Thursday, October 30, 2008

durrani tak nak susu


Adehhh..pening kepala aku..hari nie dah masuk 2 malam Durrani tak nak menyusu. Puas aku pujuk2 dia tk nak juga. Susu yang siap dalam botol aku masukkan dalam cawan pun tak nak juga. Cam ner nie??? Selalu dia tak macam ni. Tiap malam pasti 3 atau 4 botol habis. Ttp sejak dua malam nie dia lebih suka air masak jer. Mulanya aku ingatkan sebab puting botol sebab dia asyik tunjuk pada puting botol bila aku bg susu kat dia. Sebab tuh suami aku beli puting lain...dah siap-siap basuh dan rebus bagi kat dia pun tak nak juga. Yang aku perasan tiga hari lepas lepas minum susu dia akan muntah..pastu dia akan tunjuk puting botol tuh ttp aku check ok jer...cuma macam longgar sikit aku ketatkan balik dan dia mau hisap balik. Dua tiga kali jugalah dia muntah pas minum susu. Sejak tu ler dia dah macam fobia nak menyusu. Padahal dah tukar dua botol dan puting.

Petang tadi lepas amik kat baby siter suami aku bawa durrani sekali beli botol baru. Biar dia nampak yang ayahnya beli botol baru so dengan excitednya aku rebus dulu botol tuh kemudian buat susu dan bg kat dia...ttp dia gigit ala-ala manja jer. Tak minum langsung.

Botol susu dia bg kat aku dan cakap, “ma..ma nak air,” lastnya air masak juga yang dia minum banyak. Masa kat baby siter pun minum sikit jer...akak tuh kata ingtkan mulut sakit ttp masa makan ok jer..makan banyak. Aku dah runsing tak tahu nak buat apa. Sebab kalau kat umah makan memang susah sikit kat umah bby sitter jer makan banyak. Yg dia suka nasi ayam..kalau tak ada nasi ayam makan sikit jer. Kalau tak minum susu cam nerlah anak mama nak besar dan dapat semua khasiat makanan. Ttp dia memang suka minum susu coklat dutch lady tuh..petang sekotak dan malam sekotak. Harap2 pas ni dia nak ler menyusu balik.

Citer malam tadi

Ntah mimpi apa plak En. Hubby aku malam tadi…masuk ke dapur dan memasak untuk makan malam. Dah lama betul dia tak masak sejak aku ngandung Durrani dulu time mabuk 2.. 3 bulan dialah yg selalu ke dapur memasak. Lepas tu memang tak penah dah. Maklumlah aku time ngandung mmg gantung periuk sampai 4 bulan pastu baru ler masak tu pun kalau rajin lar hehheheh. Sib baik en hubby tak kisah makan luar.
Malam tadi sedang aku menidurkan Fahim En hubby ke dapur sangkaku dia diam kerana melihat keindahan malam menerusi balkoni, rupa-rupanya sibuk menyiang ikan.

“mama nak masak apa ni,” antara dengar dengan tak dia bertanya.
“Iskk..masak jer apa yg ada kat dapur tuh,” kataku sambil berkata rajin plak suami aku malam ni.
“Goreng sawi, ikan ngan sambal telur…ok tak?” tanyanya lagi. Selagi aku tak mengeyakan selagi itulah dia bertanya.
“ok lah tuh,” kataku dah org nak masak jgn banyak songeh plak minta lebih2.

Setengah jam kemudian en hubby membawa makanan ke depan. Ttp sambal telur yang sepatutnya ada dlm menu menjadi telur dadar sahaja. Katanya malas pula mahu membuat sambal. Makan ajerlah dah orang masakkan. Tapi sayur nya mak aiiii pedasnya yang amat. Macam tak bagi aku makan banyak jer. Dah ler aku kena ulser mulut pedihnya masa nak makan. Makan sikit jerlah...itulah kalau en hubby aku masak pedasnya sehingga sampai ke telinga maklumlah org N.9. kalau nak diikutkan dia bukannya tak pandai masak...boleh tahan juga sedapnya ttp sajer tak nak tunjuk bakat katanya memasak tuh kan keja org perempuan...ehmmm yorlah tuh...cik abang oiiii...aku tak sempat plak ambik gambo sebab dah lapo sangat hehhee.

