Monday, January 12, 2009

Hikayat 1001 Malam Mawi & Ekin

Layan gambo-gambo dulu yer...
Aku tak dak bergambo ngan pengantin ttp ada bergambo dgn bekas tunang pengantin
masa makan beradab

Ina, suhaimi dan Hardie


Hiasan kat luar dewan

Meja makan pengantin



Meja press kat belakang uols..sebab tuh tak nampak sgt Mawi ngan Ekin ni


Pelaminnya biasa sahaja terlalu simple. nasib baik ada lampu-lampu tuh kalau tak..tak cantik langsung

Semalam aku ditugaskan menghadiri majlis perkahwinan Mawi & Ekin kemuncak perkahwinan di Palace Of The Golden Horses. Majlis bermula jm 8.30 malam ttp jam 7 aku sudah terpacak di hadapan dewan nan indah berkonsepkan Hikayat 1001 malam. Meriah sungguh penuh berwarna-warni, cahaya neon di sana-sini. tetamu ramai memenuhi tema lelakinya berjubah serta bertopi arab manakala wanita berselendang di kepala. Menarik juga... inilah julung-julung kali majlis perkahwinan artis berkonsepkan Arab.

Sementara menunggu majlis bermula mata liar memerhati artis-artis yg datang antaranya bakal pengantin baru Que Haidar dan Linda Jasmin, Linda On dan teman tapi mesra yg baru Mat Salleh gitu. Fahrin bawa Shca ko pun sibuk juga bawa teman lelaki Linda oiii..Cukup2 lah tuh. Fouziah Gous ngan Iqram Dinzly ini pun sama juga jika ditanya teman ttp Mesra macam ler wartawan tak tahu nak cover line ler tuh OPppsss ..terlebih sudah. Kak Nita ngan abg mahatdir, pelajar AF mmg ramai..cam reunion dia org pula. Sambil tuh dok bergosip lah dengan teman wartawan kat sebelah mengenai Mak Iti kita..patutlah tak datang rupanya majlis hari jadi dia 11 Januarikan??? haa...Rozita Cik Wan pun ada juga..cantik sangat patutlah Datuk K mengejar dia skang nie. Makan hatilah Mak Iti kita. Sian diakan...ttp menarik juga gosip terbaru yg aku dengar ni...iskk..iskkk jika betol bagai dikata ...Kasihan!!! sudah nasib badankan. Nak buat macam mana tanggung sajalah Mak Iti oiii. Ko yg nak sgt kahwin dgn Datuk K kan???sempat juga jumpa rakan-rakan wartawan Siti Dimiati, Juan, Ajib, kak Ros dan ramai lagi..maklumlah aku mmg dah lama sangat tak turun function hiburan. Bila bg tau anak dah dua terkejut korang eekkk...
hehheheh sorry nak citer lain terciter lain plak kekdahnya...
Ok..hebatnya majlis kahwin Mawi dan Ekin kali ni..segalanya indah belaka. Ntah berapa jutalah habis (ini kalau tak dapat sponsorlah). Lampu sahaja 400 biji, bunga-bungan lagi, pelamin semua, pakaian Rizalman tuh dekat RM65 ribu..pakaian Mawi RM15 ribu aduh..aduh...tidakkah ini pembaziran yg nyata. alangkah baiknya duit itu disedekahkan kepada mangsa Palestine di Gaza. Mudah-mudahan Mawi dan Ekin telah melakukannya. Apa lagi yg hebatnya...semuanya hebat-hebat belaka seperti perkahwinan putera dan puteri raja Timur tengah dalam cerita Hikayat 1001 Malam.
dalam mata dok liar melihat tetamu yg datang ternampak Ina Naim suaminya, suhaimi serta anaknya di belakang mejaku. aku pun tanpa membuang masa terus bersalam dengan Ina dan mengambil gambar. Macam mana perasaan Ina kan melihat bekas tunangan di pelamin nan indah. kalau aku ler tobat nak datang. Ttp aku respek ngan Ina nie muka sentiasa senyum walau dlm hati hanya Tuhan yg tahu. tentulah sedikit sebanyak dia terasa juga melihat jejaka yg suatu ketika dulu bertakhta di hati, berambil dan berantar dr Felda taib Andak ke KL untuk uji bakat AF, berkongsi cekodok bersama kini menjadi milik orang. Iskkk..iskkk hati perempuankan walau sekeras mana...bisa lembut juga. Tak perlah Ina dia pun berbahagia sekarang dengan anak yg comel bernama Hadie El fardie. Sedap nama itu.
Masa nak balik Ina sempat jumpa ngan Ibu Mawi. rasanya dorang nak jumpa dengan mawi dan Ekin sebab lama tunggu kat tepi meja makan tuh sian pulak aku tengok ketulusan hati Ina nie. Ttp akhirnya tak dapat jumpa sebab mawi ngan Ekin terus turun untuk potong kek. Ntah agaknya mawi buat-buat tak nampak kot. Iskkk..jahat plak mulut haku nie. Yerlah uols...aku tak pandang mawi ngan Ekin sangat sebab dok tengok si Ina ni. Dia sangat menjadi tumpuan pd malam itu. aku suka...
Kali ni yg aku perhatikan mgkin tetamu lain juga kot Ekin tak lepas laku macam majlis yg sudah-sudah. Tak derlah tangannya melambai ke sana-sini, mulut becok nak berbual sedangkan ko tuh raja sehari jagalah perilaku sikit. Agaknya sudah ditegur kot. Gitulah baru namanya raja sehari. Nampaklah manis dan sopan sikit. lepas ni mereka ke Korea pula berbulan madu di sana..moga berbahagia hingga ke akhir hayat. AMIN.









