Friday, March 27, 2009

I-Remaja tinggal kenangan

Terlerailah sudah segala kekusutan dan semua anggapan yang bermain di fikiran. Mesyuarat bersama pihak atasan menjawab segala persoalan. Ya!!!! benar seperti dijangka I-Remaja akan ditutup tetapi dalam bahasa lebih lembut dan sopan akan ditutup buat sementara. sampai bila??? Masa dan keadaan menentukan. Puncanya company tidak dapat lagi menanggung beban akibat kegawatan ekonomi.

Siapa yang tidak sedih menerima perkhabaran itu. Tambah pula aku sudah tujuh tahun bersama i-remaja. Susah senang aku harungi bermula November 2001 ketika aku menerima tawaran bekerja di Berita Publishing. Anggapan aku mungkin aku bersama dua atau tiga yang lain untuk menerajui team I-Remaja tetapi cuma aku seorang bersama En Rambut editor. ketika itu pelbagai bermain di fikiran bolehkah??? mampukah aku sedangkan dulunya aku membuat akhbar mingguan dan majalah misteri. Berbeza sekali. Tetapi bebanan sudah tergalas di bahu mahu atau tidak terpaksa dilakukan juga dengan penuh tanggungjawab. Mungkin juga kerana majalah baru..yang aku anggap sebagai BABY pertama menyebabkan aku seronok melakukannya seorang diri. ketika itu ada 100 halaman yang perlu aku penuhi.

Bebanan pertama berjaya aku lepasi maka lahirkan Iremaja edisi pertama April 2002 dengan cover pertama miss Malaysia 2008 Deborah Henry Priya. ketika itu dia baru berusia 17 tahun rasanya. Memang teruja melihat hasil drp titik peluh pertama, ketika itu semangat menggunung tinggi ingin melakukan yang terbaik. Masa pulang tidak menentu ada kala jam 9, 10 dan paling lewat pernah tidur di surau pejabat kerana mengejar deadline bersama grafik artis ketika itu. penat ,memanglah penat tetapi melihat hasilnya hilang segalanya. Kerana krisis berlaku pertukaran editor ketika itu memang tidak seorang pun yang berani untuk menggalas editor I-Remaja walaupun ditawarkan kepada wartawan jelita. akhirnya di bawah pentadbiran En Tiger Rahayu aziz dilantik sebagai penyelaras. Dia kawan aku sebenarnya wartawan malaysian Business. kemudian editor bertukar lagi drp Ayu kemudian beralih kepada Wan sabarikh Shikh Ali senior writer Jelita. Setahun juga kak wan menerajui I-remaja. ketika itu aku sudah berdua apabila pengurusan menawarkan jawatan wartawan kepada wani, praktikal dr MIIM.

wartawan datang silih berganti, cuma aku yang setia. Drp Wani, Suzan, kemudian Marini, jemang, Liza, Juan dan kini aku ada Anis dan Suzi. Aku yang paling lama dan paling senior. kerana apa aku masih di sini semuanya kerana sayangkan baby pertama aku ini. Selepas kak wan dilantik editor jelita, kak ema mengambil alih. Melihat wajahnya dan mendengar cerita drp rakan-rakan di Karangkaraf cukup membuatkan aku gerun. ya sesiapa saja yang pernah bekerja dengan kak ema pasti akan memberitahu yang dia begitu..begini bla..bla..bla..Macam mana ya time aku nanti, agaknya boleh tahan ker dengan karenah kak ema???

Sehari, seminggu dan sebulan akhirnya halangan itu berjaya aku atasi. Dia tidaklah seperti yang aku sangka. Aku beranggapan setiap orang ada baik dan ada buruknya ada kelemahan dan ada kebaikannya.Tidak semua sempurna...sebagai editor dan bos aku harus mengikut arahan agar perjalanan kerja menjadi baik dan lancar. Aku berupaya menjadi pekerja yang dedikasi kepada tugas dalam masa sama rakan sekerja. Dimarah ditengking perkara biasa. namapun wartawan kan...semasa bekerja di tempat lama story aku pernah dibaling, dicampak begitu saja. pernah juga dibaling dengan stepler nasib baik sempat mengelak dek kerana panas baran editor yang 10 kali lebih baran drp kak ema. Sehingga editor itu menyuruh aku berhenti kerja. Aku tahu mmg bukan salah aku...mungkin rezeki aku di sini. Dengrnya mungkin juga doa orang teraniaya akhirnya dia juga berhenti ..akhbar dan majalah entah ke mana. jadinya aku sudah lali dan biasa. ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Diam tak diam lima tahun aku dibawah kak ema editor paling lama dengan iremaja dan aku wartawan paling lama dengannya. kenapa aku bertahan???? sebab aku seorang wartawan...tipulah jika tidak ada perkara yang aku tidak puas hati...tetapi apabila difikirkan balik jika itu untuk kebaikan apa salahnya. dan aku mmg terlalu naif dlm bidang kewartawanan ketika itu. Apa salahnya jika teguran itu untuk kebaikan aku. pelbagai aktiviti dianjurkan pencarian Gadis iremaja sebanyak tiga musim, perkhemahan juga aktiviti bulanan seperti hari ibu, valentines, berbuka puasa dan hari raya. Di I-remaja aku bukan setakat belajar menulis malah mengendalikan event dan membuat promosi. Itulah pengalaman paling manis yang tidak akan aku perolehi di tempat lain.

