Tuesday, March 31, 2009

Erra Fazira dapat anak perempuan -Engku Aleesya

Perasaan sebak bersatu tatkala sebelum dan selepas aktres Erra Fazira melahirkan puteri sulungnya Engku Aleesya Engku Emran pada pukul 11.40 pagi tadi di Damansara Specialist Center, di sini.“Saya bersyukur kerana penantian sudah berakhir dan selamat melahirkan Aleesya. Saya tak sangka berat Aleesya adalah 4.04 kg dan melahirkannya secara normal,” luah Erra ketika dihubungi tadi.
Erra bersalin secara normal dengan dibantu oleh Konsultan Obstetrician & Gynaecologist, Dr. Gunasegaran PT Rajan yang dipilih olehnya sendiri. Jelas Erra, tipulah jika dia katakan tidak sakit dan senang untuk bersalin. Bagaimanapun, semua itu tidak menghalang Erra untuk menambah anak lagi selepas ini.“Saya tak kisah untuk mempunyai anak lagi tetapi biarlah Aleesya besar sedikit dalam masa setahun lagi."Kalau boleh biarlah Aleesya ada pasangan untuk bermain,” beritahunya yang dijangka akan mula bekerja pada Jun depan.
Erra juga mengulas sedikit tentang kenyataan suaminya, Ketua Pegawai Operasi Suria fm, Engku Emran Engku Zainal Abidin yang kurang bersetuju untuk membenarkan Aleesya berlakon dalam sekuel drama Mertua Vs Menantu.“Hal ini merupakan persetujuan kami bersama dan saya rasa memang tidak elok untuk anak saya berlakon kerana dia masih kecil.“Saya juga tak galakkan anak untuk terlibat dalam industri seni ini dan doakan dia meminati bidang lain."Bagaimanapun, kami tetap akan sokong apa-apa yang dia minati nanti,” komennya yang akui memilih nama Aleesya kerana nama itu lembut dan sedap didengar selain maksudnya ‘yang dilindungi’.
Sementara itu, Erra juga berharap agar semua pihak bersabar untuk melihat wajah Aleesya yang akan ditunjuk semasa majlis cukur jambulnya nanti.“Saya menghormati semua orang dan mahu bersikap adil, jadi saya rasa lebih baik kalau kita buat sekali. Tetapi, kalau kawan-kawan terdekat nak tengok, saya tak kisah jika mereka nak datang melawat,” jelas Erra.




copy drp blog http://myadha.blogspot.com/

**** Tak sabar nak tengok wajah anak Erra mesti comel giler..cam mamanyer...

Monday, March 30, 2009

kalau tak faham

Suatu pagi:

Durrani: "mama nak oti tak ya"

Aku: "Oti tak ya..aper??? mama tak fahamlah"

Durrani: "mama nak oti tak ya.."(sambil suara dah tinggi dah..dia ulang lagi sebab aku buat endah tak endah jer). "mama Atin nak oti tak ya."

Aku: sambil buat macam faham. "Atin pegilah amik sendiri ekk.."

Durrani: uwaaa..nak nangis sambil cakap lagi..."mama oti takya...oti takya.."dia bangun menuju ke peti sejuk. Sambil buka peti tunjuk roti tuh.

Aku: "ohh nak roti letak kaya. " (aku gelak dlam hati)
Durrani mengangguk beberapa kali. Setelah roti diberi barulah dia senyum.

Sekarang nie apabila Durrani bercakap kdg2 ada bahasa-bahasanya buat aku tak faham. kalau aku tak faham dan tak buat apa yg dia suruh tuh mulalah dia marah. Pastu kadang-kadang dia suka menggunakan bahasa terbalik contohnya:

"mama sluar akai" = mama pakai seluar

"mama mandi paten" = mama fatin nak mandi

"tantek fatin" = fatin cantik

iskkk..iskkk.susah juga nak membetulkannya. Setiap kalau kalau cakap terbalik kenalah betulkan barulah dia faham bahawasanya ayat itu adalah terbalik.

mau tempah jgn malu-malu

Nak promote bisnes kawan-kawan. Kalau ada antara kawan-kawan yang nak kahwin atau ahli keluarga atau diri sendiri yang nak kahwin, malas nak gubah hantaran sendiri atau nak tempah kpd yang lebih profesional sangatlah mahalkan bolehlah tempah kat aku ...eeehhh salah pulak kat Aton nanti aku berikan blog dan add emailnya. Gubahan hantaran aton mmg terkini, ringkas tetapi cantik dan nampak moden. Harga tak mahal kalau nak tahu kenalah tanya tuan badan sendiri yer.

