Monday, March 2, 2009

citer hujung minggu

Aktiviti pada hujung minggu. Sebenarnya plan nak balik kampung PD, jadinya aku pun tidaklah memasak, sarapan cuma makan roti jer ngan nugget. nak alas perut jer. En hubby pagi-pagi dan keluar katanya kete tak siap lagi nak ganti obsober. Tunggu-punya tunggu..punya tunggu jam 2 petang barulah dia balik. Aku ni mood balik kampung mmg dah tak ada dah..yerlah kalau nak siapkan kelengkapan anak-anak, pastu nak singgah makan lagi mahunya kol 3.30 ptg baru bertolak. Serba salah kot en hubby kata dia balik sorang jerlah sebab ada hal family sikit. Isskkk..mana boleh plak nak balik sorang takkan nak tinggal aku ngan anak2 sampai malam...jadi aku pun tergedik-gediklah nak ikut terus jer senyum balik, "jap..jap mama siapkan barang-barang" Nunggu aku bersiap kol 3 baru gerak singgahlah kedai makan kat Bangi. Apatah nama kedai ni..lupa pulak nak amik. First time makan kat sini, sajer nak cuba sedap ker idok ker.


Durrani lapor menunggu makanan. Dalam kete asyik sebut jer, "mama..mama nacik" Lapar nau anak dara aku ni.
Berlakonlah tuh. Masa ni dah makan dah..sajerlah tuh konon-konon amik gambar sebab lapar.

Ni dah ceria balik dah. Pandai berlakon ekkk Durrani. Durrani makan nasi ayam. Nak muntah dah aku kalau jd dia asyik nasi ayam jorrkkk amik menu lain kang tak makan pulak.


Ni nasi goreng ikan masin aku. Tak tau nak makan apa..last-last amik menu nie. Aku bg 4/5 bintang. Sedap!!! semua rasa masin, pedas boleh tahan larrrr...

yang rupa kurang menarik sikit ni mi hailam. patutlah hitam semacam jer. rasanyer...ehhmm kureng kot. Ntah larrr aku tak makan pun . baru jer nak minta sikit kat en hubby..alih-alih tengok dah habis.Kata tak sedap..ttp habis gak..sajer lah tuh tak nak aku minta sikit. hhehehhe jgn mare yer bang!!!!


yang ini nasi ayam Cik Durrani. Kureng sikit sup dia..sebab rasa macam ada rempah. Aku suka kalau sup tu kosong bersih jer. Patutlah Durrani makan tak habis...katanya, "tak moolah mama," nape??? "tak cedap arrrr," alahai...
pas makan dalam 3.30 baru bertolak balik. Sampai kampung 4.30. Adalah along ngan kak Ina tengah goreng jemput pisang ngan buat teh o. Langkah kanan gak ni terus jerlah 'melantak' jemput dulu sampai bercerita gosip terkini kat kampung tuh. aku jd pendengar setia jerlah. malamnya barulah Angah sekeluarga balik dr pantai dorang sajer pegi jalan-jalan bosan katanya dok umah. Lia pun balik juga. Riuh rendahlah rumah dengan suara budak-budak. jam 10 malam barulah kita orang bertolak balik Bangi dan sampai 11.30 malam. Hujan sepanjang jalan ttp renyai-renyai jerlah.





No comments: