Thursday, March 19, 2009

MARAHKAH?????

Semalam memang aku rasa marah dan geram. Tak pernah aku rasa marah sebegitu. Mujur juga aku bukan jenis yang suka meluahkan rasa marah. walaupun marah tetapi muka nampak cool jer ttp dalam hati hanya Tuhan yang tahu. Bila rasa marah terasa ingin menangis hahhaha bodoh rasanya..orang lain kalau marah mesti terjerit-jerit, atau pun mengeluarkan perkatan yang kurang enak didengar. Peliknya kalau aku marah boleh control lagi...simpan jer..iskk..iskk..puncanya disebabkan hal kerja. Alah bukan sekali dua rasanya marah disebabkan hal kerja dan bukan sekali dua pada orang yang sama. dah berkali-kali juga..dah faham benar dengan perangainya. Setiap tahun dan bulan pasti berdepan dengan masalah sama. baik sekejap lepas itu buat perangai semula. Siapa yang tahan..hanya orang-orang yang macam aku saja. Tipu jika aku katakan aku tidak membantu.
Bezanya semalam aku rasa kemarahan aku rasanya sudah sampai ke puncak...maksudnya kalaulah orang itu lalu di depan mata aku pada ketika aku sedang marah tuh rasanya mahu aku membaling fail pada wajahnya. wah..wah dengarnya macam zalimkan???? Mungkin hanya di mulut sahaja kerana setakat ini jika aku rasa marah belum pernah lagi ada yang tercedera. Mungkin sekadar tidak bertegur sapa beberapa hari atau memasamkan muka ketika bertemu dengannya. paling tidak menjawab soalannya dengan wajah yang masam mencuka.
Aku rasa kalau orang di tempat aku mungkin kemarahan mereka dua kali atau lebih lagi. Sengaja mempermainkan atau sengaja melakukan perkara itu untuk menyakiti hati orang lain. Akibatnya aku menjadi mangsa. Bagi aku kerja tidak harus membabitkan hal peribadi. Kerja adalah kerja dan bagaimana bermasalah sekali pun tidak suka kepada bos, suasana di tempat kerja, masalah kewangan, boyfriend atau kawan-kawan kerja tidak harus dijadikan mangsa keadaan kerana kita dibayar gaji untuk bekerja. kerja harus dilakukan dengan penuh rasa tanggungjawab, dedikasi dan selesai mengikut waktunya. Jangan menyusahkan orang lain dengan masalah itu. begitu juga kalau ingin berhenti kerja, kerja juga harus dilakukan sebaik mungkin sehinggalah hari terakhir kita bekerja atau sehingga ke titisan keringat yang terakhir. Orang kata berhenti secara bermaruah. Ramai orang tak faham...bila nak berhenti mulalah buat perangai. Kerja main-main, langsung tak berkualiti lebih teruk membiarkan kerja terbengkalai sehingga menyusahkan orang lain. Itu sebagai tanda mahu memboikot atau ayat kasarnya "mahu membuat dajal" kepada teman sekerja. Sebenarnya apa yang dia dapat???? kepuasan ??? puas ker dengan mengenakan orang lain???terbalas dendam ker??? tidak terfikirkah persepsi orang lain ke atas diri kita. Lu fikirlah sendiri...

6 comments:

MummySuri said...

siapakah orang itiew uols??? kekeke...

rynas said...

kawan uolslah...

ennieva fauzi said...

hey...betol ke nak berenti keje Tie? ko biar betol...jangan le sampai gituu...sayang...

rynas said...

Ben bukan akulah ben..kwn kitalah kat Bp ni yang dah berenti pun..

Maryam Elyas said...

Mmg cara kawalan rasa marah tu berbeza setiap orang, kan. Kalau aku, aku mmg takleh control wajah. Perasaan aku akan mudah terpancar pada wajah. Kalau gembira, gembira giler dan kalau menyampah, mmg terserlahlah kemenyampahan itu.
[Kerja jgn melibatkan peribadi] - Erm... pasal ni ada pro dan kontra. Susah sebenarnya tak melibatkan peribadi dalam kerja. Ramai org yang melibatkan peribadi dalam kerja. Misalnya takleh kerja hujung minggu sebab nak jaga anak. Takleh kerja malam, sebab susah ada anak, ada laki. -ini yang buruklah-
Tetapi kes dalam blog ni mmg tak sepatutnya berlaku sebab... erm orang tu patut fikirlah sendiri...

snapsqueen said...

sabar itu indah CT...lepas lalui semua ni...awak makin matang dan cekal hati...insyaAllah