Ni antara gubahan hantaran hasil kreativitinya. Aku cuma tolong sikit-sikit jer..tolong tengok ahaks..akan menyusul nanti tempahan hamper dan sewaktu dengannya akan diberitahu kelak yer. Aku pun suka juga gubahan-gubahan ni ttp tak berapa kreatif ttp aku teringin nak belajar untuk menambah kemahiran. Memang dah plan ngan aton nak belajar beberapa kemahiran lagi..nantilah akan diupdate kemudian yer...

wangian semerbak untuk jejaka
telekung

Untuk si dia

Alat solek dan wangian

Tuala dan mandian
Sireh junjung
gula-gula
Sesuci mawar dan sirih

Muffin yang comel
kalau nak tempah boleh hubungi aku atau aton arediks92@yahoo.com atau jamakatonhabi@gmail.com atau layari blog http://lavender-jmkjunk8.blogspot.com/






















cerita hari ahad

Semalam Ahad ada kenduri kat umah adik aku di kepong, majlisnya ringkas sahaja kenduri doa selamat sekali dgn cukur jambul anaknya. Maklumlah isterinya berpantang di KL jadi buat teruslah kenduri tu. Ttp kali ni aku tak amik gambar pun..sebabnya mood nak amik gambar macam kureng sikit lagi pun kalau amik gambo mesti gambo makanan jer sampai ada yang kata blog aku pasal makanan. tak ada ehh..
akak aku pun confius juga naperlah kali ni aku tak amik gambar untuk blog hehheheheh...sajer jer...baca story jerlah ekkk. majlis ni adalah untuk 40 tetamu jer sebelah adik aku dan isterinya yg datang dr Pahang. tahlil, baca doa semua...makan..sembang-sembang pung pang pung pang..jam 4 petang baru kami semua beredar. Ttp kami hantar angah, kakak ngan Haziq kat bangsar dulu sebab mak ngan ayahnya kena kerja. kali ni aku macam bengong sikit bukannya tak pernah pg Bangsar..ttp naperlah leh lupa jalan. Berpusing-pusing nak cari Bangsar..lastnya aku masuk jalan ke Office dan keluar ikut federal highway sikit punyalah jauh. Hasben aku bukannya tau sangat jln KL ni main belasah jerlah..last2 barulah terfikir naperlah tak ikut midvalley, Abdullah Hukum kan lagi cepat. Itulah dikatakan bengong seketika. Oleh kerana jam dah dekat kol 5 petang kami singgah jap Hentian Duta sebab mak ngan ayah aku nak terus balik kampung bas bertolak jam 5.30 ttp jam 6 baru bas sampai. Dalam 6.15 baru ler bas gerak. lama jugalah menunggu minum-minum, sembang-sembang dulu. Ingatkan dia orang nak balik hujung minggu ni bolehlah juga menghantar. Tiba-tiba dah tuko plan pulak..gitulah org tua bukan boleh lama kat KL.

Saturday, March 28, 2009

makan-makan

Seorang tukang masak yang sangat handal memasak sedang bertungkus-lumus di dapur. Siapakah dia bertudung hitam, berbaju kuning. Cuba teka????

Selepas setengah jam tada..siap semuanya..paprik campur, pakis masak lemak, telur dadar dan ikan goreng. Kami semua makan dengan berselera sekali. Maklumlah tengah lapar gitu..akhirnya habis sepinggan nasi.


Inilah orangnya. Aku sampai juga ke rumah Aton di Ukay Perdana. Sempat makan malam, tengok TV bersantai semualah.

Paprik yang sedang dimasak. nampak sedapkan...mmg sedap pun..pergghh secukup rasalah. pandai Aton masak.


Inilah menunya...ringkas tetapi cedap!!!! ada paprik, pakis masak lemak, telur dadar ngan ikan goreng.

