Monday, March 16, 2009

citer semalam

SEPAHNYA....Balik malam tadi, sampai umah jam 12 malam kot terus jer aku letak semua barang-barang ni kat ruang tamu pastu terus tido. Dah tak larat dah nak kemas-kemas. Biar jerlah sepah-sepah esok baru kemas. Ngantuk giler..dalam kereta dr P.dickson sampailah Bangi aku tido. Hujan plak tu kan...best jer sedar-sedar dah sampai umah...pastu malasnya nak keluar kereta..alamak!!! dah sampai ker..rasa baru jer tido. Buat-buatlah pejam kejap...pastu laki aku kejut bg tau dah sampai hahhahha...cam tak kenal aku kan suka tido dalam keta tambah-tambah jalan jauh. adik-beradik aku dah tau dah hehhehe. Jalan bawa Fahim naik umah sambil mata terpejam..sedar-sedar dah depan pintu ..boleh????
Aduhlah teruknya...mmg tahap ngantuk dah tak leh kawal dah ni. maklumlah rasa tido tak cukup jer...minggu lepas seminggu balik lewat dr opis sebab dateline (salahkan keje plak).
Pastu Sabtu ada keleja sikit..pastu pg Selayang sampai ke malam kat sana.


Ahad pula pagi-pagi dah bangun pastu kol 8 pagi gerak dr rumah ke KLIA..flight jam 10 pagi ttp sebenarnya delay jam 3 petang baru berlepas. Gilakkkk!!!! punya lama. Kalau tahu dr awal bolehlah hantar petang..tercongoklah adik aku kat KLIA dr jam 10 pagi sampai 3 petang. Aku pulak lepas jer hantar dia terus gerak ke PD..bercuti kerr?????
Dakk aihhhh...balik kampung lah. Biasalah ini program hujung minggu kalau tak ada apa-apa mmg xtvt di kampung. Bukan buat apa pun lepak2 ngan ipar duai jer. Petang cadang nak jalan-jalan kat pantai PD ttp laki aku ajak ke umah sedara pula kat situ-situ jer. saja melawat sebab dia baru keluar hospital seminggu, darah tinggi. Tak jadilah program ke pantai. Malamnya kol 11 malam baru gerak balik ke Bangi..itulah mamai semacam jer ni.

3 comments:

kirana said...

saye tak kusyuk nak tido kalo asben drive..hehehe
bukan tak caya dia drive..tp dia tu ngntuknya tak terduga..

kalo nk tido..mmmg saye tido kat Rnr la ..

Mummy Dasy said...

Me plak keta gerak x sampai 1minit dah lena diulit intan ngan Daneen lagi 10-15minit nak smpi automatic bangun...

rynas said...

ana- yerlah kalau hasben pun suka tido juga mmg kitalah nak kena jaga..saya tido lena sebab percaya kat hasben hehheheh

mummy - samalah kita..anak tido mamanya pun tido juga hehhehe