Tuesday, January 20, 2009

ohh...

Semalam rasa sedikit aman. Bukannya sebelum ini tidak aman..aman juga tetapi semalam lebih aman. Jiwa terasa tenang, hati berbunga-bunga. Entah kenapa. Agaknya selepas deadline beginilah. Sebelum ini dihambat kesibukan membuatkan fikiran ligat berputar, badan lesu, minda penat memikirkan kerja yang belum selesai. Pabila sudah selesai, Mac menjengah pula. Nah!!! cepatnya sangat masa . Terasa 24 jam yang dipinjamkan Tuhan tidak mencukupi jika boleh mahu ditambah 25 jam. Terasa baru sahaja membuat isu Januari sudah mencari bahan Mac. Beginilah kehidupan sebagai wartawan pejam celik pejam celik 365 hari habis begitu sahaja. bak kata penyanyi Kris dayanti dalam lagunya ...Menghitung hari, detik demi detik, masa ku nanti apa kan ada (salah lirik maafkan ye).
Hari ini juga di pejabat agak aman. masing-masing membuat tugasan ala-ala manja sahaja. Ku pandang ke sebelah ehhmm tinggal berapa kerat sahaja yang tinggal wartawan Jelita. daripada ramai tinggal bertiga. Yang tinggal ini sajalah harus memerah otak, mencari bahan untuk pengisian sebuah majalah. Sepatutnya dalam sebuah organisasi yang maju kaki tangan bertambah ramai tetapi di sini semakin mengecil. Rakan-rakan lamaku juga ramai yang sudah tiada. Semuanya mencari rezeki di tempat yang lebih bagus dan besar. Menjanjikan pendapatan lumayan. Aku pandang depan melihat bilik editor yang sudah kosong kerana editornya berpindah ke bilik sebelah. Hahahha...tempat aku?? cuma malas mahu mengangkat barang masuk ke bilik. Lebih selesa di luar, bersama kawan-kawan. Pening menulis boleh juga berbual dengan rakan sebelah. Nantilah cukup tempoh 6 bulan mungkin...firasat aku saja.
hari ini lunch di Jalal bersama sahabat lama, Bennie. Wahh bukan main ceria lagi sejak bertugas di NSTP. Keceriaannya ada kaitan dengan kebahagian. Mana mungkin tidak ceria jika segalanya mewah di sana. Ohhh..alangkah bahagia mendengar ceritanya. Tapi aku yakin kebahagian dan keceriaan orng dizahirkan dalam rasa yang cukup berbeza dan aku bertambah yakin tiap insan berhak bahagia tetapi dengan cara berbeza.
Petangnya...Ohhh!!! tidak perlu ditulis. Cukuplah jika dikatakan pertemuan menjanjikan kegembiraan. Ceewah..bunyinya agak jiwang. Saja sudah lama tidak melayan perasaan. Siapa kata orang yang sudah berkahwin tidak boleh melayan perasaan. Perasaan mereka lebih menggunung dan bunga-bunganya mekar berkembang. Hahahhaha...merepek sudah.

1 comment:

INTAN said...

amboi..bahagia sungguh ben ye...bagus la....definasi kebahagiaan tu amat subjektif...kkd kita beli HP baru pn kita rasa bahagia....

mcm tu jugak gan hang T....jgn fikir sgt ttg kwn2 yg makin tiada..makin bahagia dgn tempat keje yg baru....hang kena create kebahagiaan hang.....anggap saja tu cuma picisan..okeh