Dah bersawang rupanya blog aku nie. mana taknya sejak anak demam nie tak terurus dibuatnya hidup aku. Malam ni nampaknya Durrani dah makin ok boleh main-main dan gelak2 dengan aku. Sejak balik dr sg Petani hari tuh demamnya tak kebah-kebah. Ingatkan Fahim jer yg demam rupanya berjangkit kat kakak pulak. Dah dua kali ke klinik amik ubat... ubat dah habis makan. agaknya dia pun boring asyik makan ubat jer. Bila demam aku ler yg kacau bilau..durrani nie perangainya lain sikit bila demam nak bermanja. Tido atas riba selagi dia tak tido jgn harap ler dpat letak dia kat bantal..dia bleh sedar plak tuh. Tidolah ko sambil duduk..kdg2 tersengguk-sengguk juga aku melayannya. bila dah letak adalah dalam setengah jam..dia jaga balik..carilah kaki ke paha ker..dpat hujung kaki pun tak per asalkan kepala dia dapat letak atas kaki aku. aku rasa bau kaki aku wangi kot..hahhahahha MOTIF????
Bila dia demam aku paling malas ler nak berjalan...ttp laki aku ni kan suka nau lik kg dia lagi pun katanya dah sebulan tak balik (itu baru sebulan..kalau kg aku tuh dua bulan sekali baru balik ada aku kesahhh???) so aku penuhilah impian dia nak lik kampung. dapatlah 3 hari kat kg..alah bukan ada aktiviti apa pun jumpa ngan adik beradik ipar duai jer..mak ngan bapak mentua dah tak adakan.
Selalu semua adik beradik hasben aku akan balik..maklumlah dorang nie sgt rapat. kalau tak jumpa seminggu tuh tak aman hidup. bila dah balik macam2 citer...minggu nie angah yg tinggal di Springhill Port Dickson ajak bermalam di rumah dia. so kita org ramai2 pun pegilah umah dia. umah dah dekat ngan pantai..sangat sejuk..dan sesuai untuk menidurkan diri. sangat best okeyy..sonok dapat tido..laki aku ler kejenya makan tido makan tido. aku nak ler juga cam tuh..ttp mana bleh uols...anak-anak saper nak jaga plak. Angah masak mee bandung petang Isnin tuh..alahai rasa cam sempit dah perut nie asyik makan jer. apa2 pun angah mmg pakar memasak..wpun main campak2 jer ttp masakannya mmg sedap dan sedap dan sedap. aku suka sangat bila dia masak. sebab itu ler kalau lik kampung angah akan ditugaskan memasak kerana masakannya mmg best.
malam kol 10 barulah kita orang bertolak balik ke Bangi dan sampai dekat 11.30. Malamnya Durrani meragam lagi batuk tak henti-henti..mana boleh tido. nak tido atas ribaan aku jer..akhirnya jam 4 pagi barulah aku dapat melelapkan mata. itu pun selepas bg ubat batuk, selsema dan demam kat dia.
2 comments:
kesian kakak...saya jaga 2 ekor anak kucing pun dah serabut. belum lagi jaga anak...hhuahuahua...
Liza jaga anak kucing tak pandai meragam..jaga anak-anak ni pandai meragam..ttp tak per latihan supaya bykkan sabar ekekkekeke
Post a Comment