Jumaat, 16 jan 2009, penatnya rasanya hari ini. Sepatutnya hari Jumaat paling ditunggu sebab esoknya cutikan. Tapi aku.ehhmm..ehhmm memikirkan layout yg belum selesai. Akhirnya dalam keterpaksaan dan penuh rasa tanggungjawab aku terpaksa ke pejabat esok kerana perlu meng'check lay out sebelum dihantar ke printing. tengah hari tadi aku ada asgn di Kemensah Height bersama jurugambar Jasmin Ramli. Ini asgn aku kali pertama selepas peristiwa dia tidak menghadirkan diri untuk asgn aku 2 minggu lepas tanpa sebab musabab. Aku kira mungkin dia sudah berubah. tepat jam 3 petang ketika memasuki jalan belakang Zoo negara aku terlihat keretanya dan terus mengekorinya kerana aku sendiri tidak tahu di manakah rumah Liyana Jasmy pelakon film Maut itu. Setelah menelefon ibu Liyana Jasmy beberapa kali akhirnya bertemu juga.
Ehmm besar rumahnya. Banglo dua tingkat, rekaan moden kontemporari. Di kiri dan kanan bukit bukau masih menghijau. AGaknya berapa juta banglo mewah ini ya? Rumah milik Liyana Jasmy dan keluarganya itu baru diduduki. Sebab itu bahagian ruang tamu bawah tiada perabot cuma menempatkan sebuah meja.
Sampai sahaja aku terus menuju ke biliknya kerana tugasan kali ini berkenaan himpunan barang peribadi milik jasmy berkonsepkan lifestyle. Setelah berbicang dengan Jasmin mengenai gambar yang aku kehendaki dia menjalankan tugas dengan penuh kusyhuk. Aku pun tidak bertanya banyak..tidak juga mahu mengingati perkara lalu. JIka dia sudah berubah alhamdulillah.
Anak orang berada sudah pasti barang-barangnya juga berjenama. namun Liyana tidak mahu terlalu banyak barang berjenama diambil takut disalahtafsir peminat mahu menunjuk-nunjuk. Ya lah jika Gucci dan LV yang entah berbelas ribu mampu dimiliki gadis yang baru mencecah 22 tahun ini, itu menandakan dia memang mewah. Aku akur lalu mengambil gambar yang ada sahaja. Akhirnya fotografi tamat setelah satu setengah jam dan selepas itu aku pulang ke pejabat kerana ada meeting penting yang perlu aku hadiri bersama team iremaja, kak ani dan promotion. Besar juga kes ini, seakan tidak percaya apa yang berlaku. Di dalam meeting aku cuma menjadi pendengar, lalu membandingkan cerita yang aku dengar menerusi mulut seorang jurumekap.
Yes!!! tidak syak lagi kebenaran sudah terbukti cuma mahu dikumpulkan bukti. Dalam meeting tadi juga buat aku kelu dan terkedu, melopong mulut seakan tidak percaya. Benarkah..benarkah...benarkah??? mengapa..mengapa dan mengapa.. Moga ada penyelesaiannya dan minta dijauhkan daripada benda-benda kurafat, ilmu hitam serta black magic ini. AMIN

3 comments:
wahhh...mcm ada gosip besh je ni
cerita besar apa yang buat awak terlopong dan tertanya-tanya? bikin suspen je ni...
erm...sori tak dpt nak ikut serta meeting ari tuh, asignment kat restoran sri melayu habis lambat plak. Sampai opis dah kul 6. Uolss dah meeting separuh jalan dah. So batalkan niat untuk join sama. Just naik atas jumpa anis je. Tunggu uolss lambat plak,amik kptusan balik dulu, hehehehe...
Post a Comment