Wednesday, December 31, 2008

SELAMAT TAHUN BARU 2009



Muhamad Dhani Fahim selepas dilahirkan pada 1 Julai 2008


TINGGAL lebih kurang 30 minit 2008 akan berlalu. Sekejap lagi dentuman bunga api di sana-sini tanda 2008 ditinggalkan. Sekejap sgt masa berlalu tidak sedar sudah sampai ke penghujung 2008. Apa yang boleh dibanggakan sepanjang 365 hari, 12 bulan ini? aku tidak pernah berazam..dengarnya macam pelik..sungguh!!! jika org lain diari penuh dengan azam yang akan dilaksana tetapi aku hanya membiarkan kehidupan aku mengikut arus. Ya lebih tepat aku mengikut arus kehidupan yang ditentukan yang Maha Esa. Sejak sekolah rendah lagi jika orang lain menginginkan tinggal di asrama..aku hanya menjawab entahlah walaupun ketika aku aku berjaya mendapat 4A dalam UPSR. aku tidak memohon mana-mana sekolah kerana tidak pernah berazam memasuki sekolah berasrama penuh. Ketika melangkah kaki ke tingkatan tiga peperiksaan SRP aku tidak pernah berazam memasuki sekolah berasrama penuh...begitu juga dengan SPM. Aku cuma mengikut arus...kemudian menyambung tingkatan enam dan melanjutkan pelajaran ke USM.

selepas tamat belajar dalam jurusan komunikasi aku tidak pernah menetapkan target untuk bekerja di syarikat besar. apa yang dapat itulah yang aku terima. aku memulakan langkah pertama sebawai wartawan dengan akhbar nyamuk WARTA PERDANA DAN WAWANCARA bekerja di syarikat kecil dengan gaji permulaan kelulusan degree RM1,000 sangatlah memenatkan. Tetapi aku tidak pernah mengeluh malah semakin lama aku jatuh hati pada bidang kewartawan. sehinggalah aku ditawarkan bekerja dengan majalah i-remaja di bawah syarikat berita publishing satu nama yg gah suatu masa dulu. sebagai wartawan aku tidak pernah menetapkan target atau berazam menjadi editor pada sebuah majalah kerana bg aku ada org dilahirkan untuk menjadi pemimpin ada yang dilahirkan untuk menjadi followers yang bagus aku kira aku dilahirkan untuk menjadi pekerja yang bagus bukan sebagai pemimpin.

Begitu juga dalam perkahwinan aku tidak pernah menetapkan target bila mahu menamatkan zaman bujang juga ciri-ciri lelaki pilihan..tetapi aku tidak. jika ada yang bertanya..jawapannya..."ntahlah..kalau yang datang itu menepati ciri-ciri yang sesuai...dialah lelaki idaman." ciri-ciri itu bukan ada pada aku..bukan mata aku menilai..tetapi ada pada lelaki ITU..berkawan..kemudian barulah menilai menerusi mata hati. Bukannya menilai menerusi mata kasar kerana penilaian mata kasar seringkali membuatkan kita salah membuat telahan. Dengarnya seakan pelik...ya sebagai contoh jika kita mahu memilih yang tampan atau kaya mata kasarlah yang menilai, tetapi jika hati jadi taruhan serahkan kepada mata hati untuk menilainya. penilaian mata hati memerlukan kejujuran dan keikhlasan barulah bertemu jawapannya.

Besok 1 januari 2009 perjalanan hidup aku akan memasuki 32 tahun tanggal 10 julai 2009 akan datang. Sudah sampai kepada pertengahan garis kehidupan. Ya sudah lama rupanya aku hidup di muka bumi ini. Setiap hembusan nafas membawa makna berbeza. Aku toleh ke belakang dan melihat apa yang telah aku capai sepanjang tahun itu. Tidak banyak berubah namun aku bersyukur kerana Tuhan masih memberikan tubuh yg sihat untuk aku terus menjadi khalifah di muka bumi ini, memberikan rezeki yang tidak putus-putus, kebahagian serta kesenangan. Walaupun tiada harta melimpah ruah namun aku bersyukur kerana dikurniakan cahaya mata kedua yg sangat bermakna Muhamad Dhani Fahim 1 Julai 2008 lalu.
Itulah hadiah dan rezeki paling berharga yang aku perolehi untuk tahun 2008 juga perlantikan aku sebagai co-ordinating editor untuk majalah i-remaja menutup suka duka 2008. Kedua-duanya bukan azam... bukan juga perancangan, bukan juga cita-cita tetapi rezeki yang diberikan olehNYA. Aku cuma mengikut arus ..kerana aku tahu apa yang aku perolehi adalah yang terbaik dariNYA.

Jika ditanya azam untuk 2009...ehhmm..aragghh..issskkk...errgghh..ntahlah cuma aku mahu mempertingkatkan amal ibadat supaya menjadi lebih berkualiti dan bekerja dengan bersih, cekap dan penuh amanah.

SELAMAT TAHUN BARU 2009 MOGA 2009 LEBIH BAIK DRP THN-THN SEBELUMNYA.