Friday, March 27, 2009

I-Remaja tinggal kenangan

Terlerailah sudah segala kekusutan dan semua anggapan yang bermain di fikiran. Mesyuarat bersama pihak atasan menjawab segala persoalan. Ya!!!! benar seperti dijangka I-Remaja akan ditutup tetapi dalam bahasa lebih lembut dan sopan akan ditutup buat sementara. sampai bila??? Masa dan keadaan menentukan. Puncanya company tidak dapat lagi menanggung beban akibat kegawatan ekonomi.

Siapa yang tidak sedih menerima perkhabaran itu. Tambah pula aku sudah tujuh tahun bersama i-remaja. Susah senang aku harungi bermula November 2001 ketika aku menerima tawaran bekerja di Berita Publishing. Anggapan aku mungkin aku bersama dua atau tiga yang lain untuk menerajui team I-Remaja tetapi cuma aku seorang bersama En Rambut editor. ketika itu pelbagai bermain di fikiran bolehkah??? mampukah aku sedangkan dulunya aku membuat akhbar mingguan dan majalah misteri. Berbeza sekali. Tetapi bebanan sudah tergalas di bahu mahu atau tidak terpaksa dilakukan juga dengan penuh tanggungjawab. Mungkin juga kerana majalah baru..yang aku anggap sebagai BABY pertama menyebabkan aku seronok melakukannya seorang diri. ketika itu ada 100 halaman yang perlu aku penuhi.

Bebanan pertama berjaya aku lepasi maka lahirkan Iremaja edisi pertama April 2002 dengan cover pertama miss Malaysia 2008 Deborah Henry Priya. ketika itu dia baru berusia 17 tahun rasanya. Memang teruja melihat hasil drp titik peluh pertama, ketika itu semangat menggunung tinggi ingin melakukan yang terbaik. Masa pulang tidak menentu ada kala jam 9, 10 dan paling lewat pernah tidur di surau pejabat kerana mengejar deadline bersama grafik artis ketika itu. penat ,memanglah penat tetapi melihat hasilnya hilang segalanya. Kerana krisis berlaku pertukaran editor ketika itu memang tidak seorang pun yang berani untuk menggalas editor I-Remaja walaupun ditawarkan kepada wartawan jelita. akhirnya di bawah pentadbiran En Tiger Rahayu aziz dilantik sebagai penyelaras. Dia kawan aku sebenarnya wartawan malaysian Business. kemudian editor bertukar lagi drp Ayu kemudian beralih kepada Wan sabarikh Shikh Ali senior writer Jelita. Setahun juga kak wan menerajui I-remaja. ketika itu aku sudah berdua apabila pengurusan menawarkan jawatan wartawan kepada wani, praktikal dr MIIM.

wartawan datang silih berganti, cuma aku yang setia. Drp Wani, Suzan, kemudian Marini, jemang, Liza, Juan dan kini aku ada Anis dan Suzi. Aku yang paling lama dan paling senior. kerana apa aku masih di sini semuanya kerana sayangkan baby pertama aku ini. Selepas kak wan dilantik editor jelita, kak ema mengambil alih. Melihat wajahnya dan mendengar cerita drp rakan-rakan di Karangkaraf cukup membuatkan aku gerun. ya sesiapa saja yang pernah bekerja dengan kak ema pasti akan memberitahu yang dia begitu..begini bla..bla..bla..Macam mana ya time aku nanti, agaknya boleh tahan ker dengan karenah kak ema???