Tuesday, October 28, 2008

tepung gomak

Biasanya pada waktu pagi ketika bersiap-siap ke tempat kerja Durranilah yg paling sibuk nampak bedak dia juga mahu berbedak sama begitu juga lipstik. Pagi tadi selepas menyapu bedak ke mukanya dia sibuk mengambil beg merah lalu mengisi segala macam mak nenek dlm beg tuh. Bedak, perfume ak, sikat, losen, kunci kete, stokin dan apa saja barang yang dapat dicapainya. Ketika aku sedang memakai tudung dia diam membisu di ruang tamu sangkaku sedang menonton TV, aku pun jenguk ler...
MASYA ALLAH...mulanya nak marah ttp terus tak jadi apabila melihat wajahnya yg macam tepung gomak...sambil gelak aku terus capai camera amik gambo...tengok ler sendiri gambo2 dia nie...ALAHAI






Monday, October 27, 2008



Pagi Ahad lepas Fahim menangis lagi..tangisannya seperti pulang kampung dulu puas ku pujuk tangisannya tidak reda malah bertambah kuat. Ingatkan dia kembung tetapi selepas disapu ubat tetap sama. aku dan suami jd tak keruan. cadangnya mahu pergi ke Selayang jam 10 tetapi terlajak hingga 1 tengah hari. bagi susu dia menolak..menangis dan terus menangis. Lantas suami mengajak ke rumah jiran berhampiran rumah..malangnya dia mengerjakan umrah. dalam kereta tangisan bertambah kuat aku cuba bacakan ayat kursi dan 3 Qul...sekejap tangisannya perlahan..kdg2 kala bertambah kuat.
gelisah jadinya...dalam keadaan tak keruan suamiku memberhentikan kereta di masjid berhampiran rumah..moga2 bertemu sesiapa di kenali..tetapi waktu pg siapa pula mahu menunaikan sembahyang. lantas suami mengajak aku ke Darul Shifa. sampai sahaja di sana dengan sebotol air kami terus bertemu dengan ustaz...yg sedari td mendengar tangisan Fahim. Kasihan agaknya dia terus mencapai Fahim lalu dibacakan ayat suci al-Quran...namun tangisannya bertambah kuat. aku dan suami mula panik. lantas dia menyuruh suamiku membuka sebotol air. dia membacakan ayat suci alquran lalu mengambil air dan menyembur air ke muka Fahim 3 kali dilakukan perkara sama. Fahim terus terperanjat sejuk agaknya..tangisannya agak reda. Ustaz itu menyuruh aku menyusukan Fahim diluar dan meminta aku menyapu air pada setiap sendi...disapu ke muka atau mencampurkan air dengan susu. selepas diberi susu...tangisannya semakin reda...penat agaknya dalam dakapanku Fahim terus tertidur. Syukur alhamdulillah...dia tidak lagi menangis. tapi sampai bila..NTAHLAH.

p/s: sukar dipastikan kali ini dia menangis kerana kerana gangguan atau sebab-sebab lain. Ustaz itu hanya tersenyum ketika meminta jawapan.
Jam menunjukkan 10.15 malam, walaupun masih awal aku kira tetapi suami, dua anak aku sudah hanyut dibuai mimpi. Penat agaknya sejak pulang ke rumah jam 9 malam masing-masing sudah terlelap. Cuma aku jer yg belum tidur maklumlah pompuan, isteri dan ibu.. kerja..kerja..kerja tak pernah selesai. Selepas menidurkan Fahim dan Durrani aku mula menjalankan kerja membasuh baju..kemudian melipat baju yg akan dibawa ke rumah baby sitter esok. Sementara menunggu basuhan selesai inilah kerja aku melayari internet sambil menulis blog. Melihat dua beg berisi pakaian di atas sofa…malas pula rasanya mahu mengemas. Esok masih ada..

Biasalah cuti hujung minggu ada sahaja aktiviti bersama keluarga. Minggu nie ada 2 aktiviti keluarga yg harus aku pilih. Pertama kenduri arwah mak di PD dan juga kunjungan mak, abah, kakak bersama keluarganya ke KL. Berkira2 mahu pulang ke kampung atau berjumpa keluarga sendiri. Nasib baik suamiku menyuarakan pendapat pabila melihat aku masam mencuka ketika dia mengajak aku pulang ke kampungnya.

“Mama tak payah balik kg lah.. .nanti abang hantar pg rumah kak Tija di Selayang. Lagi pun tak best juga kalau tak jumpa mak. Lagipun mama ada aktivti dengan kak chak kan?”

Bagai mengantuk disorongkan bantal. Aku terus menjerit YAHOOO….(tp dlm hati jerlah). Lg pun bukan aku sengaja tidak menghadirkan diri ..untuk lebih adil dan saksama biarlah suamiku di kampungnya dan aku bersama mak dan abah. Apa lagi aku terus siapakan apa yg patut kerana akan tidur di Selayang semalaman.

