Thursday, January 29, 2009

moga selamat hendaknya

Pulang ke kampung amat menenangkan. Melihat sawah padi terbentang luas, daun nyiur melambai-lambai membuatkan aku lupa seketika kehidupan kota. Tambah pula memandang wajah mak dan abah serta merasa masakan mereka aduhh..mahu rasanya aku lebih lama di kampung. Bagi aku kampung adalah segala-galanya. Bercuti panjang dan pulang ke kampung adalah terapi paling berkesan. Sungguh aku lupa seketika pada kerja, pada deadline yang semakin hampir, pada tugasan yang perlu dilakukan. Tambah pula berkumpul bersama adik beradik lain, jarang sekali dapat berkumpul begini. Cuma setahun sekali tatkala hari raya sahaja. Kali ini kepulangan aku dan adik beradik lain kerana kenduri kesyukuran sempena pemergian abah dan mak ke tanah suci menunaikan umrah. Kata abah mungkin pemergian kali ini untuk kali terakhir sebelum pasport tamat tempoh Mei nanti. Nampaknya abah masih bercita-cita mahu menunaikan umrah lagi walaupun aku rasa sudah lebih lima kali dia ke sana. Kata kak long abah mahu membuat hatrik 10 kali menunaikan umrah. aku hanya tersenyum....biarkanlah dia bukannya menyusahkan anak-anak atau meminta duit anak-anak.

Kali ini abah membawa bersamanya seramai 6 orang, jadinya campur mak dan abah menjadikan semuanya 8 orang. Semuanya adalah jiran tetangga yang baru pertama kali menunaikan umrah. Dua tahun lepas dia membawa 12 orang jemaah bersama. Apa yang abah dapat???? ntah..mungkin dia suka menolong. Maklumlah ke sana memerlukan orang berpengalaman sekurang-kurangnya boleh menunjuk ajar jika salah dan silap. Itulah niat abah membantu sedaya mungkin. dua atau tiga bulan sebelum menunaikan umrah dia akan mencari beberapa orang sama ada org kampung atau saudara mara yang ingin menunaikan umrah. Jika sudah bersetuju dia yang akan menguruskan pasport dan mengisi semua borang dan dihantar ke agensi yang membawa abah ke sana. Aku kagum dengan semangat abah walaupun usia sudah mencecah 75 tahun tapi tenaga dan kudratnya masih kuat. Boleh memandu kereta ke sana sini menguruskan urusan menunaikan umrah. Malah urusan menukar duit juga abah yang uruskan. Pernah satu ketika dia membawa saudara yang tidak boleh berjalan ketika sampai di Madinah, abahlah yang menyorong kerusi roda ke sana sini sehingga pulang ke Malaysia.

Kali ini abah berangkat 31 Januari dan pulang 13 Februari nanti. Doa dan harapan aku moga abah dan mak sihat di sana serta tidak lupa mendoakan kesejahteraan kami, anak-anaknya. Aku juga teringin ke SANA. InsyaALLAh jika diizinkan ALLAH.
Semoga abah dan mak selamat pergi dan selamat kembali. AMIN...

3 comments:

Cikgu Liza said...

Semoga ayah dan mak ct selamat pergi dan pulang ke tanah air.

ANAKIRANA said...

byk pahala abah awk nolong org wat kebaikan..

INTAN said...

slamat g dan slamat kembali tuk ayah gan mak ko