Tuesday, January 20, 2009

mari bergambar




Gambar ini aku simpan sudah seminggu. Ala-ala macam...macam kat mana ya??? ketika berkunjung ke Pavilion KL untuk tugasan Nokia aku bersama kak Ema sempat ler bergambar di hadapan ruang legar tingkat 1. Bukan apa cemburu pula melihat pelancong asing bergambar di setiap ruang. Sedangkan aku warganegara buat tidak endah sahaja. Lantas aku keluarkan kamera dan minta kak ema bergaya, selepas itu aku pula. Aku rasa hiasan ini bersempena Krismas lepas dan sambutan tahun baru. maklumlah Pavilion sering dikunjungi pelancong asing, justeru menjadi lokasi beli-belah mewah. Sempat pula melihat butik-butik sekitar, jika sudah mewah harganya pun boleh tahan juga. Abaikan saja jika poket tidak penuh. Sebenarnya kata-kata ini ditujukan untuk diri sendiri.

1 comment:

Anonymous said...

amboi...kemain lg yer