Thursday, January 15, 2009

kemalasan

Sudah dua hari tak menulis dalam blog ni. Rasanya semakin malas pula sejak dua menjak ini. Kemalasan ini bersangkut paut dengan kerja di pejabat dan di rumah. Rasanya badan pula semakin letih adakah faktor usia yang sudah mencecah 32 tahun? Mungkin juga faktor anak-anak yang perlu diberi perhatian di rumah. Durrani seminggu ini sering tidur lewat. Jam 12 malam matanya masih besar melayan televisyen dan bermain dengan permainannya. Habis bersepah satu rumah. Sekejap dengan buku, beralih kepada basikal kemudian bersepah dengan bedak. Sudah malas mengemas lantas aku membiarkan sahaja rumah bersepah bak kapal pecah. Sudah puas bermain mencari remote menyuruh aku membuka siaran 611 Astro Ceria. Habis semua rancangan dihafalnya. Kampung Boy, Tom Tom Bak, Adi dan Ayah, Hagemaru, Kapten Boleh dan entah apa lagi rancangan. Menonton penuh kusyhuk kemudian ketawa melihat aksi pengacara Aznil Nawawi. Apabila kanak-kanak menari dia pun menari sama. Kadang kala mengikut apa sahaja perbualan dalam rancangan itu.
Pernah aku menyuarakan pada suami kerisauan aku mengenai anak yang suka menonton TV atau terlalu obses dengan TV. Suami aku berkata biarkan saja dia masih kecil mahu meneroka banyak benda dan mahu belajar banyak perkara. Perkataan, nyanyian dan persekitaran. Lastas aku eyakan sahaja. Ada positifnya juga apabila melihat perkembangan Durrani yang makin petah bercakap serta pandai menjawab.
Kadang-kadang aku paksakan dia tidur, dia menangis mahu keluar bilik. Lantas dikatanya ,
“Mama ni sibuk jer,” Hamboi...sudah pandai pula menggunakan perkataan sibuk itu. Aku rasa dia mendengar aku pernah berkata suatu ketika dulu. Kadang kala aku yang tertidur dulu kerana terlalu mengantuk. Dikejutkannya aku kemudian disuruh aku menonton sekali bersamanya. Malam tadi ketika aku sedang berangan-angan mahu tidur terdengar dia bangun mengambil bedak, gincu, losen daripada atas almari solek kemudian dimasukkan dalam beg kecil. Dia membawa beg itu ke atas katil. Sambil duduk satu persatu barang dikeluarkan. Losen disapu ke rambut, bedak ke pipi manakala gincu Avon pemberian kak ANA patah dikerjakannya. Terus aku bingkas bangun untuk melihat apa yang berlaku. Aduuhh!.. melihat gincu yang sudah patah itu aku terus mengambilnya. Bedak yang dituang di atas cadar katil juga losen yang sudah dikerjakannya. Nasib baik dia tidak mengamuk. Aku melihat jam sudah 12.30 malam rupanya. Lalu aku memujuk dan membawanya ditidur dipeluk, ditepuk lima minit kemudian barulah dia tidur dengan lenanya.

2 comments:

Anonymous said...

durani...durani...ape kes cantik malam2 ni...isk...ok la tu kak ct,die menconteng dan mengharumkan badan sendiri. dibuatnya dia sapu kat kak ct,tak ke mamanya pulak yang melawa malam2.saspen en hasben kang.

INTAN said...

tgu bila anak nk masuk sekolah dan perlu d hantar utk mengaji dsbnya...kehidupan amat mencabar pd ketika itew okeh...

good luck a'way