
Dahulu aku pendengar setia radio Era,

Sebabnya aku suka mengikuti rancangan Pagi Di Era bersama K& K (Kieran dan Kriel),
Suka mendengar topik-topik pagi yang diutarakan mereka,
Suka mendengar luahan rasa pendengar, sama ada kisah sedih atau lucu,
Banyak kisah-kisah kekeluargaan, lucu, sedih, yang boleh membuatkan aku ketawa, tersenyum dan menangis...Besar penangannya kan????
Tatkala itu, aku menjadi pendengar setia radio ERa, pagi dalam perjalanan ke tempat kerja, kemudian pulang drp kerja masih memutarkan radio Era.
Kemudian Era membuat rombakan lalu menukar penyampainya Kriel ditukarkan ke SinarFm dan pengganti tempat Kriel Adi dan Nana bersama Kieran.
Ohh terus membuatkan mood pagi aku berubah, aku tidak suka mendengar celoteh budak-budak atau penyampai yang nada suaranya seakan menjerit. Sakit telinga aku...
disebabkan penukaran penyampai aku tercari-cari radio pilihan ketika itu,
dan ketika itu Hotfm sedang menyerlah,

Teruja dengan iklan di Tv, aku menukar siaran kepada hotfm yang ketika itu penyampainya adalah Faizal dan Farah Fauzana (dua-dua dulunya penyampai Era).
Mereka menggunakan konsep sama seperti Era, tetapi mungkin kerana kurang sesuai dengan citarasa aku ketika itu, kerana lebih banyak menyogokkan lagu-lagu Indon, aku menukar siaran radio setiap kali masuk ke kereta, semua radio aku dengar termasuklah HitsFm,RedFm, IkimFm, SuriaFm...di mana lagu sedap dan sesuai jiwa di situlah aku mendengar.
Dan setiap kali menaiki kereta suami dia mendengar siaran SinarFm,
"ohhh naper dengar sinar? stesen untuk orang tualah," kataku sambil menukar channel lain. Lagu-lagu pula adalah lagu lama zaman 70,80 dan 90-an. Begitulah setiap kali aku masuk ke keretanya aku akan menukar siaran radio.

Namun lama-kelamaan aku mula menyukai Sinar disebabkan penyampai Salleh Yaakob (SY), Kak Engku (KE) dan Kriel yang selamba dengan topik2 semasa yg pelbagai dan menyentuh hati. Paling penting sepanjang perjalanan ke tempat kerja mereka menjadi peneman setia aku, boleh membuatkan aku tersenyum dan ketawa terhibur dengan telatah mereka.

Namun lama-kelamaan aku mula menyukai Sinar disebabkan penyampai Salleh Yaakob (SY), Kak Engku (KE) dan Kriel yang selamba dengan topik2 semasa yg pelbagai dan menyentuh hati. Paling penting sepanjang perjalanan ke tempat kerja mereka menjadi peneman setia aku, boleh membuatkan aku tersenyum dan ketawa terhibur dengan telatah mereka.
Semalam ketika membaca akhbar, Radio SinarFm (yg dulu aku labelkan sebagai radio untuk orang tua) menjadi pilihan nombor satu pendengar mengalahkan Era dan Hot. Wow begitu cepat sekali...
Mungkin jg pendengar seperti aku yang berusia 30-an ke atas mendengar Sinar kerana suka kepada penyampai atau lagu-lagu yang seiring zaman. Sesuai jiwa kata orang...Yerlah kalau dengar lagu-lagu sekarang (terutama pelajar AF..oh aku kurang berminat) baik dengar lagu-lagu pada tahun 1980-90-an yang tentunya meruntun jiwa serta boleh membuatkan kita bernostalgia lama.
Kadang-kadang dengar lagu-lagu lama nyanyian Uji Rashid dan Hail Amir, Sharifah Aini Dayangku Intan, serta kumpulan rock kapak seperti Olan, Meditasi, Mega, Putra, Wings, Kris dan ramai lagi lebih baik drp mendengar lagu-lagu sekarang yang menyakitkan halwa telinga.
P/s: Suka juga dengar pagi di Era bersama Pak Nil dan Allahyarham Din Beramboi...kelakar sangat..tapi arwah sudah tiada...Era pun sudah tidak seceria dulu...entahlah dah lama tak on radio Era.









