..bagaimana pula kalau aku demam..mujur aku jarang sakit yang berlarutan. alhamdulillah..
No comments:
Post a Comment