Tadaa..
Siapakah jejaka macho itu? datang menaiki pacuan empat roda, berkemeja-T putih dipadankan jean. Wah dia nampak tampan walaupun hanya bergaya santai dan simple. Siapakah dia??? pernahkah anda menonton cerita Awan dania..atau Obsesi atau Cinderella..jika ya anda tentu tahu jawapannya. Yer..yer..tidak salah lagi jejaka yang bergambar dengan aku itu adalah REMY ISHAK. Dalam entry lepas aku ada citer pasal diakan..yg aku suka bangat dengan lakonannya dan dia bakal menggantikan aktor tua Rosyam Nor (itu dr kaca mata akulah) dan sekarang jejaka itu ada di depan mataku. Setelah lama juga menunggu untuk photoshot akhirnya dapat juga. Janjinya jam 11 pagi ttp 1.30 baru datang kerana penggambaran drama yang habis jam 6 pagi. Dia tertidur dan langsung tidak sedar jam loceng yang dikunci berbunyi berdering-dering tanpa henti.
namun aku langsung tidak marah, tidak juga akan black list namanya seperti sesetengah wartawan pun bukan kerana aku suka lakonanya tetapi kerana dia ada alasan tersendiri. Lagi satu sejak datang sehingga tamat fotografi mulutnya tidak putus-putus meminta maaf atas kelewatan yg tidak disengajakan. Sejuk hati aku..gitulah artis yang bagus pandai pun nak minta maaf. (nak tahu cerita kena baca i-remaja bila??? tunggu)
Dulu masa mula-mula jd wartawan mmg tak pernah langsung bergambar ngan artis. waima kalau jumpa artis popular sekalipun..jaga sahamlah katakan. Maklumlah senior dah warning jangan tergedik sangat depan artis wpun minat sangat control katanya. Tapi lama-kelamaan cam tak best pulak...manalah tahu nanti dah pencen atau resign tak ada plak kenangan bergambo dgn artis popular. Tak dapat tunjuk dgn anak cucu. so lepas beberapa tahun mulalah simpan gambar ttp tak adalah selalu. Dan sekarang untuk menjadi penulis blogger yang TEGAR gambar harus ada. Biarlah apa org sekeliling nak kata ADA AKU KESAH!!! janji aku ada gambar dengan pelakon bernama REMY ISHAK.
12 comments:
Siti....
Besh arrr amik gambar dgn Remy kan. Dia tu mcm tak hensem tapi ada la sesuatu X factor yang ada kat dia. Kita tak leh nak cakap apa dia. Tapi erm.... kita nak cari asben mcm tu la siti... tak ensem... tapi ensem.... eh entahlah. mengarut lak aku nih
Ehem... sebenarnya kan Remy Ishak tu ensem sangat....
yerr..dia adalah seorang lelaki. keMaskulinannya terserlah gitu...
heiii....jelos la pulak...smlm malu nak bergambor..ari ni tgk kawan semua nyerrrr gambor aku dah benganggggg...ruginyeeeeeee
wah tak tido malam Puan Siti..ko pun memang admire gak ngan mamat ni kan? Tie, teringat masa kita interbiu Nicholas Saputra kan...dan, masa tu aku memang minat gilers ngan mamat ni..seram sejuk tangan bila bersalam dan dok bertentang mata ngan dia...tapi tetap kontrol beb hahaha
Jelousnya!!!!! Terlepas menonton episod akhir Obsesi pkal tu. Huhuhuhu...... Memang dia ni boleh menggantikan Rosyam Nor yang tak layak lagi jadi hero muda trang tang tang tu. Remy ni bila berlakon romantik, cair dibuatnya....
wah nampaknya semua anak2 dara di sini suka sama mamat tuh...erm, memang ensem pun. tapi apa-apa pun korang dah melepas sebba dia aku punyer hahahaha...(dlm mimpi jelah)
ehhehe..yer ben masa tu tengah giler Rangga kan sikit2 rangga. ttp Rangga tetap dihatiku.
Lily-tulah aku ajak tak nak nanti2 dia popular cam rosyam lg susah nak bergambo.
Suzi-dlm mimpi dalam mimpilah kan hehheheh
kak zeda-tak per dah tanyakan Remy sendirikan jalan citernyer...hidup remy ahaks
nasib aku x minat dia..jd x jeles sgt..hahhaa...klu bgambo gan 'abg fizz fairuz'ku..harus aku jeles gitew...
suka!cool je mamat ni...
Sorry ye Remy tak ada dalam senarai jejaka pilihan...kalu Justin Timberlake harus le gua tergedik2 hehe..
Salam,
saya budak baru belajar, nak tau laa jugak pasal dunia kewartawanan ni dengan lebih mendalam.. bleh puan citer kan tak?
lagi satu saya nak sgt tau tentang BISIKAN SUBUH lakonan Remy ngan Balkish.. boleh tak puan siarkan citernya dalam bentuk tulisan?
mengharap sangt....
Post a Comment