Saturday, January 31, 2009

jom ke Zoo

Humangaiiii...banyaknyer gambar. sajer jorkk nak jaja muka sendiri. Udah lama plak tak tempek muka sendiri dalam blog sendiri. Ni gambar2 masa balik raya cina baru-baru td. Pegi berkelah kat Taiping pastu terus ke Zoo Taiping. maklumlah dah lama benar tak datang..kali ni elok ler bawa Durrani biar dia mengenal binatang plak.
Peginya hari Isnin seramai..ehhmm..5 buah kete..mula-mula kita pg berkelah dulu kat Bukit Larut. sampai jer mmg bercentalah nak masuk. ramainyerr...semua org teping pg mandi air terjun kerr??? naper tak kita org jer kan senang. lama jugalah menunggu parking lastnya park kat bawah. berpeluh juga ketiak berjalan kaki sambil dukung Fahim. Sib baik akak aku dah sampai dulu dia dah cari tempat nak lepak awal-awal lagi. aku teringin nak mandi sebenarnya..ttp sapa plak nak jaga Fahim. Lastnya Durrani jer yg mandi ngan en hubby. Bukan main sonok lagi dia...cadangnya pas mandi mahulah makan bekalan yg dibawa..nasi bersama lauk pauk sambal udang, masak lemak ketam, ikan kering, ulam-ulaman ttp tak kesampaian.

Jam 3 cuaca dah redup tanda hari mau ujan.kelam kabut lah berkemas. Sampai jer kat kete ujan turun dgn lebatnya...Terpaksalah cari port lain nak makan...
Jam 5.30 ujan berenti kita org rancang ke Zoo pulerr...haruslah meredah ujan yg ala2 gerimis itu. Berpayung beramai-ramai...hampir 20 orang kot. Mahal juga bayaran masuk RM12 seorang kanak-kanak RM8 dekat RM200 juga untuk tiket masuk. Mula-mula mahu ler belanja dorang2 semua masuk zoo ttp abg ipar aku dah terlebih dulu bayorkan..hhhehehe gitulah kalau dah ramai2 ni masing2 nak kuarkan duit. Tak per nanti masa makan...plak turn aku.

Jalam dalam zoo terasa aman sikit maklumlah fahim masuk jer stroler terus tido dengan lenanya. penat sgt agaknya. pas fahim jaga Durrani plak masuk stroler...kita org kat sana sampailah zoo tutup barulah keluar. Pastu singgah masjid solat dan teruskan agenda jalan-jalan cari makan...akhirnya dalam kesesakan..jam yg teruk di taiping kami singgah makan di Bagan Samak. Ttp aku tak dpat join makan...hanya di dalam kete menjaga anak-anak yg tido lena. Fahim dgn Durrani tido dengan lenanya. beli bungkus sajorrkk...

Durrani kena paksa masuk stroler
Cam bosan jer...nak jalanlah mama. dah besar dah
tengok zirafah...Fahim takut ler

Haruslah aku bergambo di hadapan Zirafah

Jalan ramai-ramai

Muka aku lagi..muka aku lagi...

Durrani nak nangis..takut tengok rimau

Anak teruna ni tido lega sket

Cekcilah dia...panaslah kat Bukit Larut

Isi perut dulu..










ke KLIA kiter...




fahim tak nak dok dlm stroller plak






mak aku dua dr kanan.
hari ni pagi-pagi lagi sudah bangun. Mau ke KLIA bukan mahu terbang ttp menghantar mak dan abah menunaikan umrah. cadangnya mahu bertolak bersama kak tija dan abg E dari Selayang. tapi biasalah ibu-ibu yg ada anak kecik ni mmg selalu lewat. Tak leh nak kata apa dah akak-akak eden mmg faham sgt dah. Janji kol 8 pagi ttpnya kol 9 barulah ada dlm kete. Durrani punya pasallah..(salahkan anak plak hehheh) liat plak nak bangun pagi selalunya kalau time keje senang jer kol 7 dah bangun. Ttp hari ni kol 8 tak bangun lagi. last-last aku kejut dia...siap dia cakap tak mo..tak mo pegi. alahai anak aku nie..pas pujuk-pujuk kata nak tengok plane barulah nak.

