Sabtu lepas 14 Mac aku terima SMS daripada adik aku yang tinggal kat Kepong tu dia bg tau isterinya, Jaja dah selamat bersalin kat Hospital Selayang pada 12.58 pagi baby girl dengan berat 2.6kg. Kiranya ini anak buah yang ke 21 orang lah yer. Oleh kerana adik aku masih ada kat sini, sebab esoknya dia dah nak balik Sarawak kita org pun pergilah Hospital Selayang. Sampai jam 5 petang, kak Tija dah ada sana dr jam 2.30ptg lagi..lamanya kat sana. tak palah jaga baby. Jam 5.30 petang terus pg kedai Pak tam sebab belum makan lagi...haruslah perut berkeroncong sejak tadi. Semua org kelaparan nampaknya.Sebab tak tahu nak makan apa, order nasi ayam juga..samalah cam Durrani. Lepas tuh lepak umah kak Tija jap sebab nak solat magrib. Lagi pun ada bola MU Vs Liverpool. Pastu ada konsert pertama AF. Sambil tengok bola tengoklah juga AF yang ntah haper2 tuh. Tak best langsung. Baik tengok OIAM dah tentu-tentu suara peserta OIAM 10 kali bagus dr AF.
Dalam 9.30 kak Chak pula sampai. Sepatutnya dia org nak terus bertolak balik dr Pahang ke Parit Buntar ttp disebabkan hujan lebat jadi bermalam dulu di Selayang. Esok pagi baru balik p. Buntar. Bila dah habis bola barulah kami pun beredar balik Bangi sebab esok pagi2 nak hantar adik pula ke KLIA.
No comments:
Post a Comment