Tuesday, December 30, 2008

yg hilang akan berganti...

bila dah lama tak up date blog sekali buka mau up date dua tiga entry..jgn jemu baca tau. hari ni pagi aku tak masuk opis sebab ada shoot produk kat Midvalley janjinya jam 11 dengan jurugambar bernama Jasmin ttp NAN ADO jam 12.30 barulah dia sampai. boleh bayangkan tak 1 setengah jam aku menunggu di sana. Nasib baik Midvalley diulangi MIDVALLEY boleh juga aku jalan-jalan. dan nasib baik juga aku hantar baju dan amik sekali baju untuk shoting fashion esok jd taklah membuang masa. dah selesai semuanya aku masih sempat lagi usha-usha sale baju kanak-kanak. melayang jugalah duait aku dekat RM100 beli kelengkapan Fahim..itu pun jasmin tak muncul2 lagi. lastnya aku pilih dalam 20 barang kemudian tinggal note kat adik tuh. aku pg settle baju yg nak pinjam tuh..15 minit kemudian barulah nampak bayang jasmin...kemudian selepas perli-perli dia sikit barulah aku blah biarkan dia settle apa yg patut. Sib baik aku ni bukan jenis berhati panas...
sampai opis aku setlekan keje yg patut..bulan nie cam lambat jer...ntah lar tak tahu naper..sebab cuti banyak kot (salahkan cuti plak). Petangnya jam 4 ada majlis makan-makan meraikan kak ana yg akan berpindah ke tempat baru. Semoga kak ana lebih berjaya di sana. aku nampak ada air mata kesedihan mengalir tatkala kak ana mendapat hadiah gambar covernya...sedih agaknya nak meninggalkan dunia kewartawanan (aku amik ayat nie dr blog cik yam hahhaha jgn minta duit plak yer) yerlah hampir 20 tahun atau lebih (kurang pasti) kak ana dlm bidang ni akhirnya beralih arah kepada bidang lain tentu banyak kenangan tak mungkin dilupakan. sebelum balik kak ana sempat berkata apalah yang akan dilakukan selepas pulang dari pejabat. jam 5 petang sudah pulang ke rumah. Mungkin inilah masanya kak ana berehat dan memikirkan perkara lain yang boleh dilakukan. mana tahu kak ana menjadi novelis pula selepas ini.

selepas ini kami kehilangan seorang rakan, seorang bos (wpun bukan bos aku) seorang editor (jg bukan editorku) juga aku anggap seorang kakak yang prihatin mengenai adik-adiknya juga seorang rakan yg sempurna. Tiada lagi cerita mengenai kak ana selepas ini yang pasti kami rindui. yang patah akan tumbuh yang hilang akan berganti... putaran dunia tidak selamanya kekal... asam garam kehidupan begitulah. Doaku Moga kak ana lebih berjaya di sana..dan dapat menunaikan haji dan umrah lagi dan lagi.

hujung minggu di kampung

Dah bersawang rupanya blog aku nie. mana taknya sejak anak demam nie tak terurus dibuatnya hidup aku. Malam ni nampaknya Durrani dah makin ok boleh main-main dan gelak2 dengan aku. Sejak balik dr sg Petani hari tuh demamnya tak kebah-kebah. Ingatkan Fahim jer yg demam rupanya berjangkit kat kakak pulak. Dah dua kali ke klinik amik ubat... ubat dah habis makan. agaknya dia pun boring asyik makan ubat jer. Bila demam aku ler yg kacau bilau..durrani nie perangainya lain sikit bila demam nak bermanja. Tido atas riba selagi dia tak tido jgn harap ler dpat letak dia kat bantal..dia bleh sedar plak tuh. Tidolah ko sambil duduk..kdg2 tersengguk-sengguk juga aku melayannya. bila dah letak adalah dalam setengah jam..dia jaga balik..carilah kaki ke paha ker..dpat hujung kaki pun tak per asalkan kepala dia dapat letak atas kaki aku. aku rasa bau kaki aku wangi kot..hahhahahha MOTIF????
Bila dia demam aku paling malas ler nak berjalan...ttp laki aku ni kan suka nau lik kg dia lagi pun katanya dah sebulan tak balik (itu baru sebulan..kalau kg aku tuh dua bulan sekali baru balik ada aku kesahhh???) so aku penuhilah impian dia nak lik kampung. dapatlah 3 hari kat kg..alah bukan ada aktiviti apa pun jumpa ngan adik beradik ipar duai jer..mak ngan bapak mentua dah tak adakan.
Selalu semua adik beradik hasben aku akan balik..maklumlah dorang nie sgt rapat. kalau tak jumpa seminggu tuh tak aman hidup. bila dah balik macam2 citer...minggu nie angah yg tinggal di Springhill Port Dickson ajak bermalam di rumah dia. so kita org ramai2 pun pegilah umah dia. umah dah dekat ngan pantai..sangat sejuk..dan sesuai untuk menidurkan diri. sangat best okeyy..sonok dapat tido..laki aku ler kejenya makan tido makan tido. aku nak ler juga cam tuh..ttp mana bleh uols...anak-anak saper nak jaga plak. Angah masak mee bandung petang Isnin tuh..alahai rasa cam sempit dah perut nie asyik makan jer. apa2 pun angah mmg pakar memasak..wpun main campak2 jer ttp masakannya mmg sedap dan sedap dan sedap. aku suka sangat bila dia masak. sebab itu ler kalau lik kampung angah akan ditugaskan memasak kerana masakannya mmg best.
malam kol 10 barulah kita orang bertolak balik ke Bangi dan sampai dekat 11.30. Malamnya Durrani meragam lagi batuk tak henti-henti..mana boleh tido. nak tido atas ribaan aku jer..akhirnya jam 4 pagi barulah aku dapat melelapkan mata. itu pun selepas bg ubat batuk, selsema dan demam kat dia.

