Ni gambar fahim masa bawa balik dr kampung lepas function I-remaja hari tuh. Tengah malam tuh aku dpt sms drp hasben aku bg tau badan fahim panas mungkin demam rindu kot. Sebab tuh ler pagi2 bangun aku dah suruh adik ngan along berkemas sebab lepas bfast nak terus gerak. aku dah bg tau kak ema yg aku tak join masa kat karnival nanti mujur kak ema faham.
Sampai jer umah terus aku tengok Fahim pegang dahi dan badan dia..mmg panas lagi..aku terus angkat..lepas tuh Fahim terus nangis macam tak nak ngan aku..mula2 slow lepas tuh makin lama makin kuat. Mak aku kata dia merajuk tuh sebab kena tinggal puas mak aku pujuk barulah dia diam. Lepas tuh masa nak susukan memang dia tolak menangis-nangis tak nak susu. aku biarkan sahaja kat mak aku. alahai sedih plak rasanya sampai dia merajuk. tengah hari disebabkan suhu badan masih panas dan dia merengak-rengek tak nak tido aku bawa dia ke klinik. Lepas makan ubat barulah tido.
Masa nak mandikan dia petang tuh aku perasan dia cirit birit. Lepas 5 -10 minit dia akan berak. Risau juga dibuatnya. Oleh kerana esok kena setlekan keja di pejabat aku ngan hasben bercadang bertolak lepas magrib. Tetapi masa dlm perjalanan Fahim menangis tak henti-henti dan tak nak duduk..mata pulak asyik pandang atas jer. aku terus suruh hasben patah balik walaupun masa tuh dah sampai Bukit Merah.
sampai jer rumah mak aku tidokan dia..malam tuh dia nangis juga ttp masih boleh dikawal.
Menurut mak aku..masa akak aku bawa pg umah dia..masa tuh dah jam 12 malam bila sampai umah dia yg jauhnya 10 minit dr kg Fahim menangis tak henti-henti. Puas dipujuk, diberi susu tetap menangis. Menurut akak aku mmg dia syak something sebab masa dukung Fahim dan pujuk dia lututnya terasa sangat berat..
Lepas tuh paginya terus dia bawa ke kg. Maklumlah kalau fahim nangis sekurang-kurangnya ada mak dan ayah aku. Menurut citer mak aku lepas bawa balik tuh badannya terus panas..panas yg teramat sangat sampai menggigil. Puas mak aku lap ngan towel..tidokan atas riba jam 4 pagi baru dia tido (sian mak aku terpaksa jaga cucu demam). Tengah malam fahim menangis tak berhenti-henti nasib baik ayah aku pandai buat air penawar untuk budak menangis.
Mak aku ada bisik kat aku bg tau...tengah malam masa nangis tuh dia terasa bahunya berat..apa lagi mak aku baca ayat kursi lah sepanjang malam sampailah fahim tido.
Esoknya cadang nak balik Kl. Sebelum tuh aku bawa Fahim bertemu ngan orang tua ni (jiran kakak aku dia yg bg tau) yg pandai ubat budak2 yg menangis dan kena ganggu. Bawa air jer dan sedekah ler berapa asalkan ikhlas. Masa berubat tuh isteri pak sheikh ni bg tau yg Fahim kena ganggu..sebab tuh sampai demam. Badan dia ok tak sakit-apa2. Cirit birit mungkin sebab panas sangat..
Pak Sheikh bagi air penawar untuk sapu muka dan kepala kalau dia nangis dan sedikit minyak yang perlu disapu pada seluruh sendi. ibu jari kaki. pusat, kening dan buku lali. Adalah caranya pak sheikh dah ajar aku. Buat tiap kali magrib dan subuh dan bila2 nak kuar umah. Dia kata baby mmg senang kena sebab dorang lemah so elakkan balik waktu magrib dan tengah malam. Baby senang nampak benda halus ni.
Masa dlm keta Fahim tido dengan lenanya..lega hati aku. demamnya pun dah surut. Berat badan fahim mmg dah turun..tak tahu tinggal berapa kg..dia kurang makan dan menyusu. Skang ni masih cirit lagi dan aku still bg ubat yg doc bekalkan cuma ciritnya dah semakin kurang drp 7-8 sehari kepada 3 kali jer. Lega sikit bila dia dah mula senyum, ketawa dan bercakap bila diagah. Sekali lagi aku pg klinik kat sini dan doc bg tau fahim tak ada apa-apa dan sambung makan ubat jer..kalau dia tak nak menyusu dan masih cirit bawa jumpa doc lagi.
Ini kali kedualah Fahim kena gangguan. Harap2 lepas ni tak ada dah lerr... Dalam hati aku berdoa cepatlah besar anak mama senang mama jaga.
3 comments:
Biasa la jaga anak kecik ni.Kena banyak sabar dan kuat semangat.Bila anak dah umur setahun lebih, dah kurang demam2 ni.Bila umur 3 tahun ke atas, dah boleh buat kawan...
yezza kakak??? maknanya betul la tak boleh kluar umah kol 12 malam??? wah...sambut raya dengan sunglass...kelas!!! hehehe
setakat pakai sunglass ok lagi...paling kelakar kalu pakai crown...erm itulah dinamakan keindahan zaman kanak-kanak...
Post a Comment