Pagi ahad bertolak ke Selayang…selepas hantar aku barulah suamiku pulang ke PD.

Jam 2 petang barulah familyku sampai dr Pahang (melawat paklong yg sakit). Aktiviti sudah ku atur petangnya jam 6 aku membawa kak chak ditemani adik ke IKEA. Fahim aku tinggalkan dengan mak..susah kalau bawa si kecil. Apa lagi aktiviti membeli belah dr jam 6- 9 malam. Banyak juga barang idaman kakak yg dibeli. Aku cuma beli brg2 kecil sahaja kecil ttp sgt bernilai. Kalau gaji dah masuk lagi ler bertambah best bershoping.

Esoknya Deepavali, jam 12 barulah mereka bertolak pulang ke kampung. Aku dan suami masih ada aktiviti belum selesai iaitu OPEN HOUSE di rumah kwn baik suamiku di Puchong. Jam 7 malam baru sampai ke rumah. Melihat rumah yg berselerak..ALAHAI.

gelagat durrani bila bawa jalan

Saturday, October 25, 2008

home decor

Hari sabtu adalah hari untuk mengemas bermula dr bangun tidur sampailah melelapkan mata tak habis juga kemas. Padahal umah bukan besar sangat pun. Kemas bukan apa pun mainan Durrani pas tu kain baju yg dia suka sepah-sepahkan..yg dilipat dia tarik...pastu kenalah lipat balik. Mainan pula pas main dia biar cam tuh jer..bila kemas dia sepah balik..gitulah anak mama.
hari ni aktiviti aku kat umah basuh baju dua kali ler mesin basuh tuh berputar..pas dah basuh mandikan Durrani, mandikan Fahim dan bg Fahim tidur bila si kecil dah tidur barulah senang nak buat keje umah.

Hari ni aku masak awal tak buat bfast berat pun makan roti ngan milo jer. Untuk tengah hari aku tengok yg ada kat peti cuma sotong, ikan dan sawi..so aku masak apa yg ada jerlah..sayur sawi tumis air, sambal sotong, ikan goreng dan sup ayam + tomato untuk Durrani. bila dah siap masak makan pun awal ler...jam 12 dah makan tengah hari dah..senang nak wat keje lain plak pas nie.


ginilah jam yg asal

Godek-godek album jumpalah gambo ini jer...nanti tuko gambar lainlah kalau nak

Petang aku tidurkan Durrani...bila kakak dah tidur banyaklah benada aku leh wat kalau tak asyik menyepah jer kejenye. Hari ni aku buat hiasan dalaman sikit. Jumaat lepas masa pg Metrojaya MidValley terjumpalah frame gambar sekali ngan jam warna silver mmg berkenan aku. terus jer beli sebab discount 30%. Bila dah balik umah mulalah cari2 gambar terbaru..sejak ada camera digital mmg lah jarang cuci gambar so tak ada gambar terbaru yg ada semua gambar Durrani so aku letakkan gambar dia dulu sementara cuci gambar-gambar lain. Bila dah letak gambar bolehlah gantung kat dinding. Ttp suami aku bg komen dia kata jam tuh kecik sangat tak nampak.....alahaiii...ade jer komen dia...
dah siap leh gantung kat dinding


Ginilah ruang tamunyer.....
Cermin kecik tuh dah pecah satu.. ganjil jer ada 2 kena beli baru nie

durrani dulu dan kini

Pejam celik pejam celik dah 2 tahun usia Durrani (23 Oct 2008). Dah besar anak mama..dia juga semakin memahami...kalau dulu asyik menangis dan minta didukung sekarang tidak lagi. Perubahan paling ketara dia semakin rajin dan boleh disuruh cakap sahaja...durrani amik h.phone mama...durrani amik pampers adik..Durrani buang pampers dalam bakul sampah...durrani kemas mainan..durrani...itu dan ini semuanya dituruti..dan dilakukan secepat mungkin. Harap2 rajinnya sehingga ke besar. Melihat perkembangannya aku semakin gembira...tidak sabar rasanya melihat dia ke sekolah dan menjadi rakan karib mama. Nanti besar temankan mama pegi tengok wayang dan shopping ya.

