Friday, January 9, 2009

memasak @ tidak

Kadang-kadang aku rasa bersalah pada suami aku...rasanya macam aku tidak menunaikan tanggungjawab sebagai isteri. Bukan tanggungjawab apa pun aku rasa sudah lama dapur aku tak berasap. dua bulan lebih agaknya. tambah-tambah sejak aku sibuk dengan pencarian Gadis hari tuh teruslah sampai sekarang aku tidak memasak baik pagi, tengah hari usah ceritalah dan malam. Malah hujung minggu juga aku tidak memasak. Biasanya perkara ini berlaku ketika aku mengandung saja itupun di awal kandungan. Tetapi sekarang aku tidak mengandung atau berbadan dua. Tetapi kemalasan aku tetap ada malah makin bertambah. Apakah puncanya...mari kita terjah ( cam ayat Melodi plak)..

Itulah di lubuk hati aku ni rasa cam kesian plak pada suami sebab asyik makan kedai jer..sarapan pagi pun aku order jer nak roti canai, roti sardin atau roti tampal. tengah hari begitu juga..malam pun sama. Terasa senangnya hidup. Yerlah sebagai isteri banyak benda nak buat kat pejabat balik umah kemas umah, basuh baju, lipat baju, jaga anak bla..bla..bla..dan suami hanyalah menonton TV, layan tenet dan jaga anak sikit2 jer. Sebab itulah sebelum kahwin lagi suami aku sudah tahu mengenai perkara ini "isteri bukan maid anda" semua kerja nak kena buat. Dia adalah wanita istimewa di hati anda. so kalau istimewa kena layanlah sebaik mungkin. ahhahaha..ada suami-suami nak protes tak???

dan aku cukup tak setuju kalau isteri yang terdera fizikal secara tak langsung. kena buat semua kerja rumah tanpa bantuan suami. Banyak isteri cam tuh zaman sekarang nie. Dah lah gaji isteri kena bayar itu bayar ini..suami tak bagi nafkah zahir lagi satu perkara. Sebab walau macam mana sekalipun isteri itu bergaji besar tetapi nafkah duit harus diberikan. Tetapi hal ni bergantung pada persefahaman suami isteri kalau suami bergaji kecil takkan nak minta juga tak???? suami pula jgnlah ambil kesempatan bila isteri dah sanggup keluarkan duit dia...takkan lah bab membuat kerja rumah semua isteri nak buat. Pastu tak faham langsung nak-nak juga isteri ni memasak walau isteri ni penat. hehhehe..kalau aku belasah jer.." mama penatlah malam ni tak nak masak"

Cam aku ler sejak dua menjak ni aku rasa keletihan melampau. Bila sampai umah biasanya jam 7.30 atau jam 8 malam dah flat...layan anak-anak kemudian bg dia orang tidur dgn aku tertidur sekali. Lagi pun Durrani bila balik kerja sangatlah nak dimanjakan..amik buku nak suruh kita kat sebelah dia...ambil mainan minta aku main sama. Pendek kata aku sentiasa kena ada kat sebelahnya. Drp menyibukkan diri di dapur baiklah aku layan anak-anak yg kekurangan kasih sayang ni sepanjang hari dr jam 9 pagi hingga 7 malam bersama baby sitter. tak GITU????

sebenarnya suami aku tak kisah pun makan luar cuma pernah juga dia kata " dah lama mama tak masak" alahai itu ayat-ayat nak suruh aku masaklah tuh. Bg aku apabila suami isteri bekerja dan pendapatan digunakan sama banyak kerja-kerja rumah bukan lagi menjadi tugas isteri semata-mata. Suami juga kena ambil tahu. Sebab itulah bila aku tidak memasak suami aku faham itu bukan tanggungjawab aku tanggungjawab dia juga untuk cari makanan untuk aku dan anak-anak. dan sekarang nie tanggungjawab memasak dlm erti lain membeli makanan aku serahkan kepadanya. Nanti-nanti apabila mood aku sudah segar dan keinginan memasak kembali aku pasti akan menceriakan diri di dapur. sekarang biarlah dapur aku tidak berasap untuk dua atau tiga bulan nie. hehhehehe ayat-ayat cam tak mau memasak terus jer...Idaklah begitu cuma tengoklah kalau aku dah rajin. saper kata memasak jimat??? sama jer aku rasa..

5 comments:

Mariam Elias said...

Ermm... kalau dah macam gitu kan, kenapa pulak awak nak rasa bersalah ek? (erm... konfius pulak)

anis said...

isk...banyaknya keje nak buat bila jadi isteri.nak cari suami yang rajin la.memahami saja pun tak cukup juga kalau tak membantu. ye dak? hrm...ada sesapa nak mengisi kekosongan? hihi

arediks92 said...

cuba amalkan petua ni, weekend prepare bhn2 nak memasak, so pg g keje tu kalo senang roti jer, ngan air. Kalo balik keje terus jer geledah bhn2 dh siap so cmpk2 jer.. :) tips jer la.., untung la dpt suami x kisah mkn kedai..huhu

INTAN said...

aku dh dkt setaun x masak....hehehe.....xpun 1/2 taun...lebih kurang la....

liza said...

Yes, kekadang beli lauk kat kedai lagi jimat, terutamanya family yang tak besar macam kita ni.Sebagai contoh :Kalau nak masak daging salai masak lemak cili api kena beli daging,santan,cili,bawang dll.Kos gas lagi(lepas tu kekadang tak menjadi sebab bukan anak jati
N9).Kalau beli senang, nak RM3 pun dah cukup.Balik hidang dan terus makan.Betul tak ?