Dia: kak ct kita dah pegnen baru 6 minggu dan doc kata kite dapat twin.
aku: tahniah..akhirnya makbul juga doa. itulah lama menunggu akhirnya Tuhan bg dua sekali alhamdulillah.
Itu kiriman SMS aku aku terima 5 bulan lalu daripada exhousemate aku yang tinggal di Keramat. kami agak rapat dan saling berhubung selepas masing-masing mendirikan rumah tangga 3 tahun lalu. aku juga sudah menganggapnya seperti saudara sendiri. Sudah lama dia inginkan cahayamata tetapi rezeki belum ada. dan selepas tiga tahun berkahwin perkhabaran itu cukup menggembirakan aku. kemudian kami saling berhubung menerusi SMS dan YM (yahoo mesengger) hampir setiap hari bertanya khabar dan dia menceritakan bagaimana berdebarnya menantikan detik bergelar seorang ibu. kadang kala mendapatkan tip daripada aku yang tidaklah seberapa pengalamannya ini.
Minggu lepas selepas menyedari Ymnya tidak berkelip aku terus menghantar SMS kepadanya
aku: alah..naper tak online bz ekk??
tak lama selepas itu dia membalas
Dia: Soli tak bg tau takut nyusahkan akak. Kita kat hospital admit sejak rabu lepas. Esok pindah ke Selayang. Baby kita ada 3 sebenarnya sorang dah meninggal Contraction kuat tiba-tiba air ketuban pecah dan rahim terbuka nak bersalin. Baby kita dah cukup sifat ttp kecik sangat...sedihlah kak..doakan baby kita lagi 2 selamat ekkk..
itulah bunyi SMS sedihnya...arrgghhh..terus aku jadi sebak dan menghubunginya menerusi telefon untuk memberikan kata-kata semangat. aku faham macam mana perasaannya...sedih..sebak..sayu apabila baby yang ditunggu-tunggu ini meninggal dunia. menurutnya baby kedua juga akan mengalami kemungkinan yang sama kerana air ketuban juga telah pecah. Dalam hati aku terus berdoa semoga Tuhan masih selamatkan untuk baby ketiga. Sekurang-kurangnya dia perlu menunggu atleast dua bulan lagi sebabnya sekiranya anaknya lahir tujuh bulan masih boleh diselamatkan. Menurut doc rahimnya sangat fragile dan dia perlu berehat secukupnya.
Petang tadi aku menerima SMS darinya lagi
Dia: akak kita dah pindah ke Selayang. Baby kedua tunggu masa nak kuar, tak dapat diselamatkan lagi. Sebab air ketuban dah pecah.
Sekali lagi hati aku sebak menitis juga airmataku pabila membaca kiriman smsnya. Hati aku meronta-ronta untuk melawatnya di hospital tetapi aku terlalu bz minggu ini manakala minggu depan aku akan pulang ke kampung kemudian ke sg petani Kedah untuk majlis pencarian akhir i-remaja. aku harap dia faham mengapa aku tidak datang melawatnya di hospital. InsyaAllah selepas pulang dr Kedah nanti akan aku luangkan masa melawatnya.
aku cuma berdoa semoga tiada apa berlaku untuk baby ketiga dan moga baby itu selamat melihat dunia. Setiap yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya. Moga dia tabah menghadapinya....
2 comments:
kesiannya kawan kak ct...erm,harap dia ok dan tabah.kak ct,nampaknya saya juga mula merasa neves.tahun ni bebudak tu macam amik sambil lewa je.takde competition langsung.harapnya,kita pon tabah la ye...
luangkan lah masa walaupun sekejap melawat dia..at least ringan beban yang ditanggung even though ur just a shoulder to cry on...
Post a Comment