Sehari, seminggu dan sebulan akhirnya halangan itu berjaya aku atasi. Dia tidaklah seperti yang aku sangka. Aku beranggapan setiap orang ada baik dan ada buruknya ada kelemahan dan ada kebaikannya.Tidak semua sempurna...sebagai editor dan bos aku harus mengikut arahan agar perjalanan kerja menjadi baik dan lancar. Aku berupaya menjadi pekerja yang dedikasi kepada tugas dalam masa sama rakan sekerja. Dimarah ditengking perkara biasa. namapun wartawan kan...semasa bekerja di tempat lama story aku pernah dibaling, dicampak begitu saja. pernah juga dibaling dengan stepler nasib baik sempat mengelak dek kerana panas baran editor yang 10 kali lebih baran drp kak ema. Sehingga editor itu menyuruh aku berhenti kerja. Aku tahu mmg bukan salah aku...mungkin rezeki aku di sini. Dengrnya mungkin juga doa orang teraniaya akhirnya dia juga berhenti ..akhbar dan majalah entah ke mana. jadinya aku sudah lali dan biasa. ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Diam tak diam lima tahun aku dibawah kak ema editor paling lama dengan iremaja dan aku wartawan paling lama dengannya. kenapa aku bertahan???? sebab aku seorang wartawan...tipulah jika tidak ada perkara yang aku tidak puas hati...tetapi apabila difikirkan balik jika itu untuk kebaikan apa salahnya. dan aku mmg terlalu naif dlm bidang kewartawanan ketika itu. Apa salahnya jika teguran itu untuk kebaikan aku. pelbagai aktiviti dianjurkan pencarian Gadis iremaja sebanyak tiga musim, perkhemahan juga aktiviti bulanan seperti hari ibu, valentines, berbuka puasa dan hari raya. Di I-remaja aku bukan setakat belajar menulis malah mengendalikan event dan membuat promosi. Itulah pengalaman paling manis yang tidak akan aku perolehi di tempat lain.

Aku mengharapkan panas hingga ke petang rupanya ribut petir melanda. I-Remaja terpaksa ditutup buat sementara itulah kata-kata SGM. Tiada air mata keluar kerana aku sudah menangis dahulu. Bukan kerana sedih aku akan kehilangan title sebagai wartawan I-remaja tetapi sedih kerana selepas ini aku tidak lagi melihat I-remaja di kedai-kedai buku tidak lagi mencari bahan untuk iremaja dan tidak lagi menerima panggilan yang bertanyakan mengenai i-remaja. I-remaja hanya akan tinggal kenangan sahaja.
Arrgghh terasa kehilangan sekali ibarat ibu yang kehilangan anaknya selepas 8 tahun anak itu dibelai dan dijaga dengan penuh kasih sayang. Aku juga ingin melihat I-remaja seperti majalah lain boleh survive 20 atau 30 tahun lagi. tetapi....bak kata en. mat Desa untuk kebahagian kita mesti melepaskan orang yang kita sayang. Dan kerana itu juga aku reda atas segalanya. Mungkin ada hikmahnya..lagipun tiada sesuatu pun yang kekal lama. semuanya dipinjamkan buat sementara sahaja olehNYA. Kita dapat A kita akan kehilangan B begitulah putaran roda.

Aku akan ditugaskan sebagai editor penyelaras untuk special projek. Wahhh..besar juga bebanan tugas yang baru ini. mampukah??? mampu atau tidak amanah sudah diberi. Suka atau tidak??? aku mahu berfikir yang positif sahaja. aku akan belajar sesuatu yang baru daripada kewartawanan kepada penulisan buku. Mungkin dengarnya seakan sama..tetapi banyak bezanya. Ruanglingkupnya masih sama iaitu menulis. kemahiran aku juga akan bertambah. Kemahiran itulah yang tiada di tempat lain dan semangat dalam I-remaja itu akan aku bawakan dan tersemat dalam hati ini.
Paling penting terkuburnya i-remaja bermakna aku mempunyai sebuah memori dan kenangan paling indah ketika menjadi wartawan i-remaja bermula daripada A sehinggalah Z, daripada majalah itu ada sehinggalah tiada. Aku bersama-sama dengannya. Mungkin aku mahu adakan farewell party dengan team iremaja yang terakhir Suzi dan Anis...kami juga terpecah seorang ke Jelita dan seorang ke Anjung Seri tetapi kita masih lagi bertemu.
SAYONARA I-REMAJA 2002-2009

J-co

Pernah makan tak J-CO Donuts??? kalau pernah sedapkan??? kalau tak pernah tak dapek nak nolong ehhh. Aku mula diperkenalkan dengan J-Co Donuts ni drp rakan sekerja Anis Nor sebab masa tu dia buat asgn untuk Lepak Place. Lepas terpengaruh dengan kata-kata Anis aku pun cubalah sendiri. Mula-mula beli kata Sunway Pyramid sebab ada asgn kat sana. Lagi pun J-Co Donuts hanya ada di Pavilion dan Sunway Pyramid sahaja. Awatlah susah beno nak cari????
Lepas makan...aduhh!!! mmg sedap beb..kelembutan adunan donuts ni mmg sukar diceritakan. tambah pulak ada macam-macam perisa coklat, orange dan macam-macamlah. Pilih saja nak yang mana. Mmg beza..memang berbeza dgn Dunkin Donut tuh. Selepas itu setiap kali kalau pergi ke Pavilion atau Sunway aku tidak akan lepaskan peluang membeli J-CO Donuts paling penting Durrani pun suka.

