Hari ini agak letih, minda terasa lesu. Akibatnya jam 9 pagi barulah aku terjaga itu pun setelah cahaya matahari memunculkan diri di balik tabir. Jarang aku terjaga selewat itu walaupun sebenarnya jam 9 pagi tidaklah terlalu lewat sekiranya aku masih bujang trang tang tang. Fahim disebelah masih asyik dibuai mimpi (mimpi apa agaknya si kecil itu). Durrani pula tidak bergerak-gerak setelah diberi susu jam 6 tadi. termangu aku sekejap di birai katil, mengeliat membetulkan urat saraf. Suami jam lapan sudah keluar ada over time banyak kerja perlu diselesaikan katanya. banyak komputer perlu dibaiki, kerana pensyarah sudah menanti.
Aku memperbetulkan rambut yang agak serabut lalu menuju ke dapur. mencari apa sarapan boleh dibuat.Arrghh..tiada apa boleh dimasak. Maklumlah sudah sebulan dapur tidak berasap. terdengar nada kiriman SMS daripada telefon bimbit.
"selamat pagi. dah bangun ker? nak breakfast apa pagi nie?" SMS daripada sang suami.
Aku membalas, "ala belikan apa-apa jer. Roti masih ada. Boleh makan dengan jem."
Baju-baju banyak belum dibasuh, lantas kukumpul dan dimasukkan dalam mesin basuh. Setelah mesin siap berputar kusidai. Menjenguk ke bilik sebelah...alahai..banyaknya saki baki baju minggu lepas masih belum dilipat. "memang benar sibuk sekali aku sampai tiada masa melipat baju. Bilalah boleh kulangsaikan kerja yang tertangguh ini. malam ini mahu menghadiri majlis perkahwinan Mawi dan Ekin di Palace Of The Golden Horses sudah tentu jam 6 sudah bertolak kerana mahu mencari cerita yang lebih eksklusif untuk buku mawi nanti. Aku sudah berpesan kepada zali Jurugambar yang akan menjalankan tugasan supaya mencari anggle terbaik untuk gambar kulit hadapan buku.
aku menjenguk ke bilik tidur rupanya Fahim sudah terjaga sedang bermain dengan selimut. Digumpal-gumpalnya dengan tangan kemudian dimasukkan ke dalam mulut. begitulah sehingga selimut itu basah dek air liurnya. Pantang ternampak apa sahaja pasti dimasukkan ke dalam mulut. Matanya bulat merenung, mohon diangkat. Aku membiarkan sahaja kemudian dia merengak. "amboi tadi masa tiadak nampak aku boleh pula bersendirian. Gitulah apabila dia sudah mengenali mamanya."
Aku mengangkat terus tersenyum bahagia dalam pelukanku.
"ma''mama..mama." terdengar Durrani bersuara sambil bangun menghampiriku.
Aku mengusap-usap rambut sambil mencium pipi mongelnya itu. lantas ku pegang tangannya lalu dibawa turun dari katil. Menuju ke ruang tamu mencari remote control TV aku menekan butang 611 Astro Ceria sudah semestinya. Jika tidak Durrani pasti merengek.
Sementara menunggu mesin berputar membasuh baju untuk kali kedua aku memandikan fahim. Seronok benar dia bermain air ketawa mengekek-ngekek tatkala kurendam dia dalam besen. tangan comelnya menepuk-nepuk air, lantas dia ketawa apabila percikan air terkena muka. aku membiarkan saja. melayan kerenahnya. Terasa hati terhibur..lupa segalanya seketika. Selepas dimandi, disapukan bedak kemudian dipakaikan baju. kemudian giliran Durrani pula. kerapkali dipanggil ada sahaja jawapannya, "jap..japla mama..engok IVI lah mama," katanya.
akhirnya jam 12 barulah aku dapat memandikannya tahu pula dia membezakan antara hari bekerja dan hari minggu.
No comments:
Post a Comment