Khamis semalam kan ker aku bg tau aku cutikan...malas ler nak bangun awal masih bermalas-malasan lagi..tiba-tiba loceng pintu berbunyi. aku ngan masih pakai baju tido ni malas lah nak g buka. Kang perompak ker..ttp perompak takkan bunyi loceng-loceng pulak..tak logik. aku pun g lah jenguk mana tau org hantar bunga ker ekekkekekek. (kemaruk nak bunga dah lama tak dapat)
Ohhh rupa-rupanya akak yg sapu sampah tuh.. aku masih ingat masa ngandung fahim dulu aku penah sembang ngan dia. Ginilah lebih kurang perbualan aku.
aku: akak ada tak saper2 yang nak jaga budak siang jer kat umah saya. Malam dia balik umah ler kalau ada bg tau saya. Saya nak cari org untuk jaga anak saya ni. Datang kol 8 pagi balik kol 7 malam. Gaji dalam RM400 - RM450 boleh dirunding.
Kakak: Baik dik nanti akak carikan ( dlm loghat Indon ler)
Tiba-tiba akak tuh muncul depan rumah aku pagi-pagi ni.
kakak: Dik..masih nak pakai orang gaji lagi ker? Kalau nak saya mahu ttp saya nak bermalam kat rumahlah.
Setahu aku kakak ni dah berkahwin dengan orang Johor dan dia ngan suaminya tinggal berasingan. Menurutnya lagi gaji yang dibayar untuk sapu sampah di kawasan kuaters Uniten ini tidaklah banyak. Mungkin lebih banyak lagi gaji menjaga budak kerana rumah tidak perlu dibayar termasuk makan dan minum. aku terkedu seketika. Baru jer terfikir pasal maid ni.
aku: nantilah saya kena bincang dengan suami dulu. nanti saya bg tau akak yer.
Sebenarnya masa ngandung Fahim dulu mmg aku terfikir nak amik maid ttp keje sebelah siang jer sebab memikirkan aku kena hantar dua-dua anak yg jaraknya dgn umah lebih kurang 10km. Lepas tuh aku kena hantar berdua dengan hasben disebabkan kena melintas jalan dan menaiki tangga. lagi pun Durrani baru mencecah 2 tahun perlu pengawasan rapi. Jadinya mmg aku akan sampai lewat ke opis lebih kurang jam 10 pagi. Mmg bg aku jam 10 pagi mmg agak lewat sebab biasanya zaman bujang dulu jam 9 dah masuk opis paling lewat 9.30 ttp pegi bfast lagi..pimai..pimai jam 10 juga baru start keja.
Bila difikirkan time cuti kena keja, kalau ada asgn sabtu ahad dan out station (wpun dah jarang). Semua itulah yg menyebabkan aku nak amik maid. Ttp bila dah biasa..sekarang usia Fahim dah masuk 5 bulan aku rasa semakin selesa dengan kehidupan sekarang. Mmglah kalau amik maid perbelanjaan jaga budak akan berkurang at least RM50-Rm100. Belanja baby sitter setiap bulan untuk 2 anak RM500 itu belum masuk kalau aku balik lewat atau kena jaga sabtu aku akan tambah biasanya RM550 dan kalau bermalam biasanya tambahan RM50 semalaman. Walaupun baby sitter aku tak penah mintak ttp aku tetap bagi yerlah jaga budak bukannya senang..as long as dia jaga anak aku dengan baik aku cukup puas hati.
Orang kata duit belakang kira dan setakat ni mmg aku puas hati dengan jagaan mak ida..berat durrani pun makin naik..dia pun tak berkira pasal makan semua. Mak Ida juga ajar apa yang patut macam baca 1-10, 0ne - ten, alif ba ta...anak aku dah lancar. Baca doa makan pun dah lancar. Lagu buai laju-laju dan rajin adik rajin juga dia dah hafal dengan jayanya. Sekarang ni tengah dok menghafal lagu "abahku pulang dr keje...abah ku belikan kereta" kelakar bila hari2 dok nyanyi.
Itulah sebab-sebabnya aku masih nak hantar anak aku kat Mak Ida..pendamkan dulu hasrat nak amik maid nie. Hasben aku pun setuju dengan pendapat aku. Harap2 tak ada masalah lah pasal jaga budak ni. Amin
3 comments:
buat le yang mana patut...aku mendoakan dari jauh je..amin
Ambil maid ni ada pro and kons. memang kadangkala kita perlukan bantuan tapi kadangkala kita tak perlukan bantuan mereka bila hati mula disakiti. satu lagi, memang tak ada privacy bila ada maid. kalau awak ada mak atau mentua di KL, letak maid dan anak dengan mereka tak apa, tapi kalau ditinggalkan dengan maid saja, fikir-fikirkanlah beratus kali, macam-macam cerita kak ana dengar. menakutkan dan membimbangkan...
Betul kak ana citer kwn2 kat opis pasal maid buat saya fikir beratus kali nak amik. Biarlah saya jaga sendiri susah senang anak sendiri jugakan...
Post a Comment