Friday, March 6, 2009

Lunch at ROSYAM NOR

Semalam aku ngan kak ema lunch di rajawali, hotel legend bersama hero Malaya dan hero tua Rosyam Nor. jemputan ni untuk semua Editors majalah dan akhbar. Maklumlah Rosyamkan terkenal dengan sifat mesra media sebab itulah semua editors memberi kerjasama dengannya. yang paling penting pertemuan tengah hari sebab Rosyam nak bg tau projek terbaru Suhan Movie. Bukan drama atau film terbaru ya kwn-kwn. Ok sebelum aku citer tengok gambo dulu yer.

Haaaa...gambar pose Rosyam. Sajer aku nak suruh dia pose...
Rosyam dgn team suhan Movie..deme nielah yang terbabit dlm projek terbaru tuh nanti. Sebelah kiri tuh Ady org kuat untuk AF.

Tiba-tiba tengah Rosyam bg ucapan jeng..jeng...jeng.."happy besday to you...happy besday to you..happy besday to Rosyam happy besday to you". Ada surprise besday untuk Rosyam..actualy PA dia gak yg rancang semua ni. Mulanya sebelum tuh Rosyam bercerita yg dia mmg tak suka sambut besday..maklumlah dulu masa kecik diakan miskin tak ada duit nak makan...apatah lagi nak sambut besday.Dengar kisah dia mmg aku kagum. Sebab itulah skang dia berjaya...Tuhan bg rezeki kat dia sebab matlamat dia berlakon sebab keluarga.


Ucapan dr Rosyam..Masa ni kak Intan karangkraf mmg kena usik sajer dr Rosyam. nak mengalir air mata aku dok gelak..lucah..lucah...

Me dgn k.ani editor klik, karangkraf. Dah lama betol tak jumpa dia..stil maintain comel lah dia wpun anak dua. Dia kata aku tembam dan berisi sikit. haruslah aku amik gambar konsep menyorok..hahhahahha cover uols.
Sambung balik pasal program Suhan Movie, rosyam nak buat rancangan realiti TV, PILIH KASIH untuk mencari pelakon. Jadinya saper2 nak jd pelakon nanti jgn lupa sertai uji bakat bulan 4 nanti kat 6 lokasi kat Penang, KL, JB, Sarawak, Sabah dan Negeri 9 . Nnati rancangan tu adalah tenaga pengajarnya,jurinya, khidmat pesanan ringkasnya dan setiap minggu adalah peserta terkeluar. Kontroversinya rancangan ini apabila di akhirnya...mereka yang terpilih juara tidak semestinya yang tinggal itu..tetapi keputusan terletak di tangan Rosyam..berdasarkan unsur2 pilih kasih. Mgkin yg terkeluar akan menang. Gitulah kekdahnya...cam menarik juga rancangan ni..ttp tayangannya di TV2..aku tv2 ni lemah sikit lol...selalu pun jarang tengok. Ttp menurut Rosyam pemilihan RTM sebagai hak tayangan kerana mahu menaikkan rating poenonton RTM. Agak susah di situ..ttp sebab program ni akan di handle 100% by Suhan Movie aku yakin program ni akan gempak. sebab kebanyakan drama Suhan kan bermutu harap programnyer juga bermutu.
Pastu Rosyam juga membantu kiranya mcm dutalah ttp tidak berbayar, di sebuah pusat percetakan al-quran Yayasan Restu yang terletak di Shah Alam. aku baru tau kat Malaysia cetak Quran sendiri siap terjemahan dlm bahasa Melayu. Ingatkan semua kita beli dr Indonesia. mmg menarik mengenai yayasan Restu ni. harap-harap dapatlah tajaan sikit untuk menambah baikannya. Sesi tamat jam 2.30 petang..pastu apa lagi balik opislah bersilat dengan keje plak. alahai!!!!
**** hari ni pic menu tak amik yer...sebab dah lapo sgt tengok masakan kampung yang sedap dan menyelerakan***




6 comments:

Mummy Dasy said...

Bestnye dpt jumpe Rosyam Nor

raihanah said...

amboi-amboi...pi makan dengan jejaka idaman malaya gitu. tak ingat akak pun.
kenapa tak bagi tau, takkan editor pencen tak leh join...jealous akak tau!!!!

INTAN said...

comeinya kak ANI...rindunya kat dia...nti kim salam eh

rynas said...

Mummy minat rosyam juga ker???

kak ana - alah keterlupaan plak nak ajak kak ana. tak per lepas ni ada lagi sesi dia nak wat pc plak.

Intan- cam ner hang bleh kenal ka ani nie..confius aku..

INTAN said...

aku pnh jumpa dia bbrapa kali le CT...aku kan slalu ikut ben dulu..in fact..kak ani kawin pun aku p tau....hehehe

ennieva fauzi said...

Eh, berani Kak Ani pi...dengo citer dulu Rosyam ni kan main gila ngan kak Ani, pantang jumpa gerenti kena kejar...tapi itu citer dulu2 ler hehehe...