Laki aku apa lagi memecutlah pagi-pagi 120/140km/j pastu baru ingat kat highway 120 jer kan. jgn ada speedtrap sudah. sampainyer hampir2 mencecah 10 pagi. yang lain semua dah ada kiranya aku larrr paling lewat sekali. sembang-sembang sambil layan durrani jalan...manjanye bukan main....tarik tangan aku larrr..nak berdukung lah...adiknya ok jer dia yg lebih-lebih. Kol 11 pagi barulah mak ngan ayah aku masuk. penerbangan 12.45. rasa sedih lah plak wpun cuma 2 minggu jer..InsyaAllah semoga semuanya selamat. Aku suruh mak aku doakan sesuatu kat sana. Harap2 mak aku ingatlah.

Time nak balik lagi sekali Durrani buat perangai...haiii sejak dua menjak ni perangainya mmg menguji kesabaran betol. sabar jerlah...boleh dia nak ikut mak ngan ayah aku masuk dalam. menangis, menjerit2 ni nak masuk juga. aku dah kata pasport tak ada tak leh masuk...nanti kena tangkap polis. manalah dia faham ..last2 aku bawa lari masuk dlm kete. pujuk2 barulah mau diam. Pastu singgah kat kedai mamak kat SEpang tuh...lg sekali perangainya menguji kesabaran aku. Merengek minta tepon..aku ingatkan tepon dlm kete so dukunglah nak pg kat kete...sampai kat satu kedai sebelah kedai mamak tuh dia tunjuk tepon mainan....aduhhh!!!! bila plak dia tahu situ ada jual tepon. sebab tak nak bg nangis beli ler...main lah sekejap...pastu minta lowi..plakkk...hasben aku dah jeling-jeling dah. kalau dgn hasben aku dia takut sikit...ehhmmm..tak der takut aiiahhh..tetap minta juga..last2 hasben aku pg beli. barulah senyum sampai ke telinga dapat tepon ngan lori.




Thursday, January 29, 2009

moga selamat hendaknya

Pulang ke kampung amat menenangkan. Melihat sawah padi terbentang luas, daun nyiur melambai-lambai membuatkan aku lupa seketika kehidupan kota. Tambah pula memandang wajah mak dan abah serta merasa masakan mereka aduhh..mahu rasanya aku lebih lama di kampung. Bagi aku kampung adalah segala-galanya. Bercuti panjang dan pulang ke kampung adalah terapi paling berkesan. Sungguh aku lupa seketika pada kerja, pada deadline yang semakin hampir, pada tugasan yang perlu dilakukan. Tambah pula berkumpul bersama adik beradik lain, jarang sekali dapat berkumpul begini. Cuma setahun sekali tatkala hari raya sahaja. Kali ini kepulangan aku dan adik beradik lain kerana kenduri kesyukuran sempena pemergian abah dan mak ke tanah suci menunaikan umrah. Kata abah mungkin pemergian kali ini untuk kali terakhir sebelum pasport tamat tempoh Mei nanti. Nampaknya abah masih bercita-cita mahu menunaikan umrah lagi walaupun aku rasa sudah lebih lima kali dia ke sana. Kata kak long abah mahu membuat hatrik 10 kali menunaikan umrah. aku hanya tersenyum....biarkanlah dia bukannya menyusahkan anak-anak atau meminta duit anak-anak.

Kali ini abah membawa bersamanya seramai 6 orang, jadinya campur mak dan abah menjadikan semuanya 8 orang. Semuanya adalah jiran tetangga yang baru pertama kali menunaikan umrah. Dua tahun lepas dia membawa 12 orang jemaah bersama. Apa yang abah dapat???? ntah..mungkin dia suka menolong. Maklumlah ke sana memerlukan orang berpengalaman sekurang-kurangnya boleh menunjuk ajar jika salah dan silap. Itulah niat abah membantu sedaya mungkin. dua atau tiga bulan sebelum menunaikan umrah dia akan mencari beberapa orang sama ada org kampung atau saudara mara yang ingin menunaikan umrah. Jika sudah bersetuju dia yang akan menguruskan pasport dan mengisi semua borang dan dihantar ke agensi yang membawa abah ke sana. Aku kagum dengan semangat abah walaupun usia sudah mencecah 75 tahun tapi tenaga dan kudratnya masih kuat. Boleh memandu kereta ke sana sini menguruskan urusan menunaikan umrah. Malah urusan menukar duit juga abah yang uruskan. Pernah satu ketika dia membawa saudara yang tidak boleh berjalan ketika sampai di Madinah, abahlah yang menyorong kerusi roda ke sana sini sehingga pulang ke Malaysia.

Kali ini abah berangkat 31 Januari dan pulang 13 Februari nanti. Doa dan harapan aku moga abah dan mak sihat di sana serta tidak lupa mendoakan kesejahteraan kami, anak-anaknya. Aku juga teringin ke SANA. InsyaALLAh jika diizinkan ALLAH.
Semoga abah dan mak selamat pergi dan selamat kembali. AMIN...

Friday, January 23, 2009

cuti cuti mesia

Hari ini walaupun cuti tetap bangun awal macam biasa. Basuh baju pastu kemas umah. Lipat baju yang dah dua tiga hari tak lipat kemudian barulah kemas barang2 nak balik kampung. Hasben plak pagi2 dah kuar katanya nak service kete dan cuci kete sekali. Dah siap barang-barang nak dibawa balik...mak aiii banyaknya baju..kalau boleh semuanya nak dibawa balik. baju anak-anak dah satu bakul baju aku satu beg baju hasben 1 beg, bakul susu dan segala mak nenek lagi. Mmg penuh larr bonet kete.
tadi telefon kak chak kat kampung...dia ngan mak aku tengah lap pinggan mangkuk. Maklumlah esok nak kenduri. Sure bz punya petang ni. aku pun mungkin akan sampai dalam 4 lebih itu pun kalau bertolak jam 12 atau 1 ptg.
Cuti sampai Rabu depan. Sekali sekala kalau lik kg aku mmg cuti panjang barulah berbaloi. so aku bercutilah drp berblogger ini...yahoooo..nak balik kg.

Thursday, January 22, 2009

memey lagi...


Hari ni agak memenatkan juga. Ada ker hari yang tidak memenatkan bagi aku? hehheheh..

Datang pagi-pagi jer dah kena masuk meeting ngeh..ngeh..ngeh..meeting pulak kena brainwash sikit darp SGM mengenai opis dan tatacara bekerja siap ada moto lagi Min cost max profit itu ler lebih kurang moto untuk thn 2009 ni. Kena keja lebih kuat wpun ekonomi meleset kena cari lebih banyak projek-projek luar yg menguntungkan syarikat.

Pix ni diambil ketika Memey belum ditangkap khalwat. Masa interviu dia tak ngaku ada hubungan dgn Norman. Dua hari lepas mag. dijual kuar berita dia ditangkap khalwat.
Lepas habis meeting jer ada shooting dengan Memey pelakon kontroversi tuh. Ni kali ketiga aku buat photoshoot dengan dia. masih tatap cantik, jelita dan anggun. Cuma bezanya mmg dia semakin bijak menjawab soalan2 diberikan. Sonok berbual dengan dia macam2 soalan tanya dia..provokasi pun ada gak. Ttp dia rileks dan maintain jer menjawab cayalah...

Berkali-kali dia ulang dia hanyalah manusia biasa berikanlah dia peluang...manusia mana tak pernah buat silap.

Masa hantar dia kat kete aku sempat bg nasihat...semoga berjaya dalam hidup dan kalau nak jadi pelakon berjaya buat masa sekarang lupakan soal cinta, soal lelaki dan soal kahwin. Dia tunduk mengangguk-angguk sambil tersenyum.

