Monday, March 23, 2009

sekitar kenduri

Sabtu lepas aku balik kampung sebelah suami sebab ada kenduri kahwin sepupunya kahwin. Aku pegi makan jer maklumlah ada anak kecil ipar duai aku pegi awallah juga. Tolong-tolong apa yang patut. Mak aiiii panas yang amat. dah lar dalam umah pun panas juga. Fahim asyik nangis jer..kepanasan. Last-last aku bawa masuk kete...terus diam gelak-gelak kena air cond. lama juga ler aku biar dia dlm kereta agak-agak pengantin sampai baru ler keluar. pastu makan-makan...pas makan balik ler. Ni menunya...

Ni Daging palembang. kalau kenduri sebelah sana menu ni mesti ada. Ala-ala cam rendang ttp hitam sikit pedas dan manis-manis rasanya..sedap.
Ni sekitar kenduri ntah ayah dan tok sapalah tu aku pun tak kenal ehhh..ni laki aku lah ni snap gambo.

Ni pulak acar. Timun campur carrot, bawang semua..rasanya manis-manis gitu. aku suka acar ni. hehhehe bab makan mmg semua aku suka.


Ni pengantinnya..yang lelaki tuh sepupu laki aku. kendurinya sederhana saja maklumlah anak lelaki kan. walaupun kecil ttp tetap buat dua hari dua malam biasalahkan kat sana. mmg gitu kekdahnya.

Ni pengantin lelaki tengah tunggu pengantin perempuan keluar rumah. ttp pengantin perempuannya dah siap dah dalam umah pengantin lelaki. cam terbalik sikit..berbeza ngan kenduri sebelah aku kalau lelaki yg kahwin dah siap-siap dah pg amik pengantin perempuan. Maksudnya kalau datang tuh dua-dua sekalilah. Lain tempat lain caranya kan...janji makan sudah..apakah????





3 comments:

Cik Suri said...

sedapnyer menu tuh kakak....

kirana said...

tiba2 teringin nk mkn nasik minyak pulak..
sedap nya tgk daging tu

dyeiza said...

Daging tuh nampak cam sedap..Nanti praktikakn bila den bk..