Friday, December 26, 2008

lunch at old town

Hari ni kat office sangat sunyi ramai yg masih bercuti menghabiskan cuti tahunan. Oleh kerana aku ada shoot produk tak dapeklah aku nak cuti. Sepatutnya pagi aku dah siapkan ttp dek kerana juruigambar ada hal posponed ke petang pas sembahyang Jumaat. Tak perlah asalkan siap jer. So aku ngajak ler Bennie lunch bersamaku dah lama tak jumpa perempuan comel itu. Nak lunch kat mana pun tak ada idea nak pg midvalley mesti jam time2 lunch cam nie akhirnya aku syorkan kami makan lite-lite jer kat Old Town Jln Klang Lama. Aku order roti sama kaya dan butter 2 set, hot chocolate ice dan ice cream strawberry 2 scoop. Ban plak order coffee ice, roti ngan ice cream jer. Dia kata td dah makan. aku pun td breakfast roti tampal ngan Wan so rasa kenyang lagi.


Yg ni menu aku

Cik Ben order ini jer..

Bila dah lama tak jumpa macam-macam citerlah tambah-tambah plak Ben baru jer lepas Dinner malam tadi. sayangnya dia tak dapat hadiah lucky draw. Tak perlah Ben tak ada rezeki tuh. Bercerita juga mengenai teman serumah Ben juga teman baikku ketika di kampus dulu yang berjaya mendapat KPLI setelah 8 kali mencuba. Tahniahlah untuk Ram aku pun tumpang bahagia dah lama dia idam-idamkan nak jd cikgu walaupun dulu ram ada bg tau yg dia tak minat sebenarnya. Ttp minat tuh boleh dipupuk kan yg penting kerjaya terjamin, gaji banyak ma... cuti pun banyak. Pasni harus lah Ram cari laki di kalangan cikgu juga amin!!!!


Chocolate ais

ice cream

Inilah Cik Ben. Amboi Ben sejak keje NST aku tengok makin lawo plak..happy ler tuh...

yee..yee dah dapat

Rabu lepas sedang aku sibuk menaip di pejabat En Razak yang selalu wat kecoh kat office bg tau ada hadiah krismas untuk aku di bawah. Aku mmg dah boleh agak apa dia..terus jer laju aku turun..jeng..jeng..jeng...seorang lelaki India bersama sebuah kotak besar bertulis Dell. Yes..aku dah dapat.

Inilah barang yg aku tunggu-tunggu sejak 6 bulan lalu. Dah lama aku survey dan mencari akhirnya dapat juga sebuah labtop jenama Dell yang dibeli online. Mulanya nak ler pilih warna ceria-ceria merah atau biru ttp kan ker susah plak kalau hubby aku bawa ke opis dia nampak sangat warna2 perempuan. last2 aku pilih hitam itu menawan jer..aku suka..i like!!!!

Bukannya aku tak suka beli kat kedai aku dah pg survey pun ttp lepas minta pendapat drp tech IT kat opis ni aku pun setuju terus jer beli online. See..bestkan..dia hantar terus kat opis nanti kalau rosak call jer dell akan dtg amik. lepas ni tak payah ler aku berebut ngan en hubby aku pasal labtop dah ada sorang satu. Biar dia guna labtop lama yg dah hampir menemui ajal tuh. aku guna yg baru hehhehe. Durrani plak jgn harap dapat main ngan labtop ni pegang barang sesaat pun tidak boleh wahai anakku.




Tuesday, December 23, 2008

sup ketam


semalam laki aku demam start drp sabtu malam lagi. Demam nak bermanja ngan aku ler tuh..drp siang dia tak selera nak makan. Tiba-tiba petang isnin tuh aku dapat sms dr dia..

suami: sedapnya kalau dapat sup ketam. mana nak cari eekk?
aku: Cuba lah tanya kat kedai ikan bakar yg kita selalu makan tuh..ttp malam plak baru buka.

petang tuh time nak balik keje aku sms dia lagi tanya dah dapat ke belum sup ketamnya.

"belum..."jawabnya ringkas.
"tak perlah abang beli ketam malam karang mama masak yer."

akhirnya dalam keadaan anak demam dan perlu melayannya sehingga dia tidur..barulah aku dapat memasak sup ketam..senang jerr uols..masuk ketam masuk air rebus jer. sedap plak..aku tak demam pun makan banyak...hahhahhaha

bayi 20 bulan kena rogol

TAK TAU NAK KATA APA DAHHH..MMG BINATANG BETOL ORG YG SANGGUP LAKUKAN PERBUATAN NIE. MANUSIA BERTOPENGKAN SETAN. MOGA DAPAT PEMBALASAN SETIMPAL...


BUTTERWORTH: Bernafsu haiwan adalah perkataan paling sesuai untuk dua beranak, termasuk remaja lelaki berusia 16 tahun yang ditahan polis selepas disyaki menodai seorang bayi perempuan baru berusia 20 bulan.

Kejadian itu hanya disedari ibu bayi berkenaan apabila pulang ke rumahnya di sini kira-kira jam 11 malam Jumaat lalu apabila melihat bayinya menangis begitu lama.

Sebelum itu, sumber berkata, wanita berusia 32 tahun yang bekerja sebagai juruwang itu meminta ibunya mengambil bayinya yang ditinggalkan di rumah pengasuh kira-kira 50 meter dari rumahnya.

Katanya, wanita itu kemudian mendapati bayinya menangis dengan kuat apabila dibawa pulang ke rumah, tetapi dimaklumkan ibunya dia mungkin demam.
“Wanita itu yang tidak berpuas hati kemudian memeriksa dan mendapati ada kesan darah dan luka pada bahagian sulit bayi perempuannya.


“Dia kemudian terus membawa bayinya yang menangis dengan kuat tidak berhenti-henti ke Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini.

“Hasil pemeriksaan doktor mengesahkan terdapat kesan koyak pada kemaluan mangsa. Bagaimanapun, keadaannya kini dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan di HSJ,” katanya.

Berikutan itu, ibu mangsa membuat laporan polis.

