Wednesday, March 18, 2009

fungsi handphone

yang ini aku copy drp blog Ceera, sebab rasanya berguna sungguh untuk dikongsi bersama dan aku sendiri mmg tak pernah tahu fungsi handphone pada waktu kecemasan selain telefon dgn SMS. Banyak perkara yang boleh dilakukan, antaranya :

1) Nombor Kecemasan
Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )
**** wah menariknya...kemalangan tidak berbau***

2) Kereta Terkunci
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar. Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera (alarm) sahaja.Caranya, cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki )dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada. Kerana itu juga penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya.Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.Sila cuba uols..
*** yang ini pernah terjadi kat aku..aku tertinggal kunci dlm kete dgn anak sekali, masa tuh tertinggal Durrani dgn air cond aku matikan. Lastnya ada sorang pakcik tuh berjaya buka pintu dengan menggunakan pembaris. Ttp lama jugalah...10minit kot. pengalaman paling menakutkan tuh huhuhuhu***

3) Kuasa Bateri Tersembunyi
Mungkin ramai tidak tahu, telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlumelakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokiadidatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci '*3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa baterisebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .
****aku pernah ada pengalaman bateri habis..masa tuh nak janji ngan hasben tunggu kat mana-mana ttp tak sempat bg tau...lastnya dia tunggu aku..aku balik umah. huhuhu..akulah kena marah tak alert***

4) Tepon kena curi
Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, walaupun ia di curi, namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.
****yang ni tak pernah ada pengalaman telefon kena curi...harap2 jgnlah ada pengalaman cam ni***

2 comments:

CS @ Mama AA's said...

good info... tq

ennieva fauzi said...

wah, very informatif la...mintak2 le jangan sampai berada di situasi untuk mencuba ye...ngeri beb