gambar-gambar ni diambil masa balik kg raya haji dulu. dah lama juga ler lebih kurang sebulan lebih dah. Bila belek-belek gambar..ehhh..gambar ini belum dijaja haruslah dijaja dlm blog ni. Dulu masa Durrani kecik dia mmg susah nak dekat orang waima nenek dia sendiri. Tapi bila dah setahun lebih dia mulai mesra dan naik dua tahun dia semakin rapat. Ke mana nenek dia pegi dia akan ikut. pegi buang sampah, petik pucuk paku kat belakang umah, pegi tengok buah cempedak, pagi sembahyang semua nak ikut. Dah tak ada rasa takut lagi. Bila kat luar jer dia suka pegi kat bunga yang mak aku tanam ni...dan letak kat telinga. Cam org dulu-dululah. Mak aku ni pula hobinya tanam bunga dan bela kucing maklumlah tinggal berdua jer ngan abah apa lagi benda nak buatkan? Asalkan bahagia. Entry ini juga sebenarnya membuatkan ketisabaran aku untuk pulang ke kampung Jumaat ini. hehheheh sonoknyer..sebab kumpul ramai-ramai adik beradik. Boleh dikatakan semua adik beradik aku balik sebab kenduri sempena mak ngan abah nak pegi umrah 31 Januari ni.
1 comment:
Oh kucingggggg....
Post a Comment