Friday, March 13, 2009

dapat sebotol arak


Tak ada citerlah nak update. Ttp nak juga update..


oklah semalam aku pegi asgn ANYA MINDMARCH kat Hotel Hilton KL. ALah jenama beg yang mahal tuh. harga satu beg pun dah ribu-ribu. Sesuai untuk wanita korporat atau mak-mak datin yang dapat ribu-ribu drp suami untuk bershopping jer. Register jam 3 petang mmg ramai sangat tetamu yg hadir. Mula-mula tuh ingat dapatlah beg, kot-kot ekonomi tengah down ni dapatlah purse atau beg kecik-kecik jer...rupa-rupanya dapatlah juga ouls...ttp paper bag yang di dalamnya berisi sebotol arak. Siap ada tulis lg kat botol tu ARAK MENGANDUNGI ALHOHOL. Dah nama pun arakkan mestilah beralkohol. Adehhh dorang ni tak ada sensitiviti langsunglah...dah tau yg datang tuh orang Islam bglah benda lain..kot yer nak kasi minuman juga bglah yang halal. Ini nak bawa pun dah lah berat rasa berdosa plak.

Sambil dok mengumpat tu..tak puas hati jalan-jalanlah tengok beg-beg yg ada..mmg cantik harganya pun tersangatlah cantiknye. tengok jam dah dekat kol 4 petang ttp tak start-start lagi..jadinya kami mengambil keputusan untuk balik jerr..lagipun apa yang diperlukan cam gambar dorang dh bg cd, press realese pun dah ada. so tunggu apa lagi..CABUT jerlah..hahhahahahha..alangkah senangnya kalau semua asgn datang amik goddie bag jer pastu blah...bestttt...

Oppsss..pasal arak tuh..saper nak bagi ekkk...ohhh aku bg pada Kavita bgh admin opis.



2 comments:

raihanah said...

kurang asam betul organiser event tu, tak peka, tapi pekak...
sepatutnya sensitiflah hak dan keperluan ramai...
daripada bagi arak, bagi coin purse pun tak apa...

Raja Nor Azeda Raja Uda said...

Memang kurang asam semasam masamnya... Terasa besar semacam aje keta I bawa 3 botol arak (i punya, Kak Ema dan CT). kalau perasan masa dia orang bagi memang pulangkan terus. Cakap we dont want it!!! Sure dia orang terkulat-kulat...