Walaupun majlis kat sg Petani hari tuh dah 4 hari berlalu ttp aku rasa penat masih tak hilang lagi. Sekarang lepas balik keje dan tidokan anak-anak aku akan tertido sekali letak kepala jer dah boleh terlelap. Rumah pun dah tunggang langgang tak berkemas. Aku cuma sempat basuh baju yang berlambak tuh..ni dah 3 kali basuh masih ada lg belum dibasuh. Maklumlah baju aku, en hubby dan anak-anak. Tak sempat nak melipat..cam no nak sempat malamnya aku tido awal..pagi dah bangun cam biasa pg kerja.
Aku rasa untuk 2 minggu ni mmg aku tidak memasak. Dalam peti sejuk pun tak ada apa. Makan bungkus jerlah uols...order jer nak makan apa dan akan di delivery oleh en hubby senangkan???? hehheheheh. Penat badan..mental..jiwa raga semualah...tambah plak si kecik tuh tak berapa nak baik lagi..malam pun tido tak nyenyak..bangun 2,3 kali menyusu. Nak tidokan dia balik satu hal. Haruslah aku pun penat kerana berjaga...tidur terganggu..ttp tak per aku sudah biasa melaluinya. Ada anak kecik nie cam tuh lerr..idaklah merungut anak sendiri kan. Cuma kdg2 bila stamina tak ada..rehat tak cukup mulalah rasa nak marah jer kat anak bila dia tambah sepah-sepahkan lagi umah. Berserabut rasanya mata dan fikiran. Ttp nak wat cam noo..dia bukan faham pun.
Tadi en hubby bg tau minggu ni tak lik kampung dia kat PD..aku bersorak girang dlm hati. Alasannya Fahim belum baik sepenuhnya lagi. Dapatlah aku kemas umah...dan berehat sikit..nak kata rehat banyak2 pun tak juga ada anak kecik ni mana ada istilah berehat..kalau dapat pejamkan mata waktu petang alangkah indahnya dah lama tak rasa tido petang sejak ada anak nie. Time anak tido masa tuh ler digunakan untuk wat keja umah. Bila dah habis buat keja anak plak dah jaga..time2 penat dan bz cam nie mulalah terbayang alangkah indah kalau ada maid..INDAHKAHHH???? ttp bila fikir balik biarlah macam nie org kata bersusah payah..penat badan semua diri sendiri yg tanggung. Karang ada maid nak kena fikir pasal maid pulak..dapat yg ok tak perr..kalau yg macam2 hal tak pulak satu keja nak fikir pasal dorang. Lagi satu yg hubby aku tak suka sebab tak der privacy. Iyorrlah..kalau ada org asing dlm umah kenalah proper sikit maaa...mana leh seksi de meksi..bahaya. Tak perlah biarlah aku begini...
No comments:
Post a Comment