Wednesday, January 21, 2009

ingatan di kampung
















gambar-gambar ni diambil masa balik kg raya haji dulu. dah lama juga ler lebih kurang sebulan lebih dah. Bila belek-belek gambar..ehhh..gambar ini belum dijaja haruslah dijaja dlm blog ni. Dulu masa Durrani kecik dia mmg susah nak dekat orang waima nenek dia sendiri. Tapi bila dah setahun lebih dia mulai mesra dan naik dua tahun dia semakin rapat. Ke mana nenek dia pegi dia akan ikut. pegi buang sampah, petik pucuk paku kat belakang umah, pegi tengok buah cempedak, pagi sembahyang semua nak ikut. Dah tak ada rasa takut lagi. Bila kat luar jer dia suka pegi kat bunga yang mak aku tanam ni...dan letak kat telinga. Cam org dulu-dululah. Mak aku ni pula hobinya tanam bunga dan bela kucing maklumlah tinggal berdua jer ngan abah apa lagi benda nak buatkan? Asalkan bahagia. Entry ini juga sebenarnya membuatkan ketisabaran aku untuk pulang ke kampung Jumaat ini. hehheheh sonoknyer..sebab kumpul ramai-ramai adik beradik. Boleh dikatakan semua adik beradik aku balik sebab kenduri sempena mak ngan abah nak pegi umrah 31 Januari ni.

Tuesday, January 20, 2009

mari bergambar




Gambar ini aku simpan sudah seminggu. Ala-ala macam...macam kat mana ya??? ketika berkunjung ke Pavilion KL untuk tugasan Nokia aku bersama kak Ema sempat ler bergambar di hadapan ruang legar tingkat 1. Bukan apa cemburu pula melihat pelancong asing bergambar di setiap ruang. Sedangkan aku warganegara buat tidak endah sahaja. Lantas aku keluarkan kamera dan minta kak ema bergaya, selepas itu aku pula. Aku rasa hiasan ini bersempena Krismas lepas dan sambutan tahun baru. maklumlah Pavilion sering dikunjungi pelancong asing, justeru menjadi lokasi beli-belah mewah. Sempat pula melihat butik-butik sekitar, jika sudah mewah harganya pun boleh tahan juga. Abaikan saja jika poket tidak penuh. Sebenarnya kata-kata ini ditujukan untuk diri sendiri.

ohh...

Semalam rasa sedikit aman. Bukannya sebelum ini tidak aman..aman juga tetapi semalam lebih aman. Jiwa terasa tenang, hati berbunga-bunga. Entah kenapa. Agaknya selepas deadline beginilah. Sebelum ini dihambat kesibukan membuatkan fikiran ligat berputar, badan lesu, minda penat memikirkan kerja yang belum selesai. Pabila sudah selesai, Mac menjengah pula. Nah!!! cepatnya sangat masa . Terasa 24 jam yang dipinjamkan Tuhan tidak mencukupi jika boleh mahu ditambah 25 jam. Terasa baru sahaja membuat isu Januari sudah mencari bahan Mac. Beginilah kehidupan sebagai wartawan pejam celik pejam celik 365 hari habis begitu sahaja. bak kata penyanyi Kris dayanti dalam lagunya ...Menghitung hari, detik demi detik, masa ku nanti apa kan ada (salah lirik maafkan ye).
Hari ini juga di pejabat agak aman. masing-masing membuat tugasan ala-ala manja sahaja. Ku pandang ke sebelah ehhmm tinggal berapa kerat sahaja yang tinggal wartawan Jelita. daripada ramai tinggal bertiga. Yang tinggal ini sajalah harus memerah otak, mencari bahan untuk pengisian sebuah majalah. Sepatutnya dalam sebuah organisasi yang maju kaki tangan bertambah ramai tetapi di sini semakin mengecil. Rakan-rakan lamaku juga ramai yang sudah tiada. Semuanya mencari rezeki di tempat yang lebih bagus dan besar. Menjanjikan pendapatan lumayan. Aku pandang depan melihat bilik editor yang sudah kosong kerana editornya berpindah ke bilik sebelah. Hahahha...tempat aku?? cuma malas mahu mengangkat barang masuk ke bilik. Lebih selesa di luar, bersama kawan-kawan. Pening menulis boleh juga berbual dengan rakan sebelah. Nantilah cukup tempoh 6 bulan mungkin...firasat aku saja.
hari ini lunch di Jalal bersama sahabat lama, Bennie. Wahh bukan main ceria lagi sejak bertugas di NSTP. Keceriaannya ada kaitan dengan kebahagian. Mana mungkin tidak ceria jika segalanya mewah di sana. Ohhh..alangkah bahagia mendengar ceritanya. Tapi aku yakin kebahagian dan keceriaan orng dizahirkan dalam rasa yang cukup berbeza dan aku bertambah yakin tiap insan berhak bahagia tetapi dengan cara berbeza.
Petangnya...Ohhh!!! tidak perlu ditulis. Cukuplah jika dikatakan pertemuan menjanjikan kegembiraan. Ceewah..bunyinya agak jiwang. Saja sudah lama tidak melayan perasaan. Siapa kata orang yang sudah berkahwin tidak boleh melayan perasaan. Perasaan mereka lebih menggunung dan bunga-bunganya mekar berkembang. Hahahhaha...merepek sudah.

