Monday, January 12, 2009

Shamin yang kukenali

Makan di kenny rogers haruslah ini menunya
Jumpa Shamin pantang jika tidak bergosip..."mak malu noq..."

Inilah teman-teman yg turut serta


hadiah yg tak seberapa

Jumaat lepas aku, anis, suzi dan Cik yam bertemu dengan Shamin di Kenny Rogers Mid Valley bersempena Besday Shamin yg ke 39 tahun. Sudah lama tidak bertemu dengannya sejak aku dalam pantang sehinggalah sekarang anak aku sudah memasuki usia 6 bulan. Dia masih seperti dulu tidak kurus, tidak gemuk, masih ceria dan becok berbicara, kira-kira 7 tahun lalu sewaktu aku mula-mula mengenalinya. ketika itu Jemang yang mengenalkan aku dengan Shamin. Di Kompleks Kraftangan kami bertemu untuk penggambaran kulit hadapan I-Remaja. Senang bekerjasama dengan Shamin maklumlah dia berpengalaman menyolek hampir 20 tahun. Aku suka solekannya natural dan dia cepat melakukan kerja. Tidaklah terhegeh-hegeh seperti make up artis lain yg terpaksa menunggu sehingga 2 jam barulah selesai. tetapi kesannya tetap sama tiada yang istimewa.
Dia juga tidak suka menyimpan masalah banyak juga mengenai dirinya diceritakan. Maklumlah orang seperti Shamin hatinya mudah tersentuh tetapi aku tidak ambil pot sekiranya dia merajuk. Biarkan saja lambat laun baiklah dia.
Sepanjang mengenalinya kami pernah ke Kelantan, Johor dan Kuantan Pahang bersama Safi untuk Roadshow I-Remaja. Dia tidak kisah mengenai bayaran, asalkan ada walaupun tidaklah mahal seperti majalah lain. Lagi satu Shamin sering menggantikan make up artis lain yang tidak datang, kiranya dia sering dipanggil sebagai penyelamat.
ketika bujang dulu aku juga sering mengunjungi rumahnya di keramat bersama Jemang dan Rin. Shamin suka berkaraoke pelbagai cd karaoke ada di rumahnya dan aku juga tidak ketinggalan. Dia menyediakan masakan, sebelum karaoke kami menjamu selera. Sabtu dan ahad berkelah di Ulu Yam hahhaha kenangan yang sukar dilupakan. Bersama rakan setugas bennie, aton, Mizan dan Rizal. Keseksian Shamin terserlah..kami hanya tersenyum gembira. Paling tidak dapat dilupakan apabila Shamin bersetuju menjadi jurumekap ketika perkahwinan aku pada 4 Dec 2006 lalu. datang berkereta kemudian ditinggalkan temannya. Akhirnya Shamin pulang ke KL menaiki bas ekspress akibat salah faham. Sebab itu kata Shamin tanggal 4 Dec sukar dilupakan.
Itulah antara kenangan aku dengan insan bernama Shamin Manja.

No comments: