Jeng...jeng...jeng..
Ahad lepas aku pulang ke kampung di PD, kakak ipar aku Along sibuk bercerita peristiwa yang berlaku malam tadi. Katanya Man (adik hasben aku) diganggu pontianak.Man ni memang jenis berani, boleh berjaga hingga ke pagi semata-mata menunggu makhluk halus muncul. Kadang-kadang kena ganggu boleh rileks lagi..malah hantu yang takut padanya. Begini kisahnya….
Malam itu jam 3 pagi baru Man pulang ke rumah. Biasalah orang muda malam minggu tentu ada sahaja aktiviti. Bersama kawan lepak di kedai, apabila embun jantan menitik baru hati teringatkan rumah. Pulang saja dia terus tido di katil berdekatan TV. Mula-mula susah juga melelapkan mata, mata terkebil-kebil memandang atas. Tiba-tiba Man terasa seperti bayang-bayang putih melintas di hadapannya. Terasa ada angin mengenai wajahnya, sejuk... Berdesup....darah terus naik ke muka. Dia terus menggosok mata beberapa kali. Bayang-bayang putih itu hilang seketika kemudian muncul lagi. Man mengagak itu baju kilang Along yang tergantung bersebelahan katil. Dia terus bangun dan meletakkan baju itu di bawah. Lalu tidur semula. Tiba-tiba dirasakan ada benda besar tidur berhampiran tubuhnya. Menyendel-menyendel beberapa kali. Man bangun dan menolak ‘benda’ itu. Selepas itu dia berbaring semula, sambil meraba-raba wajahnya kerana seakan ada rambut yang menutupi wajahnya. Man terus membuang rambut itu, semakin dibuang semakin terasa banyak...tidak habis-habis. Sehinggakan rambut itu memasuki mulutnya. Dengan rasa marah dia terus menggumpal rambut itu dan membalingnya. Mungkin makhluk itu marah dengan tindakan Man dia terus mengeluarkan bunyi seakan mendengus dan menghembus wajah Man sehingga terasa angin kuat menampar wajahnya.
Tiba-tiba sahaja bulu roma Man tegak berdiri, peluh jantan membasahi dahi. Dia terus membaca ayat Qursi dan al-Fatihah lalu berlari masuk ke bilik Liza. Liza ketika itu tidur bersama Along.
“Tepi..tepi..ada pontianak,” kata Man sambil menggoyang-goyang badan Liza.
Liza yang sedang tidur terpinga pinga. Lalu membuka mata, “mana ada pontianak bang. Ngigau lah tuh,” katanya lalu tidur semula.
“Betul, ada pontianak atas katil, kacau aku tadi,” kata Man lalu menghimpit-himpit Liza dan Along kerana mahu tidur di tengah-tengah katil antara mereka berdua.
Malam yang sama, tiba-tiba terdengar suara Along mengucap panjang sambil mulut terkumat-kamit bersuara, “Allahhuakbar...Allahhuakbar..Allahuakbar,”
“Along..along..bangunlah. Bangunlah Long,” kata Liza dan Man menggoncang-goncang badan Along. Barulah Along membuka mata dan menceritakan dia turut diganggu pontianak sehingga badan mahu meletup dan pecah. Pada masa sama terasa sejuk seakan ada benda berlalu seperti kibasan kain.
Berdiri juga bulu roma aku mendengar cerita Along. Mujur aku tidak pulang ke kampung Sabtu lepas. Kalau tidak aku yang kecut perut menghadapi situasi itu. Maklumlah aku ni penakut banyak..tambah-tambah bab makhluk halus ni. Minta simpang Malaikat 44, mudah-mudahan aku tidak diganggu oleh benda-benda halus ni. Dia orang tak perlah sebab dah biasa...dah ler malam sebelumnya tengok cerita PONTI ANAK REMAJA. Pastu balik kampung bercerita pasal PONTI jugak...haruslah kecut perut aku... hehhehe..
3 comments:
Hubby aku penah citer kat aku masa bujang dulu dia dengan hubby sariza pegi Kajang naik motor.Sampai kat area simpang ke kpg sawah tu(yang jalan agak bengkang-bengkok tu)tetiba ada lembaga putih melayang depan depa.Melayang-layang dan lepas tu hilang.Hubby aku pecut la motor.Depa berdua tak cakap apa2 sampai la kat rumah di Taman Wawasan.Masuk dalam rumah baru la masing2 bercerita apa yang depa nampak.Aku rasa area situ memang tempat dia kot...
ngeri sampai aku baca x kusyuk...esok siang pulak le aku baca lain.w.akakkakaa
isk takutnyer...Cik T kalu post citer seram, memang seram betul...
Post a Comment