Ibu kanak-kanak itu yang enggan dikenali, berkata dia tidak menyangka kejadian berkenaan boleh berlaku ke atas bayi perempuannya.

Menurutnya, dia menghantar anaknya ke rumah pengasuh berkenaan sejak 14 November lalu dan menjelaskan bayaran RM150 untuk bulan pertama.

“Kejadian itu memang di luar jangkaan kerana tiada siapa memberitahu perangai sebenar lelaki berkenaan. Dia tergamak melakukan perkara itu ke atas bayi saya,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, Superintendan Mohd Sukri Awang ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.

Menurutnya, polis sudah menahan seorang lelaki berusia lewat 30-an dan anak lelakinya pada Sabtu lalu untuk membantu siasatan kes berkenaan yang dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Kami masih melakukan siasatan berhubung kejadian berkenaan,” katanya enggan mengulas lanjut.

p/s: korang rasa apa hukuman sesuai untuk dua beranak tuh??? bunuh..potong kemaluan..sula..rejam, tembak sampai mati..tanam hidup-hidup. apalah dosa baby tuh. cam ner ler dia menanggung kesakitan..azabnyer. apabila nafsu menguasai diri...akal sudah tidak berguna lagi..mengapa tak pg cari mana2 palacur jerr kalau dah bernapsu sangat...iskkk aku betol2 tak puas hati..marah geram..sedih..semua ada. bayangkan baby tuh kecik sikit pd anak aku jerr..astagfirullah halazim...

bila anak demam

kasihan aku melihat sejak si kecil sejak balik dr umah baby siter petang tadi panas badannya tidak berkurang.Mulanya mahu makan ubat yang diambil dr klnik minggu lepas sahaja tetapi melihat dia mulai batuk dan selsema tidak sampai hati pula. Jadi kami pulang ke rumah dulu kemudian jam 8 baru ke klinik. Pulang ke rumah aku terus beri ubat yang diberi doc ubat demam, batuk, selsema dan antibiotik. Mujur fahim tidak menolak walapun wajahnya menunjukkan rasa kelat namun ditelan juga. Hasrat hati mahu menidurkannya namun selang 10 minit dia akan terjaga kerana batuk. Mungkin tidak selesa kerana badannya agak panas. aku letakkan tuala kecil yang direndam dalam air suam ke kepalanya. aku sapu seluruh badan dengan air suam itu. Fahim diam memerhati. Dia tidak merengek. Mungkin terasa nyaman Fahim mula memejamkan matanya. namun kembali terjaga 10 minit kemudian begitulah seterusnya sehinggalah jam sekarang. Tidur telentang tidak boleh..meniarap apa tah lagi ..aku mengiringkannya juga tidak selesa..lalu aku masukkan dalam buaian pun sama. aku peluknya erat diam seketika namun menangis minta simpati. apa yg mampu aku lakukan., setiap 4 jam sekali aku akan pastikan ubat demamnya diberi. Tadi jam 9.30 malam, 1.30 pagi, kemudian 5.30 pagi. harap-harap panas badannya berkurang kerana esok mama tidak boleh cuti kerana ada kerja perlu diselesaikan. Pagi meeting dengan pn zaini petangnya mahu mengambil produk di Midvelley terus menghantar baju yang dipinjam untuk majlis akhir iremaja lalu. harap2 semuanya selesai tanpa masalah.
Bila anak demam memang aku runsing, mata tidak mahu terpejam..kerana sering diganggu tangisannya. semalam suami aku demam..dia juga mahukan perhatian. "mama picit kepala..mama urut badan..mama nak air..mama...itu dan ini". Begitulah tanggungjawab seorang mama dan isteri..bagaimana pula kalau aku demam..mujur aku jarang sakit yang berlarutan. alhamdulillah..

Monday, December 22, 2008

panas..panas..panas...

Tengah aku dok godek-godek Internet aku terjumpalah gambar2 ni dalam blog ohbulan.com. saperlah budak-budak ni..mungkin korang tak kenallah. Ttp bg sesiapa yg pegi majlis Pencarian Gadis dan jejaka i-remaja di sg petani 2 minggu lepas pasti perasan yang gadis tuh adalah pemenang Gadis I-remaja manakala jejaka itu pemenang tempat ketiga. Hati gua dah agak panas juga bila baca tajuk dalam blog ohbulan ni faralyna (pelakon kaisara) dan teman lelaki baca tajuknya boleh tahan panas ttp bila tengok gambar bercium kat bawah nie..rasa mendidih plak jiwa ni.haiii..belum apa2 lagi dah buat kontroversi. Yg buat aku panas macam mana gambo bercium tuh boleh ada dalam blog oh bulan ni. Pastu baca komen2 peminat...alahaiiii!!

sebenarnya dorang berdua nie rapat ketika di sg Petani. Sebabnya mereka berpasangan untuk acara pada malam itu. dan mereka bukan pasangan kekasih. Ttp ntahlah kalau selepas majlis tuh cinta Faralyna dah beralih arah..ehhmm masa kwn aku tunjuk gambar atas bas masa bertolak balik ke KL tuh aku dah tepuk dahi dah. Leh tahan sensored juga gambarnya. Ttp memikirkan mereka ni budak-budak yg masih mentah bolehlah dimaafkan. Ni bila aku jumpa plak gambar nie...makin panas ler jiwa aku. Pemenang tempat ketiga tu ada msg aku minta maaf pasal gambar dan dia kata tak sangka plak jd isu dan dia betul2 menyesal dan nak jdkan ini sebagai pengajaran. Baguslah kalau sungguh bagai dikata. Jgn plak majlis I-Remaja ni dikatakan sebagai majlis mengundang maksiat.



