Wednesday, March 25, 2009

Esok pastinya...

ESOK 26 MAC, adalah hari yang mendebarkan. Menyebabkan jantung aku berdegup kencang dup..dup..dup. Esok adalah hari yang menentukan sama ada apa yang ‘kami’ sangkakan itu benar atau ilusi belaka. Esok juga bakal menentukan ke mana ‘kami’ akan pergi selepas ini. Adakah di J atau di A atau di mana-mana sahaja ‘kami’ terima. Esok juga adalah hari menyedihkan setelah berjuang hampir 8 tahun dan akhirnya dot..dot..dot. Tunggu dan lihat sahajalah keputusan esok. Menunggu esok ibarat menanti dijatuhkan hukuman, debaran terasa seperti saat mahu melangsungkan majlis pernikahan. Bezanya debaran itu menyeronokkan tetapi debaran esok…ada pelbagai rasa. Pahit, manis, masam dan payau. Apa pun ‘kami’ sudah bersedia drp segi mental..fizikal mmg sudah lama bersedia. Apa sahaja keputusan ‘kami’ terima dengan hati terbuka dan reda. Siapalah ‘kami’ untuk menghalang..juga memberi idea atau menidakkan keputusan mereka. Pisau di tangan mereka ‘kami’ ibarat mentimun muda yang ingin dibuat acar. Mahu atau tidak mentimun terpaksa dipotong jika tidak kuranglah rasa..hilanglah selera. Walaupun dalam hati menidakkannya tetapi ‘kami’ tiada kuasa. Biarlah masa dan keadaan menentukan. Tunggu sahaja esok...pasti ada jawapannya.

3 comments:

ANAKIRANA said...

saspen2

Unknown said...

Sabar le Siti. Memang betul kata awak tu, kita bak mentimun. Terpaksa akur aje le... Walaupun dalam hati Tuhan sahaja yang tahu. But I know where ever u diletakkan u pasti can servive and perform well.

INTAN said...

suspender