Wednesday, March 4, 2009

Fahim batuk selsema



Malam semalam aku tido dekat nak subuh..sebab apa...puncanya Fahim batuk selsema pastu rasa dia cam susah nak bernafas aku ingat sebab selsema tu..sapulah minyak sikit kat belakang dia. ttp still tak boleh tido. Sian aku tengok merengek-rengek..mata dah ngantuk ttp bila letak terus jer jaga. Pastu aku ada idea terus aku amik car seat dan letakkan dia dalam tuh goyang-goyang sikit tak lama lepas tuh lebih kurang jam 5.30 pagi barulah dia tido dengan lenanya. Itu kisah malam semalam...

Hari ni lepas balik keje terus jer aku menuju ke klinik berhampiran. Puncanya sebab aku rasa Fahim cam kena asma bila bernafas berbunyi..kuat plak tuh. Sian sangat aku tengok dia. Masa jumpa doc aku citerlah keadaan anak aku lepas dah check terus jer doc suruh nurse amik nebulizer (aku rasa cam salah eja jer) untuk Fahim. Ni first time Fahim kenalah..ala sedut cam bg oksigen tuh. Masa nak buat ni meraung-raung dia, nangis apa tah lagi sambil tangan tolak kiri kanan. Kuat betul anak aku nie..pujuk-pujuk pun tak mau juga last2 buat masa dia nangislah. Lagipun nurse tuh kata masa nangis pun ok sebab baby buka mulut. Lepas nak buat sedutan tuh aku rasa dia bernafas dah ok sikit tak bunyi sangat..batuk dia pun dah reda. Ttp esok kena datang balik klinik untuk cek masih ada lagi atau tak.


Doc tanya sama ada family aku pernah kena asma atau tak? Of courselah mmg ada drp ayah aku, abang aku, adik dan aku sendiri. Ttp aku masa kecik-kecik jer bila besar dengan sendiri hilang. Untuk mengelak dr terus berulang kena alertlah dan cepat bawa g kinik Sampai umah jer terus kasi ubat..ttp kena bg peringkat peringkat kalau tak sure dia luahkan balik."

2 comments:

Mummy Dasy said...

siannye fahim... semoga cepat sembuh ye...

kirana said...

semoga cepat baik yer fahim