Dia juga sudah mula menunjukkan perasaan sayang pada mama dan abah suka mencium dan dicium. Lebih2 lagi pada adiknya Fahim bangun pagi perkara pertama dilakukan adalah mencium adik sama ada adik sedang tidur atau jaga. Selepas itu barulah mencari mama memeluk dan mencium. Begitu juga sekiranya adik menangis dialah org pertama yg akan memujuk atau memanggil mama. Keletahnya menghiburkan hati...menceriakan jiwa dan menghilangkan tekanan kerja. Pendek kata balik ke rumah memandang wajahnya sudah cukup menghiburkan hati. Sekarang barulah aku tahu betapa bahagianya memiliki anak sendiri. Inilah harta paling berharga...dan tiada tukar gantinya.

Moga-moga Durrani Fatihin menjadi anak solehah, mendengar cakap mama dan rajin belajar. Aku teringat perbualan suami dengan Durrani ketika menghantarnya ke rumah baby sitter

“Nanti Faten (panggilan durrani) bila besar jadi Perdana Menteri ya,” kata suamiku.

Durrani hanya mendiamkan diri sambil memegang anak patungnya.

“Dengar tak cakap abah..belajar rajin-rajin jadi perdana menteri tau,” kata suamiku lagi

(Wahh tinggi betul selera suamiku nak anak jd Perdana Menteri) aku hanya tersenyum sambil melayan Fahim.

“Ehhmmm....,” kata Durrani sepatah sambil mengangguk kepala dan tersenyum menampakkan barisan gigi bongsunya. Selepas itu ntah apa yang dingomelkannya..mungkin dia berkata best sangat ker kerja PM tuh..sampai ayah aku nak aku jadi PM hahahhahah.


wajah-wajah kesayangan hamba dulu, kini dan selamanya....

sehari selepas dilahirkan

usia 2 bulan


3 bulan

4 bulan

5 bulan

6 bulan

7 bulan

8 bulan

setahun

selamat hari jadi sayang!!!!


Selamat hari jadi sayang...kejap jer anak mama dah 2 tahun (23 oct 2006 - 23 oct 2008). Untuk majlis hari jadi kedua Durrani suamiku yang paling excited..dia menyuruh aku mencari hadiah dan kek kerana pejabat berdekatan dengan Midvalley. Tambah pula aku keluar mengambil produk jadi boleh terus sekali membeli hadiah. Teruja rasanya membuat ‘private birthday party’ untuk durrani kerana ini pertama kali. Ketika usia setahun dia masih tidak tahu apa-apa. Apa hadiah yang sesuai untuk durrani..buntu juga memikirkan. Seingat aku durrani suka benda yg kreatif tengoklah permainan di rumah..botol bedak disusun, bermain dengan sudu, senduk, bermain dengan lego, bedak dll. Jarang sangat dia bermain anak patung. Jika ada dia akan memakaikan baju atau pampers untuk anak patung itu atau pernah sekali aku melihat dia menyusukan anak patung sama seperti mana aku menyusukan Fahim. Kelakar sangat!!!!!

Akhirnya dalam kebuntuan aku membeli permainan play dooh..membuat ice cream. Harap2 dia suka...

Jam 9 malam barulah aku dan suami memulakan majlis..kek bersama KFC. Nampak sangat muka Durrani blur dan kehairanan dengan apa berlaku. Saat paling seronok ketika meniup lilin..kalau tak ajar alamat lilin cair atas kek hehhehe. Pandai pulak durrani bergaya ketika diambil gambar. Seronok agaknya ..tambah pula apabila menerima hadiah..xcited sangat nak main akhirnya dia tidur bersama mainan bersepah. Minggu depan barulah majlis hari jadi Durrani diadakan bersama sepupu2nya yang lahir pada bulan 10 kat umah kakak di Selayang.

Lihat aksi-aksi ketika besday malam 23 oct tadi...


kEK HARI JADI

takut2 plak nak potong kek


sonok bergambar ngan belon

bila dah dapat hadiah tak ingt semua...main..main..main

Buat aper tuh cik tipah oii???

Buat ice cream ker..asyiknya...dia


Inilah hadiahnya

Friday, October 24, 2008

resipi kuah kacang

Nie ler resipi kuah kacang yg aku belajar dr akak aku

Bahan-bahan

Bahan menumis
bawang putih, bawang kecil, halia dan lengkuas (dikisar)

Kacang tanah digoreng dan dikisar
cili kering dikisar
udang kering dikisar
serai
buah keras
Gula merah
gula putih
garam secukup rasa

cara membuat:

Goreng serai sehingga naik bau dan angkat. Kemudian baru tumis bahan yg dikisar (bwg merah, putih, lengkuas dan halia) sehingga naik bau dan kuning. masukkan cili kacau sehingga naik minyak. Kemudian masukkan kacang dan udang kering serta air mengikut kepekatan kacang. masukkan air asam jawa, udang kering dan buah keras. kacau sehingga pekat dan keluar minyak. Masukkan gula merah dan putih serta garam secukup rasa. Hidangkan bersama nasi himpit.


Inilah hasilnya....

jamuan raya

Berjaya juga akhirnya majlis makan-makan sempena aidilfitri yg dirancangan bersama majalah I-remaja, Jelita dan anjung seri. Ingatkan majlis untuk 3 majalah nie jer ttp rupanya semua hadir. Dalam serba kekurangan nampaknya semua tetamu memuji makanan yang dibuat secara potluck. Setiap orang memberi sumbangan tak kira ler besar atau kecil janji boleh dimakan. Team I-remaja bawa sayur (anis), sambal petai (suzi) yang ni makan ngan nasi, lemang (kak ema) kuah kacang ngan agar-agar milo (aku ler tuh). Antara menu-menu lain spegheti (kak shidah), mi goreng (kak on), kari ayam ( kak zurin), nasi himpit ngan roti jala (lili), kek batik (k. Haizan) , rending ayam (k.zeda) dan banyak lagi ler tak larat nak type.

Tiap tahun kalau ada open house aku mmg ditugaskan untuk bawa kuah kacang..iskk..apa lah yg sedap sgt kuah kacang aku ni aku rasa biasa jer hehheheh. Oleh kerana malam tuh ada private party Durrani (ceewahhh…) aku mulakan tugas2 memsak nie jam 12 malam. Nampaknya terpaksalah aku bersengkang mata. Dah ler bahan tak siap lagi..kacang belum goreng, kena blender, cili kering, bahan untuk menumis…so aku sediakan bahan dulu. Durrani pulak sibuk kat dapur ttp buat hal sendiri dok main beras. Selalu jam 10 dah tidur malam nie teman mama dia masak kot.

Bila dah siap bahan-bahan barulah aku mulakan tugas memasak leceh juga masak kuah kacang ni sebab kena masak lama. Adalah dekat 1 jam kat dapur. Nasib baik suami (ikut kata en. Razak jgn guna hasben rosak bahasa) menemaniku sampailah kuah kacang siap jam 1.30 pagi..pastu kemas dapur apa yg patut jam 2 pagi barulah melelapkan mata. Walaupun penat ttp seronok sebab tengok kuah kacang yg dibawa habis sehingga menjilat jari hehhehhhe



rendang ayam, ayam goreng, sambal udang
selepas ...licin beb
Anis makan dengan lahapnyer hehheheh
dah kenyang..alhmdulillah

sentimental value





Korang perasan tak lab top aku yg kat sebelah kiri tuh dah pecah sikit...kat sebelah kanan pun sama. Ttp still lagi ok cuma kalau aku buka tuh mmg sepanjang masalah sebab covernya ada problem sikit dah pecah..huwawawa...tak tahu jangka hayatnya sampai bila. Tak lama lagi aku rasa mesti kena cari pengganti. Padahal aku masih sayang dan cinta dengan labtop nie sebab dah berbakti dengan aku hampir 5 tahun, selepas 2 tahun bekerja dengan hasil titik peluh yg dikumpul selama 2 tahun inilah barang pertama yang aku beli. Memang banyak berbakti lab top aku nie tak pernah ada problem...internet pun sangat laju. Pendek kata kalau ikutkan masih lagi elok tp itulah luarannya sampai tahap menunggu masa jer lagi. Itu pun sebab anak aku duduk dan berdiri atas lab top nie...salah aku ker??? agaknya lah kot kenapalah aku biarkan dia main dgn lab top nie..itulah jdnya. Bila aku tengok jer...alahai dah pecah rupanya dek penangan Durrani. Yg salah aku ler dah tahu brg mahal dan berharga letak merata..bebudak manalah tahu ingatkan mainan.

Nak tak nak skang nie mmg aku kena survey beli yg baru...ttp tak tahu lagi brand apa. Yg nie brand prestigo..mmg tak glemer weehhh brand nie ttp perisiannya mmg tip top. Tu pun masa beli aku minta tlg en hubby aku (ttp masa tuh belum jd suami lagi..baru hasben aku dok mengayat aku) dia mmg pakar bab-bab komputer nie. Masa beli harganya RM2,800 mahaikan masa tuh sesuailah 5 thn yg lalu. aku dah survey kat Internet brand Dell baru RM1,999 jer..dual core dan vista.. ok ler tuh (ikut cara Saida kakak Ct n'liza). TTp ingat nak pg LOw Yatt Plaza kat sana macam2 ada...