Ikan terubuk masin. sangat popular di negeri Sarawak ni. Aku rasa saper yg pegi sana mesti akan bawa balik terubuk masin ni. kiranya cam buah tangan ler. rasanya sgt sedap sebab ikan fresh dan tak masin sgt. makan cam tuh jer pun ok. tambah2 kalau masak nasi goreng kampung pastu makan ngan ikan terubuk masin ni, ada plak sambal belacan....Wallah..wa cakap lu..meleleh air liur beb!!!!
kek lapis Sarawak yg dah siap dipotong. Cantikkan kagum aku lihat betapa kreatifnya org Sarawak membuat kek ini rasanya kena kukus sampai 4 jam kot ker lebih... lupa plak. Pastu telur sampai 30 biji putihnya sajer. Lapisan itu di masak setiap 1 jam. bayangkan nak kena tunggu. Haruslah kat sini mahal. Makan kejap jer habis. rasanya mmg sedap lembut jer. Ada macam-macam perisa. Ttp hati-hati senang rosak kena simpan dlm peti sejuk.
Yang ini pun kek lapis juga belum dipotong. Macam-macam kaler dia.
Yang ini pun kek lapis juga belum dipotong. Macam-macam kaler dia.
Kek lapis lagi...kalau kat sini harganyer mahu RM25-RM35 satu bekas tuh ttp kat Sarawak murah jer...nak order??? bg tau jer..
Terlebih sudah...makan jangan tak makan..
Tekalah apa dia??? kemek pun sik tahu apak namak. Ttp rasanya sedap juga manis rasanya. Di dalamnya ada pisang yang dikeringkan. diluar disalut dengan tepung dan digoreng. Ttp rasa tepung tu lain sikit. Makan ni harus melekat kat gigi. Durrani suka kuih ni..
yang ini kuih tebaloi. Rasanya ehhmmm boleh tahanlah. Makan sambil tengok tv. Kalau kat sini cam sagun ( ni org utara panggil kat KL ntah la panggil apa) rasanya lebih kurang tulah rasa kelapa dan gula yang dikeringkan. Manis juger...
Kuih cincin. aku suka kuih ni. rangup gitu dan manis. dalamnya ada manisan bersalut tepung kemudian digoreng. Ttp kalau tak ada gigi, jgn makan sebab keras sikit.
Itulah sajer makanan Sarawak untuk hari ni. Sebenarnya adik aku yg bawa balik semua makanan tuh. Sib baik dia tak bawa ulat sagu tuh ekkekekkeke. Sebenarnya teringin nak makan laksa sarawak ngan Mi Kolok dia asyik dok citer sedap jer....suruh masak kang....
1 comment:
tabaloi gan kuih cincing aku slalu mkn....dulu2 la..waktu slalu ke serawak...skrg idak lagik..hehe..rindu pulak
Post a Comment