Inilah Donuts yang aku beli semalam kat Pavilion. 1/2 dozen jer harga RM12. makan sampai kenyang pastu simpan dalam peti. Esok keluarkan confirm lembut seperti baru beli.
J-Co ni asalnya drp Indonesia. kalau kat sana tuh mmg terkenallah. Sebab itulah pekerja-pekerja kat sini ramai drp Indonesia. kalau pegi kat Pavilion mmg ramai orang ler..tunggu giliranlah nak membayarnya.

makan time

Wahh..menggiurkan gitu. Semalam lepas dah habis meeting ngan SGM terus jer fikiran macam buntu seketika. nak buat keje pun macam malas. betul..ini tak tipu ni!!!!Kat office pun tak ada orang semua dah keluar. Jadinya aku mengikut saja kak Ema ngan anis ke Pavilion sebab dia mau ambil baju di Butik Babe untuk shooting cover dengan Mas Anizan hari ni. Keluar jer dah dekat jam 2 petang hujan selebat-lebatnya haruslah jalan jam kan. Tambah2 kawasan pavilion tuh. sampai-sampai haruslah cari makanan dulu perut mmg tengah lapar...berkeroncong, dangdut, hip hop semua adalah. Disebabkan hati tengah sedih mulanya mahulah makan western-western gitu..ttp akhirnya makan kat food court bawah sajer. Pusing punya pusing..lastnya aku makan MEE JAWA ngan rojak buah. Sebabnya giler tergoda dengan rojak buah yang menyebabkan air liur aku kecur melihat nanas dan mangga itu. Waduh..waduh aku tak lepaskan peluang order, MEE JAWA satu ya, tambah rojak buah satu.'

Aaaa..kak sofi pun join sekali. dia makan western lar...chicken chop
Asam laksa adalah menu anis. Ttp aku lebih suka Laksa Penang lagi kaw. asam laksa ni pedas ttp manis. Iskk..iskk..tekak tak leh layanlah pedas campur manis nie.

ha..inilah mee Jawa. nampak sedapkan? mmg sedap pun sebab ada macam-macam. Ada sotong, sayur-sayur, daging semua adalah. Sepinggan RM8.50. amik ko..pinggan besar bukan main lagi. Boleh makan dua orang nie.

Yang ini mi campur mihun kari. rasanya not badlah. Dah lapokan layan jerlahkan..

Tapi dalam semua menu di atas aku paling suka rojak buah nie. Kuahnya sangat pekat. Ada mangga, sengkuang, timun, nanas, jambu, betik dan sotong kering. Inilah penambah selera sebenarnya. Lepas dah makan barulah boleh teruskan misi utama ke butik Babe. Lepas dah selesa semua tugasan orang...barulah pulang ke office.




cuti lagi...

hari ni aku bercuti ..cuti lagikan. cam best jer asyik cuti jerkan. yerlah kalau tak cuti..cuti aku burn cam tuh jerkan. walaupun cuti ada keje nak dibereskan..bangun pagi2 cam biasa siap cam biasa dan hantar anak cam biasa, pastu nak ke Ulu kelang dan Ampang. nanti yer update kemudian. ohh yer stori dalam blog ni semua dah di auto publish.
kakak aku msg mak, abah, nan k. chak sekeluarga dh ada kt KL..esok haruslah aku ke sana.

