Tuesday, January 6, 2009

kakakku

Semalam aku melawat akak aku kat SElayang. saje pegi umah dia sebab mak aku ada kirim dodol. Aku kalau dodol mak aku mmg pantang lepas. So selepas beberapa hari dodol tuh terperap aku mengidam untuk memakannya. Gigihlah mengajak en hubby ke SElayang nasib baik dia ok jer.

Mulanya mahu makan di Pak Tam gelas besar dekat stadium selayang, tetapi dek kerana abang ipar aku menghadiri majlis kematian so kami batalkan saja dan membeli bungkus. Anak buah aku Budin dgn kak ngah order nasi ayam, hubby aku makan nasi lemak, aku kak tija ngan abg ipar aku makan mee rebus. Aku kalau pg Selayang mmg tak sah kalau tak singgah kat Pak Tam menunya mmg best. Tak salah kedainya pernah masuk Jalan-jalan Cari Makan. Minumannya pula ada pelbagai saiz nak yang kecil, sedang dan besar. yang besar tuh cawannya macam jag minum 10 org pun bleh lagi. Siap ada wifi lg untuk yg rajin berinternet.


Aku mmg rajin ke Selayang berbanding rumah abang kat Gombak atau kakak kat bangsar. Ada lagi adik lelaki aku Yue, tinggal di Kepong dan adik bongsuku Eiza di Puchong. jadinya kami 6 beradik di KL manakala 3 lagi di kampung. Aku ngan kak Tija, kakak ketiga aku ni mmg rapat. Dulu masa aku menyewa di Sri Gombak boleh dikatakan hujung minggu aku akan ke Selayang. sekarang walaupun sudah beranak aku masih mengunjunginya. Kadang-kadang bermalam di rumahnya. Bukannya apa seronok sembang adik beradik nie. Lg pun akak aku nie perangainya lebih kurang cam aku juga. Berhati lembut dan senang berbincang agaknya sebab itulah ngam kot.

Kak long aku kat Bangsar tuh aku segan sikit maklumlah kakak sulung lg pun aku dgn abg long tak berapa rapat. walaupun dulu masa mula menjejakkan kaki di KL umah dialah yang aku duduk sampailah aku dapat umah sewa. Lagi pun aku segan ngan bang long bukan apa dulu dia pernah rekomen keje kat TNB dan dapat ttp masa tuh aku nak sambung belajar so sekarang nie pas keje wartawan aku merungut mengenai gaji yang tak banyak mana...aku cam malu dgn dia. Tak perlah rezeki aku sebagai penulis agaknya reda jerlah.

kakak aku yg kedua kak chak dia ni mmg kepoh sikit bukan sikit kepoh banyak mulutnya macam bertih jagung, ttp dialah penceria suasana. Agaknya sebab selalu jd wakil pidato time sekolah-sekolah dulu. kalau balik kampung mesti cari dia...sebab meriah rumah. dulu dia keje wartawan juga..wartawan hiburan. ttp lepas kahwin terus dapat KPLI skang nie seronok dgn kerjaya perguruan. Masa dia jd wartawan dulu aku cam admire kat dia..best jer bila tiap kali pulang dia bawa cd masa tuh kaset lagi. sangat banyak ok...t-shirt usah cakaplah sebab dulukan tiap kali launch album mesti dapat baju. masa tuh dia baik ngan kumpulan Iklim dan Black Rose. Wahhh..sangat best bila dia kawen black Rose dtg umah hahhaha teruja sangat. Masa tuh terasa seronoknya jadi wartawan dapat brg free, jumpa artis, ahli politik sukan dll...dan aku angan-angan nak ikut jejak langkah dia.

Dia juga banyak bg semangat kat aku sama ada masa belajar atau lepas kawen. aku ingat lagi masa dua hari lepas kahwin dan nak balik ke rumah mak mentua aku kat n9 aku bereya-eya menangis dalam pelukannya. rasa shahdu sangat. dalam tangisan dia menasihatkan aku, "jadi isteri yg baik. Rumah tangga macam-macam dugaan. pandai-pandailah hadapinya."

1 comment:

Cikgu Liza said...

Kak Chak tu aku rasa aku tau yang mana.Yang sekolah sama dengan Sariza tu kan? Aku ingat dulu masa sekolah ko selalu bawak gambar2 artis ni.Siap hantar surat kat Kumpulan Graviti lagi...Jangan tak caya aku pun pernah bercita2 nak jadi wartawan.Tapi jadi second choice la, lepas guru.Lepas aku baca macam2 pengalaman korang semua pasal dunia kewartawanan ni.Aku rasa aku ni tak sekuat korang semua.Hanya orang2 yang kuat saja sesuai jadi wartawan ni.Tabik spring...Mujur la aku jadi cikgu no...