Friday, January 16, 2009

shooting cover

Semalam shooting cover dengan pelakon, model dan duta Lipice Lisa Surihani tidak begitu menggembirakan. Kerana apa? kerana pakaian yang kurang memuaskan. Sehari sebelum itu aku menerima panggilan telefon daripada pegawai perhubungan awam MIG, Zubir, "kak ct Lisa free esok, hari-hari lain dia dah start shooting drama dgn film. Ntah bila dapat buat fotografi,"
Wah..masa begitu suntuk Untuk mendapatkan sponsor baju dalam masa singkat mmg susah. Untuk butik terkenal seperti TopShop, Esprit, Zara sekurang-kurangnya mengambil masa seminggu. Dalam buntu aku terfikir untuk meminjam drp butik Blook yang terletak di Bangsar. Mujur Pr Adeline tiada masalah kerana sudah biasa dengan aku. Siap memesan agar aku menyimpan majalah untuknya. Petangnya aku ke Blook, meninjau baju yang sesuai dipinjam. Aduh pening kepala susahnya mencari baju untuk konsep kali ini.
aku menghantar SMS kepada Zubir, " Liza boleh seksi tak?"
"Sorrylah kak tak boleh."Namun aku tidak bertanya lanjut pengertian seksi baginya..adakah memakai skirt paras lutut dianggap seksi..atau dres tanpa lengan juga seksi baginya. Oleh kerana tiada pilihan aku mengambil dres biru tanpa lengan, kemeja T biru dipadankan jaket berkait dan kardigan berkolar. Satu skirt dan skiny jean.
Pagi semalam ketika Lisa datang sesi fotografi aku terus menunjukkan baju kepadanya. ALahai...skirt tidak boleh, dres tanpa lengan juga tidak boleh. Mujur masih ada 2 baju dan satu baju drp Dude & the Duchess yang aku pinjam untuk cover February belum dipulangkan kerana separuh masih ada di Mamas Dry Cleaning. Lantas aku meminta Lisa mengenakannya. namun dia meminta untuk memakai legging walaupun dres itu sudah melepasi paras lutut.
"Minta maaf kak Lisa mmg tak nak seksi. lagi pun betis Lisa besar tak cantik," katanya.
AKu menghormati keputusannya lagi pun tidak elok jika aku memaksa dia memakai apa yang aku bawa. Lagi pun mmg dia sudah beritahu awal padaku.
Mujur dia cantik dan pandai bergaya, jadinya pakailah apa sahaja memang kena dengan tubuhnya yang tinggi lampai itu. Begitulah jika sudah cantik.. aku bergurau, "Inilah bakal lawyer yang cantik dan seksi," dia hanya tersenyum sambil berkata, "tak adalah kak, janganlah kata macam tu,"

4 comments:

ennieva fauzi said...

wey, tak baik tak menyeksikan orang nanti kat akhirat terseksa..

INTAN said...

gambo plz..

Maryam Elyas said...

Thanks cik T atas pesanan dalam blog saya tu. entahlah kenapa sejak dua menjak ni jiwa asyik syahdu. Tak karuan rasanya. Air mata mudah sangat mengalir. Padahal tak ada apa yang menyedihkan pun. Mintak-mintak dijauhkan segala benda buruk. Insya-Allah.

rynas said...

ben..idaklah seksi sgt..baju2 remaja skang nie gitu ler..

Tan-gambo nanti aku upload yer..aku tak amik guna kamera sendirilah

Cik Yam- Kita faham..kita pun biasa juga time2 bujang2 gitulah tiba2 rasa rindu,,tiba2 rasa syahdu..tiba-tiba rasa sedih..ntah hape2 ntah. ttp betul bila awak dah kahwin jiwa akan jd lebih stabil perasaan akan lebih tenteram dan damai wpun awak ada masalah. sebab dah org yg awak boleh share segala-galanya.