Sunday, December 21, 2008

kui..kui..kui...


Korang jgn meluat plak bila buka blog aku..asyik2 mawi ngan ekin lagi..sajer jer nak promo sikit. Hehhehehe..sebenarnya aku tak der benda nak tulis..so aku godek2 ler tenet mmg panas citer pasal Mawi dan Ekin. Sebenarnya aku tak mooo komen apa2 pun..sebab dorang berdua dah selamat dirikan masjid pun. Pasal kecoh-kecoh TV3 tak dapat buat liputan...alah samalah cam isu Ct Nurhaliza kawen dulu Tv3 yg dapatkan...so isu ni cam nak balas dendam jer.

korang rasa saper yg untung...hehhehe sajer jer soklan provok sikit..Ekin dah tentulah untung dapat Mawi...hahhaha untung besar tuh beb..dengar kata Astro bayar RM5 juta wow satu jumlah yg banyak. Dan aku kira astro untung lebih pd tuh..hasil drp iklan untuk majlis nikah, sanding sebelah Mawi dan majlis kat palace..itu belum masuk SMS..pastu nanti jualan buku kahwin mawi dan ekin lagi..diari cinta lagi...kalau dorang sanggup bayar RM5 juta tentulah keuntungan berganda drp itu. Sebab itulah ramai yg sanggup menaja..sebab keuntungannya sgt besar dikemudian hari.

Gitulah bertuahnya penyanyi yg bernama MAWI. Rezeki melimpah ruah sejak bergelar penyanyi. Aku teringat kata2 seorang ustaz ketika menemuramahnya dulu kemewahan, kemasyhuran dan kesenangan yg dimiliki adalah satu bentuk dugaan drp Allah untuk menilai ketaqwaan hambanya. Sebenarnya dugaan kemewahan lebih sukar berbanding kemiskinan kerana apabila miskin kita selalu merayu kepada allah dan mendekatkan diri denganNYA dan seringkali manusia lupa apabila sudah hidup senang dan mewah.

Aiseeyyy..melalut plak aku nie...katenyer tak nak komen apa-apa dong ahhhh..oklah layan jerlah gambo2 kat bawah yang aku amik drp blog klubbkidd.com. blog yg paling pantas memberikan info mengenai hiburan tanahair cayok..cayok..





Kelas Ekin handphone pun termasuk dlm senarai hantaran. close up sikit brand apa itu kui..kui..kui..

apakah itu..ntah tk dapat dipastikan

handbag untuk Ekin

Ni???? ntahlah idoklah teman tahu ape kebendanyer...

Yg ni mawi bg kt ekin

kasut uols..nnati teman tanya kawan yg pg tuh yer jenama aper...

GAMBAR PRA PERKAHWINAN

gambar2 ni aku terima menerusi email sehari sebelum mawi dan ekin berkahwin. Kredit sket kat abg hashim sebab dia yg emel kat aku. lokasi penggambaran kat UPM..gambar ala2 tahun 50-an..kelassskan..






Ni plak gambar masa bersanding kat Stadium Tertutup JB

kata Ekin (yahooo aku dh dapat Mawi..putih matalah korang)

suap menyuap plak...


Tiba-tiba aku dapat gambar ini..Mawi berkain pelikat selepas majlis perkahwinan????...hehhehe idoklah uols...gambo ni..ntah lar masa bila sajer jer aku tempek bukan senang nak tengok mawi berkain pelikat..kui..kui..kui (gelak manja). haruslah bg kredit kat ohbulan.com

Saturday, December 20, 2008

jom buat urutan

Mari belajar mengurut. Bila time cuti adalah masa nak bermanja-manja ngan anak. Kalau time bekerja pagi ngan petang baby siter yg mandikan. Fahim pula sgt suka main air..kalau mandi tuh siap lompat-lompat lagi, gelak-gelak punya suka.



Ni lepas mandi..seksi ker????hehhehe

Sapu minyak yuyi kat perut supaya perut tak kembung.

Lepas tuh aku start lah buat urutan dengan losen johnson Mula-mula kaki kanan dan kiri

Lepas kaki kat badan pula, dada, belakang semualah. Masa ni anak aku mmg suka bila badan kena urut.

Dah siap baru ler pakai baju

Pakai stoking supaya kaki tak sejuk dan masuk angin.

Sapu bedak sikit kat pipi bagi wangi

Tadaaa.....dah hancem anak mama

Last sekali..aku akan tonggengkan dia kepala ke bawah. Kaki kena pegang kuat-kuatlah. Ni aku buat masa umur dia 3 bulan lagi. Tiap kali mandi pagi. Orang puteh selalu buat anak dorang cam ni..supaya sihat dan pertumbuhan lancar. Masa Durrani dulu aku buat sampailah umor setahun lebih lepas tuh tak buat dah sebab dah berat tak larat pegang kaki. ada juga aku baca kat tenet tonggengkan supaya anak tinggi..ntahlah betul atau tak.

mawi kawen...


pagi ni jam 10.30 pagi aku dah terpacak depan TV. Si kecik baru jer tido kakak pula oleh sebab tak sihat dia tido awal..hasben aku plak kuar pg beli makanan. Bestnya aku boleh tengok TV dengan senang lenang. Bukan apa hari ni kan majlis pernikahan Mawi dan Ekin. Aku pasti semua orang tertunggu-tunggu majlis perkahwinannya. Macam majlis Ct Nurhaliza dulu. Wedding Off The Yearlah katakan. Masa Ct dulu aku pg weddingnya kat KLCC wpun time tuh tengah sarat ngandung dah 9 bulan dah uols..ttp tetap nak pg juga hehhehehe.