6 comments:

ANAKIRANA said...

tudia..bila wartawan manulis :)

kiranya betul gosip datuk K tu..kasihan la mak iti ku.hhi..tp padan muka jugak sbb dulu dia yg pilih kan ..hmmm artis2 ..

kite 'tertengok' smlm majlis depa ni ..hmm..yg kelakar nya kain kikis tu tersangkut hahaha..tak da budak nk tlg bwk kain dia tu ..hehehe...hmm 2 kali lak tu..pastu npk muka dia cam bengang jer..tp pura2 senyum atas pelamin ..hehee

haha..kite sgt la tak suka ..apsal astro ni promo abis2an..smlm tertengok..yg sblm2 ni tak tgk pon..baca gosip kat forum cari jer yg kata kikis tu tergedik2 atas pelamin...


owh ina pegi jugak ek..bagus la tak berdendam...


pssstt..kalo ada inteview ngn mak iti..smpaikan salam kite tau ekkekekeke ..tetap minat kat dia..sbb dia comei!

INTAN said...

aku nk gelak tgok masa kuda yg bwk dwang tu..ala2 buat peragai....xsalah ke kuda la..sapa suh letak bunga api kat tepi dia..klu aku jd kuda pn aku terkejut kan? (pehal lak aku nk jd kuda kan?)
nasib le kuda tu x lari tojan dlm tasek...(aku tunggu2 jugak...)

wakkakaka

MummySuri said...

Mak iti sangat tabah menepis segala tohmahan mengenai laki tercinta, sekeras tembok batu gitiew...gamaknya mak iti dah kalis dengan segala gosip sebab sayang benor kat laki bermisainya tuh...
kalau dah asal orang kg.com, tak yah lah blagak nak jadik orang kaya...dah sah2 engkau tu golongan marhaen saja kat mahmodiah tu ekin...sib baik le mawi tuh kaya instant, merasa lah pakai gucci, kalau tak, guess saja le jenama paling hebat yang dia ada...tak gitiew??? hehehe.

firdaus said...
This comment has been removed by the author.
suziey said...

Erm..kesian tgk Ina..Tapi takper, dia dapat suami yg benar2 sayang kat dia. Mawi tuh entah ikhlas ke idok sayang ekin kat dia...Tapi klakor abish bila tgk kuda tak mo jalan dan bila jalan laju semcm jee. Tukang bawak kuda pun dah muka suspen je, takut kuda melatah lari keliling tasek, last2 terjun dalam tasek. Terus esok muka depan akhbar, pernikahan berdarah...hehehehe

firdaus said...

kita tgk gak 1001 mlm tu kak..tp sambil iron baju la sbb jeles sbb mawi kawen dgn ekin..xsesuai laaa...ekin tu nmpk mcm beriya bila berckp..bab dia cium tgn masa salam pon paling tak suka kan..
mlm tu gak kita tertarik sal kuda la..sbb kita kan veterinary..mmg marah la sbb bunyi bunga api tu yg menyebabkan kuda tu terkejut dan stress tau..lagi satu org ramai pon blh stress,.,,cian kuda tu..cameraman lak sibuk amik gambar dgn flash nya sekali..nasib la kuda tu tak melompat n lari sampai ke gaza..huhuhu
nasib kuda jinak,,,kalo tak, cian la mawi..
ina naim bagus la...maintain...tp kesian la kalo dia dtg nak jumpa mawi, tp mawi buat tak tahu..koya mawi...alah rasa mawi kawen pon sbb ina naim kawen..kalo tak, dia tak kawen lagi rasa...so, pilihan mawi tu pon main amik je la kot...
heheheh