Friday, March 20, 2009

DIGI broadband

Semalam ada event launch DIGI BROADBAND kat one Utama. janjilah dengan pompuan kat bawah nie..Liza drp Gua.Com..ohh ya dia dah pegnen dah bunting pelamin masuk 5 minggu. tahniah..tahniah..dah mula mabuk2 lah tuh. Moga menjalani hari-hari dengan riang dan ceria yer cik Liza. Oleh kerana belum lunch lagi kita makan kat A&W. Agak lama juga tak makan benda alah nie...sejak boikot ngan fast food ceewahh ni dah tak boikot dah. Sembang-sembang sampai kol 3 baru gerak ke event. dah start pun alah aku, liza ngan suzi amik press realese jer. pastu blah lah...pc kat Bangkok Restauran pun tak pegi sebab dah kenyang sangat.

Liza dah kelaparan sangat dah nie...huhuhu..
Ohh citer sikit pasal DIGI Broadband ni kot2 ada yang nak apply ker..
Ada 3 pakej:
1. Discover dengan bayaran bulanan RM58 - penggunaan internet sederhana mingguan, untuk laman web, emel dan YM, chatting
2. Explore bayaran bulanan RM108 - Penggunaan internet setiap hari, rangkaian sosial dan laman web hiburan.
3. Extreme bayaran bulanan RM188- Penggunaan internet yang kerap, perkongsian fail video,muzik dan games.
Kalau yang RM58 penggunaannya hanya 3gb sahaja, Explore 10gb manakala extreme 20gb.
Tiada kontrak..maksudnya kalau nak terminate bila-bila masa pun boleh tak macam Maxis ngan Celcom paling kurang setahun kot baru leh terminate.


1 comment:

Anonymous said...

Tahniah eh Cik Liza.. :)