Aku mengharapkan panas hingga ke petang rupanya ribut petir melanda. I-Remaja terpaksa ditutup buat sementara itulah kata-kata SGM. Tiada air mata keluar kerana aku sudah menangis dahulu. Bukan kerana sedih aku akan kehilangan title sebagai wartawan I-remaja tetapi sedih kerana selepas ini aku tidak lagi melihat I-remaja di kedai-kedai buku tidak lagi mencari bahan untuk iremaja dan tidak lagi menerima panggilan yang bertanyakan mengenai i-remaja. I-remaja hanya akan tinggal kenangan sahaja.
Arrgghh terasa kehilangan sekali ibarat ibu yang kehilangan anaknya selepas 8 tahun anak itu dibelai dan dijaga dengan penuh kasih sayang. Aku juga ingin melihat I-remaja seperti majalah lain boleh survive 20 atau 30 tahun lagi. tetapi....bak kata en. mat Desa untuk kebahagian kita mesti melepaskan orang yang kita sayang. Dan kerana itu juga aku reda atas segalanya. Mungkin ada hikmahnya..lagipun tiada sesuatu pun yang kekal lama. semuanya dipinjamkan buat sementara sahaja olehNYA. Kita dapat A kita akan kehilangan B begitulah putaran roda.

Aku akan ditugaskan sebagai editor penyelaras untuk special projek. Wahhh..besar juga bebanan tugas yang baru ini. mampukah??? mampu atau tidak amanah sudah diberi. Suka atau tidak??? aku mahu berfikir yang positif sahaja. aku akan belajar sesuatu yang baru daripada kewartawanan kepada penulisan buku. Mungkin dengarnya seakan sama..tetapi banyak bezanya. Ruanglingkupnya masih sama iaitu menulis. kemahiran aku juga akan bertambah. Kemahiran itulah yang tiada di tempat lain dan semangat dalam I-remaja itu akan aku bawakan dan tersemat dalam hati ini.
Paling penting terkuburnya i-remaja bermakna aku mempunyai sebuah memori dan kenangan paling indah ketika menjadi wartawan i-remaja bermula daripada A sehinggalah Z, daripada majalah itu ada sehinggalah tiada. Aku bersama-sama dengannya. Mungkin aku mahu adakan farewell party dengan team iremaja yang terakhir Suzi dan Anis...kami juga terpecah seorang ke Jelita dan seorang ke Anjung Seri tetapi kita masih lagi bertemu.
SAYONARA I-REMAJA 2002-2009

5 comments:

ANAKIRANA said...

kerana I-remaja lah kite berkenalan kan Ct kan..ewahhhhhh

gd luck utk tugas baru...

ennieva fauzi said...

Siapa ke Anjung Seri tu Tie? hehehe...

Cikgu Liza said...

Tak sempat nak beli dan baca I-remaja...Tak apalah CT, patah tumbuh hilang berganti.Kat mana-mana pun sama asalkan kita tahu sesuaikan diri.Masuk kandang kambing mengembek,masuk kandang lembu menguak..Dimana bumi dipijak,disitu langit dijunjung.Cewah...

dyeiza said...

Anggaplah ia sbgai 1 cabaran,kalau nak tau den dtg swk ni lagila cabaran besar tau.X bestla keja x de cabaran.x nak cabaran jadi boslah.Wlauapapun den tetap sokong dr belakang.Nanti blh blanja makan..hahhahaha

MummySuri said...

takpelah kak ct,takde rezeki...tabik la kakak, boleh tahan lama. saya pun nak blaja lah cam kakak...