Aku kecewa juga sebab tak dapat pegi wedding Mawi ni. wpun aku bukan peminat dia pun. ..kalau aku bujang lagi sure aku ler yg akan angkat tangan kalau kak ema tanya saper nak cover wedding Mawi..bukan apa sonok ooiii...sambil tengok org kawen leh tengok tempat orang tambah2 Mawi plak tuh. Kali ni biarlah orang2 bujang plak yg buat coverage. Suzi yang pg cover majlis nikah dan sanding umah Ekin hari ni....minggu depan Anis pegi felda Taib Andak dan aku pg 11 januari 2009 majlis yg diadakan di Palace Off Golden Horses.

Moga2 majlisnya berjalan lancar wpun bermacam2 cakap org mengenai pilihan hatinya. apa pun org kata jodoh sudah ditentukan...doakanlah yg baik2 mengenai mereka. moga perkahwinan bahagia hingga ke akhir hayat. AMIN.

Friday, December 19, 2008

orang gaji atau baby sitter?

Khamis semalam kan ker aku bg tau aku cutikan...malas ler nak bangun awal masih bermalas-malasan lagi..tiba-tiba loceng pintu berbunyi. aku ngan masih pakai baju tido ni malas lah nak g buka. Kang perompak ker..ttp perompak takkan bunyi loceng-loceng pulak..tak logik. aku pun g lah jenguk mana tau org hantar bunga ker ekekkekekek. (kemaruk nak bunga dah lama tak dapat)
Ohhh rupa-rupanya akak yg sapu sampah tuh.. aku masih ingat masa ngandung fahim dulu aku penah sembang ngan dia. Ginilah lebih kurang perbualan aku.

aku: akak ada tak saper2 yang nak jaga budak siang jer kat umah saya. Malam dia balik umah ler kalau ada bg tau saya. Saya nak cari org untuk jaga anak saya ni. Datang kol 8 pagi balik kol 7 malam. Gaji dalam RM400 - RM450 boleh dirunding.

Kakak: Baik dik nanti akak carikan ( dlm loghat Indon ler)

Tiba-tiba akak tuh muncul depan rumah aku pagi-pagi ni.

kakak: Dik..masih nak pakai orang gaji lagi ker? Kalau nak saya mahu ttp saya nak bermalam kat rumahlah.

Setahu aku kakak ni dah berkahwin dengan orang Johor dan dia ngan suaminya tinggal berasingan. Menurutnya lagi gaji yang dibayar untuk sapu sampah di kawasan kuaters Uniten ini tidaklah banyak. Mungkin lebih banyak lagi gaji menjaga budak kerana rumah tidak perlu dibayar termasuk makan dan minum. aku terkedu seketika. Baru jer terfikir pasal maid ni.

aku: nantilah saya kena bincang dengan suami dulu. nanti saya bg tau akak yer.

Sebenarnya masa ngandung Fahim dulu mmg aku terfikir nak amik maid ttp keje sebelah siang jer sebab memikirkan aku kena hantar dua-dua anak yg jaraknya dgn umah lebih kurang 10km. Lepas tuh aku kena hantar berdua dengan hasben disebabkan kena melintas jalan dan menaiki tangga. lagi pun Durrani baru mencecah 2 tahun perlu pengawasan rapi. Jadinya mmg aku akan sampai lewat ke opis lebih kurang jam 10 pagi. Mmg bg aku jam 10 pagi mmg agak lewat sebab biasanya zaman bujang dulu jam 9 dah masuk opis paling lewat 9.30 ttp pegi bfast lagi..pimai..pimai jam 10 juga baru start keja.

Bila difikirkan time cuti kena keja, kalau ada asgn sabtu ahad dan out station (wpun dah jarang). Semua itulah yg menyebabkan aku nak amik maid. Ttp bila dah biasa..sekarang usia Fahim dah masuk 5 bulan aku rasa semakin selesa dengan kehidupan sekarang. Mmglah kalau amik maid perbelanjaan jaga budak akan berkurang at least RM50-Rm100. Belanja baby sitter setiap bulan untuk 2 anak RM500 itu belum masuk kalau aku balik lewat atau kena jaga sabtu aku akan tambah biasanya RM550 dan kalau bermalam biasanya tambahan RM50 semalaman. Walaupun baby sitter aku tak penah mintak ttp aku tetap bagi yerlah jaga budak bukannya senang..as long as dia jaga anak aku dengan baik aku cukup puas hati.

Orang kata duit belakang kira dan setakat ni mmg aku puas hati dengan jagaan mak ida..berat durrani pun makin naik..dia pun tak berkira pasal makan semua. Mak Ida juga ajar apa yang patut macam baca 1-10, 0ne - ten, alif ba ta...anak aku dah lancar. Baca doa makan pun dah lancar. Lagu buai laju-laju dan rajin adik rajin juga dia dah hafal dengan jayanya. Sekarang ni tengah dok menghafal lagu "abahku pulang dr keje...abah ku belikan kereta" kelakar bila hari2 dok nyanyi.

Itulah sebab-sebabnya aku masih nak hantar anak aku kat Mak Ida..pendamkan dulu hasrat nak amik maid nie. Hasben aku pun setuju dengan pendapat aku. Harap2 tak ada masalah lah pasal jaga budak ni. Amin

khamis yg tenang

Semalam Khamis aku terima panggilan dr Mak Ida, baby sitter aku. Dia bg tau yang dia nak minta cuti 2 hari khamis dan jumaat sebab ada emergency kat kg. Tanpa berfikir panjang aku pun ok jerlah..nasib baik semua keje dah settle tinggal beberapa page yang kak ema perlu sign yg lain semua dah hantar. Aku harap dah settle lah semua sebab editor aku nak pegi bercuti ke Sarawak hujung minggu ni sampai Isnin kot.

