"Mu dapat pegi ke tak hantar kawe ni," itu SMS yang aku terima jam 12 tengah hari semalam tatkala aku sibuk dengan penggambaran cover bersama Dafi.
"Alah tak dapatlah tengah sibuk nie td shoting start lambat tak tahu jam berapa baru habis," balasku semula. Walaupun aku tahu jawapan itu pasti akan menimbulkan riakkecewa pada wajahnya. Hendak buat macam mana aku terpaksa, bukannya aku tidak mahu turut serta menghantarnya ke airport tetapi aku terlalu sibuk. Sungguh dengan kerja yang masih belum siap, pertama kali menyusun pagination, menyemak lay out dan pelbagai tugasan baru yg lain. Jadinya hasrat untuk menghantar adik bongsu kesayangan aku ke KLIA petang semalam yang akan memulakan tugasan baru di Kuching Sarawak berkubur begitu saja. aku tahu sedikit sebanyak dia mahu aku menghantarnyya sebab itu malamnya dia menghantar SMS bertanya disusuli dengan telefon.
walaupun aku tidak turut serta aku mendoakan moga dia berjaya dan gembira di tempat baru. Mungkin untuk memulakan kerja mengambil masa memandangkan Sarawak tidak sama dengan Semenanjung. Tetapi memang itu sudah pilihannya. Ketika mula-mula menerima tawaran kerja dia sudah memberitahu mahu memilih Sarawak sebagai lokasi walaupun ada tempat lain ada kekosongan misalnya Kelantan, Pahang dan Perak. tapi adik aku itu..ehhmm aku mmg sudah faham dengan perangainya, alasannya elaun seberang laut yg banyak serta mahu berubah angin di tempat orang. pada mulanya mmg aku tidak menggalakkan dia memilih Sarawak maklumlah dia perempuan, belum berkahwin, tiada saudara mara di sana, jika ada kecemasan siapa yg akan membantu. Begitu juga kedua ibu bapaku risau benar pertama kali diberitahu. TTp nak buat macam mana. Jika aku ditempatnya... pasti aku memilih tempat yg dekat dengan mak dan abah. Senang tiap minggu boleh balik menjenguk mereka. Tetapi itu aku...itulah yang membezakan aku dgn dia. Dia walaupun nampak lembut tetapi hati mudah tersentuh, mudah merajuk dan mengalirkan air mata. Seorang yg aktif, agresif dan agak berani. hampir 2 tahun di KL dia lebih tahu jalan-jalan di KL berbanding aku yg agak penakut, boleh memandu kereta seorang diri dr KL ke Parit Buntar hingga ke Penang. Jika aku jgn haraplah aku lebih sanggup bersesak-sesak di puduraya mencari tiket bas.
aku berdoa moga dia berjaya di sana. Esok-esok bolehlah aku bercuti ke sana....
1 comment:
bestnya srawak
Post a Comment