Sebenarnya aku tidaklah mahu memberi sebarang komen dalam blog ini seandainya AJL kali ini milik penyanyi Sampai Syurga siapa lagi kalau bukan Faizal Tahir. Tetapi telahan aku meleset sama sekali dan pemenangnya di luar dugaan. Maksud aku bukan Meet Uncle tidak bagus. Mereka sangat bagus jika tidak takkanlah sampai ke AJL. Tetapi ada beberapa perkara yang aku rasa tidak logik. Persembahan Faizal malam tadi mmg best dan meletop dan sememangnya persembahan untuk sebuah pertandingan yang gah seperti AJL. Bukan sekadar melepas batuk di tangga. Tetapi entah di mana silapnya, dan bagaimana penjurian sehinggakan Faizal yang memenangi 3 anugerah iaitu Vokal Terbaik, Persembahan Terbaik dan Juara kategori Balada kalah di tangan kumpulan Meet Uncle Hussien yang hanya memenangi satu kategori sahaja.
Bukankah kemenangan 3 kategori itu sudah cukup kuat untuk menobatkan sesebuah lagu sebagai juara? Memang aku faham AJL adalah anugerah untuk memartabatkan lagu dan bukannya penyanyi. Pada pandangan aku yg dangkal mengenai muzik ini, adakah lagu itu boleh dianggap terbaik hanya begitu sahaja??? Adakah ia boleh berdiri sendiri tanpa penyanyi yang bagus???...dan penyanyi itu pula dianggap bagus kerana dianugerahkan vokal yang hebat dan mantap. Dan bukankah sesebuah lagu itu dikategorikan lagu terbaik apabila adunan lirik, susunan muzik kemudian disampaikan oleh penyanyi yg baik???? Ini kerana telinga yang mendengar bukan sahaja tertarik pada irama yang sedap tetapi juga vokal yang sesuai dengan lagu. Vokal yang dilontarkan itulah yang menyebabkan lagu itu menjadi sedap lantas dianggap lagu terbaik??? bukahkah???
Jadinya apabila malam tadi lagu sampai Syurga tidak menjadi juara, aku agak sedikit tidak percaya kerana pada pemahaman logik aku apabila seseorang penyanyi memenangi Vokal terbaik ia sudah cukup kuat menobatkan lagu itu sebagai terbaik. Tambah pula lagu itu memenangi kategori Balada. Bukahkah dalam sistem penjurian apabila kemenangan untuk 3 anugerah maknanya hampir 2/3 % markah sudah menjadi miliknya?? atau mungkin juga penjurian untuk lagu terbaik berdasarkan melodi dan liriknya sahaja. Jika begitu tidak perlulah artis menyanyi?? Jika dilihat daripada segi lirik memang kedua2 lagu mempunyai kelebihan, tetapi aku rasa lagu sampai Syurga disusun lebih puitis berbanding Laguku Untukmu (hayati lirik dibawah)
jadi aku membuat analogi begini sebagai contoh:
Di dalam kelas Amar (bkn nama sebenar) mendapat markah terbaik dalam Matematik, Fizik dan Biologi. Tetapi Ramlan (bukan nama sebenar) dianugerahkan PELAJAR TERBAIK kerana sebab-sebab lain.
Mungkin juga:
Meet Uncle Husin memenangi AJL kerana AJL ingin menaikkan kumpulan Indie seterusnya memperkembangkan industri hiburan tanahair. Spt juga kemenangan Exstrengs pd tahun lepas. Aku juga tidak menolak sama sekali kemenangan Meet Uncle Hussin kerana lagu mereka FRESH, tiada campuran drp Indonesia serta beridentitikan lagu Malaysia. Itulah yg dicari dalam AJL (ini berdasarkan pandangan juri setiap kali aku menghadiri PC AJL suatu ketika dulu). Jika begitu berikanlah Vokal terbaik kepada kumpulan ini. Jika tidak anugerahkan vokal terbaik kepada artis lain supaya tidak nampak ketidaklogikannya disini. Mungkin juga vokal terbaik Farawahida, manakala persembahan terbaik Faizal Tahir kerana dia memang terbaik pada malam itu dan Juara Lagu kpd Meet Uncle Husin. Ini cuma pandangan drp aku yg dangkal mengenai muzik.
SAMPAI SYURGA – FAIZAL TAHIR
Kumembenarkan jiwaku tuk mencintaimu
Kupersembahkan hidupku tuk bersama kamu
Dan diriku untuk kamu
Belum pernah kumerasai begitu
Semua itu telah berlalu harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu terus kutertunggu
Di hatiku masih kamu
Belum pernah kuingin terus menunggu
Oh aku lemah tanpa kamu kuinginmu dampingiku
Aku fahami aku bukan terbaik tuk dirimu
Sampai syurga kumenunggu
Sampai syurga kucintamu hanya satu hanya kamu
Kumembiarkan hatiku tuk merinduimu
Kumenghamparkan sakitku tuk tatapan kamu
Bersamamu harapanku
Hilang dalam terang yang membutakanku
Dan segala yang kuada
Kuberikan semua untuk dirimu saja
Kumahu dirimu bahagia tuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu agarku sempurna
Namun aku tetap aku yang terbaik tuk diriku
Hanya satu
Aku lemah tanpa kamu
Kuinginmu dampingiku
Aku fahami aku bukan terbaik tuk dirimu
Sampai syurga kumenunggu
Sampai syurga kucintamu
Hanya kamu
LAGU UNTUKMU - MEET UNCLE HUSSIENT
Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicela
Bagai kulumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini takkan berubah kerna
Aku tetap aku dan alur hidupmu bukanlah aku
Guna hati akal dan fikiranmu
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
Adakah aku hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari-jarimu
Kupunya hati dan perasaan
Pernahkah engkau fikirkan
Cukup-cukuplah oh cukuplah
Guna hati akal dan fikiranmu
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
Tak tahan tak
tak tertahan
Melayan sikapmu perawan
Berbeza berbeza kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa
Bebaskan bebaskan kuingin dilepaskan
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah sampai di sini
kita berdua
*** Tiba-tiba En. Hubby yang tak menonton AJL, tidak mengikuti perkembangan AJL, tidak minat Faizal tahir juga penyanyi2 lain, tidak mengikuti perkembangan hiburan tiba-tiba memberi komen mengenai kemenangan AJL pd malam itu.
2 comments:
aku amat2 puas ati meet uncle husin yg menang...amat2 berpuas ati dan sungguh2 gumbira..yahooooO!!!
p/s kedua2 persembahan faizal tahir...aku cuma dengar tp x lihat....aku x fokus pn sbb sibuk wat keje....mungkin sbb aku x minat dia dan sekali gus lagu tu..tp masa persembahan MUH....aku stop dr wat keje dan fokus 100%
aku suker tgk Faizal Tahir... aku suke lagu2 dia...
dan aku tgk persembahan dia bertenaga lah :p
Vote!
Post a Comment