Bolehlah aku berehat dan settlekan apa yang patut. Maklumlah umah cam kapal pecah nie. Ingatkan bolehlah aku mengemas….NAN ADO lagi bertambah sepah adalah. Anak dara aku sorang tuh lepas jer mandi teruslah main..dia akan amik semua mainan dalam box mainan dan sepahkan kat depan Tv..bila dah bosan bukan pandai nak kemas balik. Lagi satu suka sangat main yg bukan-bukan tarik tisu banyak-banyak pastu lap2 bontot teddy bear dia kemudian sepahkan tisu tu. Bila dah penat mulalah kacau adik dia tengah tido, “Aim..aim angun..angun. Si adik tuh bila dengar suara terus jer celik mata.

Aiseehhh..barulah mama nak berehat sikit dah kena tidokan adik balik. Gitulah kekdahnya kalau time cuti hari bekerja ni. Lastnya aku biarkan umah aku bersepah ngan mainan karang dorang tido baru aku kemas balik. Nak memasak pun aku malas…boleh dapat anugerah isteri yg malas nak masak hahhahhaa. Pagi-pagi en hubby dah SMS mau makan apa.

“Ala abang belikan roti jerlah ngan kuih,” kui..kui..kui..

Bila dia balik mak aiiii…roti planta kesukaan ngan ngn roti kosong..karipap 3, donat 2 ngan kuih kasui (faberet aku gak ni..pandai abng beli mama lap u lah hehhehe). Aku buat milo secawan sambil makan ngan Durrani ingt aku jer suka roti planta mamak ni rupanya anak aku pun suka juga. Siap nak cicah ngan kari lagi.

“Pedash..pedash,” ttp mulut makan juga…habislah separuh juga kat dia. Lagi separuh aku makan sekali ngan roti kosong dan semua kuih muih tuh. Banyak nau aku makan…lapo ler.

Pastu aku tidokan si kecik…sampai layan Durrani main. Bila perut dah kenyang mata pun stim jer…kalau kat opis tak ngantuk plak..alahai. tengah hari..kan aku dah kata aku malas masak..order..delivery jer. Nasi ayam sebab faberet Durrani.

Wednesday, December 17, 2008

aku yg penat

Walaupun majlis kat sg Petani hari tuh dah 4 hari berlalu ttp aku rasa penat masih tak hilang lagi. Sekarang lepas balik keje dan tidokan anak-anak aku akan tertido sekali letak kepala jer dah boleh terlelap. Rumah pun dah tunggang langgang tak berkemas. Aku cuma sempat basuh baju yang berlambak tuh..ni dah 3 kali basuh masih ada lg belum dibasuh. Maklumlah baju aku, en hubby dan anak-anak. Tak sempat nak melipat..cam no nak sempat malamnya aku tido awal..pagi dah bangun cam biasa pg kerja.

Aku rasa untuk 2 minggu ni mmg aku tidak memasak. Dalam peti sejuk pun tak ada apa. Makan bungkus jerlah uols...order jer nak makan apa dan akan di delivery oleh en hubby senangkan???? hehheheheh. Penat badan..mental..jiwa raga semualah...tambah plak si kecik tuh tak berapa nak baik lagi..malam pun tido tak nyenyak..bangun 2,3 kali menyusu. Nak tidokan dia balik satu hal. Haruslah aku pun penat kerana berjaga...tidur terganggu..ttp tak per aku sudah biasa melaluinya. Ada anak kecik nie cam tuh lerr..idaklah merungut anak sendiri kan. Cuma kdg2 bila stamina tak ada..rehat tak cukup mulalah rasa nak marah jer kat anak bila dia tambah sepah-sepahkan lagi umah. Berserabut rasanya mata dan fikiran. Ttp nak wat cam noo..dia bukan faham pun.

Tadi en hubby bg tau minggu ni tak lik kampung dia kat PD..aku bersorak girang dlm hati. Alasannya Fahim belum baik sepenuhnya lagi. Dapatlah aku kemas umah...dan berehat sikit..nak kata rehat banyak2 pun tak juga ada anak kecik ni mana ada istilah berehat..kalau dapat pejamkan mata waktu petang alangkah indahnya dah lama tak rasa tido petang sejak ada anak nie. Time anak tido masa tuh ler digunakan untuk wat keja umah. Bila dah habis buat keja anak plak dah jaga..time2 penat dan bz cam nie mulalah terbayang alangkah indah kalau ada maid..INDAHKAHHH???? ttp bila fikir balik biarlah macam nie org kata bersusah payah..penat badan semua diri sendiri yg tanggung. Karang ada maid nak kena fikir pasal maid pulak..dapat yg ok tak perr..kalau yg macam2 hal tak pulak satu keja nak fikir pasal dorang. Lagi satu yg hubby aku tak suka sebab tak der privacy. Iyorrlah..kalau ada org asing dlm umah kenalah proper sikit maaa...mana leh seksi de meksi..bahaya. Tak perlah biarlah aku begini...

