Thursday, January 22, 2009

memey lagi...


Hari ni agak memenatkan juga. Ada ker hari yang tidak memenatkan bagi aku? hehheheh..

Datang pagi-pagi jer dah kena masuk meeting ngeh..ngeh..ngeh..meeting pulak kena brainwash sikit darp SGM mengenai opis dan tatacara bekerja siap ada moto lagi Min cost max profit itu ler lebih kurang moto untuk thn 2009 ni. Kena keja lebih kuat wpun ekonomi meleset kena cari lebih banyak projek-projek luar yg menguntungkan syarikat.

Pix ni diambil ketika Memey belum ditangkap khalwat. Masa interviu dia tak ngaku ada hubungan dgn Norman. Dua hari lepas mag. dijual kuar berita dia ditangkap khalwat.
Lepas habis meeting jer ada shooting dengan Memey pelakon kontroversi tuh. Ni kali ketiga aku buat photoshoot dengan dia. masih tatap cantik, jelita dan anggun. Cuma bezanya mmg dia semakin bijak menjawab soalan2 diberikan. Sonok berbual dengan dia macam2 soalan tanya dia..provokasi pun ada gak. Ttp dia rileks dan maintain jer menjawab cayalah...

Berkali-kali dia ulang dia hanyalah manusia biasa berikanlah dia peluang...manusia mana tak pernah buat silap.

Masa hantar dia kat kete aku sempat bg nasihat...semoga berjaya dalam hidup dan kalau nak jadi pelakon berjaya buat masa sekarang lupakan soal cinta, soal lelaki dan soal kahwin. Dia tunduk mengangguk-angguk sambil tersenyum.

10 comments:

INTAN said...

walau apa pun dia ckp...aku maintain bencik dia

ennieva fauzi said...

aku pun sama ngan inta..walau sebijak mana dia menjawab, aku tetap kata itu skrip...kenapa sudah terhantuk baru nak terngadah? kalau dah tau laki orang, kenapa mesti bermain api, pandai la tepis, ko bukan budak baru bertatih...

Maaflah emo sikit tapi aku memang tak boleh terima orang hipokrit

rynas said...

hehhe aku tahu semua org emo dlm hal ini. ttp aku tak masuk dalm mana2 pihak. org kata tepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Baik memey mahu pun Norman. Org kata kalau tak ada memey umah tangga dorang berantakan juga. Ttp dalam hal ini naper nak disalahkan ppuan saja. kalau rumahtangga ada masalah salah p'puan, cerai berai salahkah p'puan. naper tak salahkan laki sendiri. dah tahu isteri ngandung...perlukan perhatian..naper tk tunaikan tjawab tuh. Naper tak balik umah..tengok anak2 tengok isteri. nape nak dibantu memey itu. Itu laki tak bertanggungjawab namanya. kalau aku berada di tempat abby aku tak serang memey ttp serang laki sendiri, salahkan laki sendiri. ttp dalam hal ini p'puan yg salah.
cuba tanya norman..tgk jawapan dia hipokrit ke tak..aku mmg bencik ngan laki yg tak bertanggungjawab. mulut saja manis...hati berbau busuk. cam norman tulah...
hehhehe aku plak terlebih sudah...

Unknown said...

Nak nyebok gak. same2 salah. Norman dan minah sememeh tu sama-sama salah besar. Biasanya orang yang muka baik dan pandai cakap lah yang kita tak boleh nak percaya. Macam Norman tu, cakap kalah orang politik gamaknya!!! Itu yang Memeh pun dah pandai jawab soalan sekarang sebab dapat intensif course from cik abang tersayang. Maaf le ye Siti. Walau camne cantik atau baik dan lembut orang kata si sememeh ni, akak tak boleh nak terima dan kikis persaan menyampah padanya. Seperti kata Bennie, dah tahu Norman itu laki orang kenapa nak bermain cinta. Jauhkanlah diri. Mungkin juga rumahtangga dia orang tidak bahagia,but why must she be the third person in the marriege. Kalau dia wanita yang tulus, kenapa masa Norman mula menggatal dengannya tak tolak. Sori le teremosi sikit le. Nyampah le ngan orang yang hipokrit cam Norman dan Memey tu. Takpe le, dunia ni bulat kan.... Kita tunggu dan lihat sahaja lah sejauh mana si Norman buaya darat tu akan membahagiakannya. Atau mungkin kah dia akan bermandi airmata juga macam Abby nanti!!! Tunggu episod seterusnya dalam sandiwara kisah benar ini...

CS @ Mama AA's said...

aku pun bencikkkkk jugak...

ennieva fauzi said...

betul kak azeda...dulu, bukankah sepupunya si darling dah warning memey jangan dekat dengan Norman...tapi minah ni tak mo dengar dan keluar dari rumah Darling, dok angkut lagi rete si Darling...ini cerita dua tahun lepas ye...sesungguhnya, dunia ini bulat...dan hidup macam bola. Hari ini ke atas, esok lusa mungkin di bawah. Tapi untung Memey berwajah lembut (aku tidak kata cantek ye...), cakap lembut sket dan buat2 innocent maka terlepas la dia dari tuduhan...mana ada umo 20 tahun terlalu naif...kalu tak, takkan la menyamar hadis berpurdah masuk pejabat orang tu...ni cerita orang bijak pandai dan kaki belit la ni...hess emonya...

Unknown said...

Akak setuju sangat 100% ngan kata2 Bennie itu. Lagi buat menyampah gelagat meka berdua masa kat mahkamah syariah tu. Tersenyum-senyum. Bahagia sungguh... takde langsung perasaan malu kena bicara tangkap khalwat. Tak ngaku salah plak tu. Meka faham tak apa makna khalwat... Kahalwat tu bermaksud lelaki dan wanita pukan muhrim berdua-duaan. Tak kira le buat projek atau tak. Dah kenal setahun dan tak pernah sentuh konon... Bole percaya ke... Norman le lelaki paling baik pernah dia kenal konon. Belum kena penangan sampai lebam dan berdarah, bole le cakap. Akak tak nampak langsung penyesalan pada Memey dan Norman, itu yang buat menyampah sesangat. Semua yang dibuat dan diucapkan lakonan semata-mata untuk membersihkan nama mereka. Akak tak pernah le nak menyampah sangat dengan mana2 artis tapi dengan 'beruk' (sori le kalau agak kasar bahasa ini) dua ekor ni terasa meluat sangat. Tak boleh nak selindung...

Cikgu Liza said...

Aku pun tak suka dan meluat dengan memek ni.Kata tak ada hubungan dgn norman hakim.Tup2 kena tangkap basah pukul 2 pagi lak tu.Tak kan la rajin sgt sampai pukul 2 pagi pun buat kerja.Dah tu, pergi mahkamah siap pakai baju sedondon, tersengih2 ceria macam tak dak benda...Langsung tak malu.Norman hakim pun sama.Plastik...masa nak bcerai menangis konon..Skrg, ceria sesangat.Senyum sampai ke telinga...Aku rasa2 la tahun ni mesti depa bdua ni kahwin...

INTAN said...

sekali lagik aku nk kata....sememeh tu aku meluat...normankok pun aku jijik....abby pun 2X5...zul tu pun haprak.....


semuanya plastik dan ada agenda....kita xyah kata apa dah...jaga rumahtangga kita baik2...

rynas said...

Intan aku sokong 100% pendapat hang. Itulah kesimpulan drp kes mereka itu. Dan pengajaran untuk kita ini..jagalah rumahtangga elok2 yer...