Thursday, March 26, 2009

belajar memanjat

Dah lama tak citer perkembangan Fahim. Sekarang ni dah nak masuk 9 bulan 1 April nanti. Dia dah boleh berdiri sendiri dan mula memanjat. Tak kiralah apa sahaja yg boleh dicapai Fahim akan tarik untuk menjadi tempat berpaut. Ttp paling dia suka berpaut pada kaki aku ler. Pastu sekarang ni pantang hilang sikit mulalah terjerit-jerit. Kalau boleh nak aku ada depan matanya jer..iskk.iskk ikut perangai kakak nyerlah nie.
Sukalah kalau dapat berpaut kat kerusi. dah banyak kali jugalah..pegang kerusi tiba-tiba terlentang. Aduhhh...sian anak aku.
Senyum-senyum pulak dia..sukernyer...

Cewahh..cewahh..pegang sebelah tangan jer..camlah kuat sangat.


Walau di mana berada..sengih itu mesti.
Sengih menampakkan gusi. Gigi dah ada dua batang kat bawah.



Wednesday, March 25, 2009

Esok pastinya...

ESOK 26 MAC, adalah hari yang mendebarkan. Menyebabkan jantung aku berdegup kencang dup..dup..dup. Esok adalah hari yang menentukan sama ada apa yang ‘kami’ sangkakan itu benar atau ilusi belaka. Esok juga bakal menentukan ke mana ‘kami’ akan pergi selepas ini. Adakah di J atau di A atau di mana-mana sahaja ‘kami’ terima. Esok juga adalah hari menyedihkan setelah berjuang hampir 8 tahun dan akhirnya dot..dot..dot. Tunggu dan lihat sahajalah keputusan esok. Menunggu esok ibarat menanti dijatuhkan hukuman, debaran terasa seperti saat mahu melangsungkan majlis pernikahan. Bezanya debaran itu menyeronokkan tetapi debaran esok…ada pelbagai rasa. Pahit, manis, masam dan payau. Apa pun ‘kami’ sudah bersedia drp segi mental..fizikal mmg sudah lama bersedia. Apa sahaja keputusan ‘kami’ terima dengan hati terbuka dan reda. Siapalah ‘kami’ untuk menghalang..juga memberi idea atau menidakkan keputusan mereka. Pisau di tangan mereka ‘kami’ ibarat mentimun muda yang ingin dibuat acar. Mahu atau tidak mentimun terpaksa dipotong jika tidak kuranglah rasa..hilanglah selera. Walaupun dalam hati menidakkannya tetapi ‘kami’ tiada kuasa. Biarlah masa dan keadaan menentukan. Tunggu sahaja esok...pasti ada jawapannya.

basikal baru

Basikal Durrani kan dah lama patah. Bila balik kampung PD sian tengok dia bila tengok anak buah sana naik basikal. Semalam abahnya belikan dia basikal baru..wahh bukan main lagi sukanyer sampai malam main basikal. Nak tidur pun basikal letak kat sebelah. tengok lah gelagat dia ni berbasikal baru.

adik pun xcited naik basikal letk kt belakang lah. ketawa suka
hehehe..cam org besar pulak si fahim ni tak org pegang dia.










menu semalam

Seperti biasa hari Selasa ada pasar malam kat rumah aku. Nasib baik tak hujan jadi ramailah orang. Biasalah kalau pergi pasar malam macam-macam nak beli sedar-sedar dah dekat RM50 ttp ntah haper2 ntah beli..mainan pun kdg-kdg nak beli kat anak. Aku kalau pegi pasar malam keinginan nak makan nasi memang kureng jadilah belilah benda-benda alah kat bawah nie..sebenarnya benda-benda macam inilah yang boleh meningkatkan belanja anda. AWAS!!!!

tengok semua makanan macam sedap jerr...ttp menu jagung rebus mesti ada kalau pegi p.malam. Kali ni aku beli 4 jantung RM2. Bolehlah sebab jagungnya comel-comel jer. Manis gitu..kalau kat kg tuh jagung tu tanam sendiri jer...Pelik jer kalau beli jagung rebus.

Murtabak mmg faberet aku. tak kiralah bulan poser ke tak poser ker. Tambah-tambah yang abg ni buat pergghh..mmg aku makan sebiji soranglah. hasben aku jgn amik hahhaha tamak benau.

Ayam Bosnia ni kdg-kdg jer beli sebab mahal sgt. Besar ini jer dah RM2.50 ttp sebab rasa nak mengunyah beli jerlah...pastu aku beli nasi lemak Sarawak untuk laki aku, cendol dan keropok-keropok.


