Monday, December 15, 2008

baiknya dia...BAEKKAH???

Ni aku nak citer kisah anak aku masa kat Sg Petani hari tuh. Oleh kerana baby sitter aku tak dapat jaga Durrani dan Fahim sepanjang ketiadaan aku ke sg Petani..jadinya aku terpaksalah meminta adik aku menjaga di kampung. Durrani walaupun dah 2 thn dia mmg cerewet..tak nak ngan orang...kalau boleh nak bontot aku jer sepanjang masa. mmg fikiran aku kacau time tuh dok fikir cam nerlah nak buat. kalau bawa sure aku takkan boleh buat keje...dan kalau aku tinggal haruslah dia akan mengamuk. Sian kat mak aku...laki aku plak keja tak dapat cuti. so lepas fikir2 tolak campur bahagi..aku bawalah juga ke sana..sekali ngan adik aku dan anak buah aku. Mujur kwn2 aku memahami (k.zeda, Yam,suzi dan anis) sanggup berkongsi bilik dan bg satu bilik untuk aku. Tenkiu...aaarrhhh korang...


Malam pertama mmg aku bawa dia g makan semua selepas itu aku mula cari jalan untuk melarikan diri...adik aku kata mmg dia menangis sepanjang masa nak kuar bilik, konon2 nak cari aku ler tuh. Agaknya lepas dah penat nangis baru dia tido.

pantang nampak aku asyik nak jalan jer

Untuk malam2 seterusnya aku pastikan Durrani tak nampak muka aku..so aku kuar bilik sebelum dia bangun...bila tak nampak aku tak per...kalau nampak ngada lebih sikit. Ttp hari kedua agaknya dia dah tau taktik aku kol 6.30 pg dia jaga dan tak nak tido. Bila nampak muka aku terus peluk..cam sebulan tak jumpa. anak buah aku kata macam jejak kasih plak hahhahah
Dan akibat drp kejadian di sg Petani hari tuh..sehingga sekarang...dia akan pastikan aku di depan matanya...dia takut aku hilang lagi..aduhlahhh susahlah mama sampai aku nak masuk bilik air pun dia nak ikut juga. Takut kena tinggallah kottt...alahai anak mama ni.



Suzi rajin dok layan...bila lagi Suzi dah ada bakat jd ibu tuh hehheheh

1 comment:

raihanah said...

kalau tak nak bagi durrani tengok muka awak, lain kali pakai 'topeng' mula ultraman....harus dia tak cari mama dia...
tapi biasalah budak-budak, kalau tak dapat tengok muka mak, bau mak pun dah cukup. macam kita kecik dulu gak lah, tapi anak-anak reporter ni insya Allah, jadi anak yang very independent, faham kerja mak ayah dia... mudah-mudahan.