Tuesday, December 16, 2008

Fahim oh fahim

Ni gambar fahim masa bawa balik dr kampung lepas function I-remaja hari tuh. Tengah malam tuh aku dpt sms drp hasben aku bg tau badan fahim panas mungkin demam rindu kot. Sebab tuh ler pagi2 bangun aku dah suruh adik ngan along berkemas sebab lepas bfast nak terus gerak. aku dah bg tau kak ema yg aku tak join masa kat karnival nanti mujur kak ema faham.
Sampai jer umah terus aku tengok Fahim pegang dahi dan badan dia..mmg panas lagi..aku terus angkat..lepas tuh Fahim terus nangis macam tak nak ngan aku..mula2 slow lepas tuh makin lama makin kuat. Mak aku kata dia merajuk tuh sebab kena tinggal puas mak aku pujuk barulah dia diam. Lepas tuh masa nak susukan memang dia tolak menangis-nangis tak nak susu. aku biarkan sahaja kat mak aku. alahai sedih plak rasanya sampai dia merajuk. tengah hari disebabkan suhu badan masih panas dan dia merengak-rengek tak nak tido aku bawa dia ke klinik. Lepas makan ubat barulah tido.

Masa nak mandikan dia petang tuh aku perasan dia cirit birit. Lepas 5 -10 minit dia akan berak. Risau juga dibuatnya. Oleh kerana esok kena setlekan keja di pejabat aku ngan hasben bercadang bertolak lepas magrib. Tetapi masa dlm perjalanan Fahim menangis tak henti-henti dan tak nak duduk..mata pulak asyik pandang atas jer. aku terus suruh hasben patah balik walaupun masa tuh dah sampai Bukit Merah.

sampai jer rumah mak aku tidokan dia..malam tuh dia nangis juga ttp masih boleh dikawal.
Menurut mak aku..masa akak aku bawa pg umah dia..masa tuh dah jam 12 malam bila sampai umah dia yg jauhnya 10 minit dr kg Fahim menangis tak henti-henti. Puas dipujuk, diberi susu tetap menangis. Menurut akak aku mmg dia syak something sebab masa dukung Fahim dan pujuk dia lututnya terasa sangat berat..

Lepas tuh paginya terus dia bawa ke kg. Maklumlah kalau fahim nangis sekurang-kurangnya ada mak dan ayah aku. Menurut citer mak aku lepas bawa balik tuh badannya terus panas..panas yg teramat sangat sampai menggigil. Puas mak aku lap ngan towel..tidokan atas riba jam 4 pagi baru dia tido (sian mak aku terpaksa jaga cucu demam). Tengah malam fahim menangis tak berhenti-henti nasib baik ayah aku pandai buat air penawar untuk budak menangis.

Mak aku ada bisik kat aku bg tau...tengah malam masa nangis tuh dia terasa bahunya berat..apa lagi mak aku baca ayat kursi lah sepanjang malam sampailah fahim tido.

Gambo masa raya haji seb pg sg petani

Esoknya cadang nak balik Kl. Sebelum tuh aku bawa Fahim bertemu ngan orang tua ni (jiran kakak aku dia yg bg tau) yg pandai ubat budak2 yg menangis dan kena ganggu. Bawa air jer dan sedekah ler berapa asalkan ikhlas. Masa berubat tuh isteri pak sheikh ni bg tau yg Fahim kena ganggu..sebab tuh sampai demam. Badan dia ok tak sakit-apa2. Cirit birit mungkin sebab panas sangat..

Pak Sheikh bagi air penawar untuk sapu muka dan kepala kalau dia nangis dan sedikit minyak yang perlu disapu pada seluruh sendi. ibu jari kaki. pusat, kening dan buku lali. Adalah caranya pak sheikh dah ajar aku. Buat tiap kali magrib dan subuh dan bila2 nak kuar umah. Dia kata baby mmg senang kena sebab dorang lemah so elakkan balik waktu magrib dan tengah malam. Baby senang nampak benda halus ni.

Lepas demam panas hari tuh..dah susut muka fahim cengkung anak mama

Masa dlm keta Fahim tido dengan lenanya..lega hati aku. demamnya pun dah surut. Berat badan fahim mmg dah turun..tak tahu tinggal berapa kg..dia kurang makan dan menyusu. Skang ni masih cirit lagi dan aku still bg ubat yg doc bekalkan cuma ciritnya dah semakin kurang drp 7-8 sehari kepada 3 kali jer. Lega sikit bila dia dah mula senyum, ketawa dan bercakap bila diagah. Sekali lagi aku pg klinik kat sini dan doc bg tau fahim tak ada apa-apa dan sambung makan ubat jer..kalau dia tak nak menyusu dan masih cirit bawa jumpa doc lagi.

Ini kali kedualah Fahim kena gangguan. Harap2 lepas ni tak ada dah lerr... Dalam hati aku berdoa cepatlah besar anak mama senang mama jaga.

casa impian


bahagian dapur

Bilik tidur utama

Bilik tidur kedua sempat landing atas tilam ni

Inilah rumah impian aku...tadaa...tantekk tak??? tantekk kan??? Ttp konsep lebih kepada bali dan sedikit moden kontemporari. aku suka bahagian dapur sebab simple dan kemas. Kondo mewah ini berharga usd 400 ribu, mahalkan??? uols kiralah sendiri berapa dlm RM. Korang rasa ada tak org yg nak beli... yg aku perasan kebanyakan kondo atau banglo mewah yang berharga jutaan ringgit dibeli oleh rakyat asing. Kira macam rumah persinggahan mereka apabila bercuti ke Malaysia. Kalau rakyat kita ni semua datuk2, tan sri dan juga bisnesman jer. Bestkan..bilalah aku dapat beli umah cam ni..berangan kejap uolss.



Ruang makan

Bilik santai..nak lepak2 kat sinilah

Ruang tamu


Ruang tamu utama

Ni pun ruang tamu juga..amacam ok tak???

Sebenarnya ini cuma showroom yang terletak di Cinta Sayang Golf & country Resort. Kita org sempat melawat kondo ni sebab buat fesyen shoot kat sini. Sempatlah baring-baring dalam bilik tido, lepak kat ruang tamu dan masuk bilik airnya.