Tuesday, March 24, 2009

nostalgia

NOSTALGIA....



Sorrylah gambo blur sebab aku snap balik. Bila belek album tengok gambar ni aku rindukan saat2 macam dulu ramai kawan-kawan kat BP nie. Ttp itu dulu saat itu takkan mungkin berulang. Sekarang dalam gambo tuh yang tinggal cuma aku, kak zeda dan kak ema jer..yang lain semua dah resign membawa haluan masing-masing. Gambo kat atas masa kat opis masa kak Baby nak resign kat bawah gambo masa pertandingan futsal Iremaja. meriah giler time ni sebab ramai artis yang hadir dan turut menyanyi.






mari makan kek

Semalam 23 mac adalah birthday kak Ema yang ke 47 thn dah tua ruapanya editor aku ni hik..hik..hik (harap2 kak ema tak bacalah blog aku nie..ampun!!!!). Jadinya masing-masing saje buat-buat tak ingatlah mmg gitulah kat opis dah tak ada surprise lain dah..dah tak ada idea nak wat macam mana. Tiap bulan lagu tu juga. takkan nak surpise kat Redbox plak kot sambil karaoke...mana ada duit maaa.
jadi aku minta anis ngan suzi beli kek kat faber kedai biasa tuh..kak zeda beli hadiah. alah tak mahal pun hadiahnya frame gambo jer pastu minta fred print gambo kak ema yg paling cun sure dia suka punya.
Dah siap-siap sumer tuh..cam ner ekkk nak wat surprisenyer...takkan nak padam lampu plak hari tuh dah buat dah. Lastnya kak zeda cadangkan minta saper2 masuk bilik dia dan layan dia berbual. Anis Masturalah jd mangsa sebab dia yang paling juniorkan haruslah kena dera. Bila dah masuk bilik barulah kami mulakan operasi bawa kek kat depan pintu..fred tutup lampu..dan "happy besday to you..happy besday to you..happy besday to Kak Ema happy besday to you" pas dah habis jer lagu baru nampak muka terkejutnye dan kak ema nak belasah anis hehehe..alah tendang ala-ala manja jer. menjadik juga ler surprisenyer walaupun tiap2 bulan sama jer konsepnyer.


Dapat hadiah frame gambo. See kan aku kata editor aku mesti suka punya. Dia bukan suka brg2 mahal-mahal murah tak per asalkan ada sentimental value. Hhehehe
aku rasa dah berapa kali dah makan kek ni. namun begitu idoklah penah jemu. Sebab keknyer sedap.
Mari lawan makan Pizza
Oleh kerana Anis Mastura mengidam nak makan pizza dia telah menyuarakan pd kak ema supaya belanja pizza. Birthday girl plak yang belanja yer..Jadi cik Yam makan dengan rakusnya..ahaks.


Walaupun anis kata "jgn masuk blog ekkk..jgn masuk ekk" ttp aku kata nak masuk juger hahhaha..sowilah Anis kasi glamer sikit gambo lu dlm blog gua.

Pizza yg dah tinggal separuh. Aku pun mmg dah lama gilak tak makan pizza..sebab apa ekkk???ntahlarr..

asyiknyer makan pizza dengan sup. Mana ekkk gambo aku??? tak ader plak nie..





Monday, March 23, 2009

layan gambo...

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR KENDURI SABTU LEPAS. Layan jerlah ekkk...












Durrani bersama sepupu-sepupunya














Nangis sebab panas sangat.

Motif banyak gambar aku jer..kegilaan bergambar sedang melanda...layan jerlah uols..no komen-komen.










Ni along, kakak ipar yang sulung. Becok mulutnya ni kalau tak ada dia sunyi jer umah. Tukang masak paling handal di rumah.

Bergambar ngan Angah dan sedara, saper ekkk namanya??? aku ni sedara manalah ingat sangat nama.

Nie aku ler..berselindung di balik panas mentari.


kandid...Zoom!!!!Ni adik aku Liza (kanan)









Inilah keluarga Angah bersama 3 orang anak.












Bergambar ngan semua. Pompuan jer.
Bukan senang dpt gambar ramai-ramai cam ni.