Friday, March 20, 2009

cuti lagi

Hari ini aku bercuti lagi. Menghabiskan cuti tahunan ttp masih ada baki lagi 3 hari kot. Haruslah kalau tak dihabiskan akan burn begitu saja. Pagi-pagi hantar durrani dan fahim macam biasa cuma lambat sikit kol 10.30 baru gerak. pastu breakfast dulu dengan suami kat mamak...dah kenyang barulah boleh jalankan aktiviti. Mula-mula pegi salun sebab nak potong rambut. Lama gilakk dah cadang nak potong rambut yang dah panjang melepasi bahu ni ttp asyik tertangguh jer. Pergi ler ronda2 dulu area rumah salun yang ada.

Last-last aku pegi seksyen 9 Emma D'Beauty & hair saloon. Hehhehe...sopan giler adik ni bergambar..Inilah first time potong rambut kat sini. Oklah kedai melayukan selalu potong kedai Cina. Ttp kat bangi ni mmg tak ada salun Cina semua melayu..sangat bagus. Persaingan yg sihat. Dia tanya aku nak potong macam mana..aku kata potong pendek jer..asal cantik dan tak payah nak ikat-ikat lagi. Lagipun rambut aku gugur sehari dekat 100 kot. banyakkan...rasanya kalau beberapa thn lagi asyik gugur jer mau botak kepala aku. Orang kata bila anak dah 7,8 bulan dah tak gugur dah ttp rambut aku ni still gugur ni. KAWAN_KAWAN ADA PETUA TAK?????Bilalah nak ok.


Adik ni bergambar cam nak amik pasport lak ahaks...hehheheh
Macam-macam rawatan kat sini selain rambut buat juga urutan badan, mandi sauna rempah pelbagailah. pastu urut tradisional pun ada, ini cam best jugak ni. bayarannya RM60. bayaran pun murah jer..aku potong ngan blow cuma RM18 jer. kalau teringin nak colour rambut RM70 +++. kalau nak curl RM30 sajork..
Dah siap aktiviti pertama aku ke UPM pula. sebab ada janji ngan puan Aton. Terus hantar brang kat dia..brg2 bisnes hehhehe..nantilah akan diuar-uarkan nanti bisnes apa. Skang ni dalm perancangan dan sedang berjalan. Habis bincang2..tang...tung..tang..tung..kol 2.45 aku gerak untuk misi ke3. alah nak cari barang budak-budak ler..aku pergi Manjaku shopping centre. Cadangnya nak beli hadiah untuk cucu Mak Ida, pengasuh aku tuh. Diakan baru dapat cucu dah sebulan dah pun tak kasi apa-apa pun lagi. Dah beli hadiah semua...terbelilah pulak kasut Durrani dan Fahim serta keperluan mereka.

Iskkk.iskkk..tengoklah brg2 kat bawah ni jer dan RM155..mahal betol skang nie..rasanya sikit jerr...apalah sangat dengan RM100 tu kan beli barang itu-ini dah habis kdg2 tak cukup pun. Itulah nilai duit sekarang nie. Karang pas magrib nak balik PD pula sebab ada kenduri sepupu kawen, esok. Adehhh!!!! penatnya...

Inilah brg2 yang aku beli.susu, botol susu, vitamin, ubat gigi Durrani

Biskut Fahim suka masuk mulut ntah apa-apa...kena bg biskut kat dia. Beli juga kasut untuk Fahim ngan Durrani sebab kasut dah nak rosak.

yang ini untuk cucu Mak Ida baby sitter aku tuh.






2 comments:

Mummy Dasy said...

sama ah kak kite pun sampai la ni rambut masih gugur klu sapusampah kat umah tu byk rambut dr sampah

Cikgu Liza said...

Bisnes apakah itu ?