Monday, January 19, 2009

bila Durrani ke pejabat











Sabtu lepas aku terpaksa bawa Durrani ke pejabat. Sebabnya aku kena check bahan yg dibuat oleh grafik artist Wan. En. Hubby jaga anak yang kecik. Bawa dua2 karang langsung keje tak jadi. Malas plak nak hantar kat baby sitter lg pun aku pg opis kejap jer. Jam 1.30 petang baru aku bertolak dengan bekalan makanan maklumlah karang Durrani ngamuk nak balik adalah juga benda aku nak kasi. Siap beli kete mainan lagi masa singgah ke 7eleven. Sampai jer Durrani agak excited maklumlah kali pertama aku bawa dia ke tempat aku bekerja. pegi kat meja aku dia tengok gambar yg kat atas meja terus dia sebut Aim..AIm..padahal gambo tuh gambo dia masa umu 4 bulan. puas aku terang dia tetap kata tu gambar Fahim. pastu mulalah dia main-main telefon kat tempat aku, angkat sambil sembang2 ntah haper2 ntah dia cakap. pastu pg kat tempat Suzi plak main tepon kat situ. Sambil tarik-tarik mouse Pc tuh. aku marah..dia pg plak kat meja Faks angkat tepon kat situ. Bila aku nak sembahyang masuk bilik dia nak main plak tepon kat atas meja kak ema tuh. Kalau boleh semua tepon nak angkat..dua jam dok main-main dia mulalah bosan dan ajak aku balik. Sib baik dah habis cek bahan. kesimpulannya kalau nak buat keje jgn bawa anak...mesti keje tak jadi.




Sunday, January 18, 2009

AJL untuk yg terbaik...

Sebenarnya aku tidaklah mahu memberi sebarang komen dalam blog ini seandainya AJL kali ini milik penyanyi Sampai Syurga siapa lagi kalau bukan Faizal Tahir. Tetapi telahan aku meleset sama sekali dan pemenangnya di luar dugaan. Maksud aku bukan Meet Uncle tidak bagus. Mereka sangat bagus jika tidak takkanlah sampai ke AJL. Tetapi ada beberapa perkara yang aku rasa tidak logik. Persembahan Faizal malam tadi mmg best dan meletop dan sememangnya persembahan untuk sebuah pertandingan yang gah seperti AJL. Bukan sekadar melepas batuk di tangga. Tetapi entah di mana silapnya, dan bagaimana penjurian sehinggakan Faizal yang memenangi 3 anugerah iaitu Vokal Terbaik, Persembahan Terbaik dan Juara kategori Balada kalah di tangan kumpulan Meet Uncle Hussien yang hanya memenangi satu kategori sahaja.

Bukankah kemenangan 3 kategori itu sudah cukup kuat untuk menobatkan sesebuah lagu sebagai juara? Memang aku faham AJL adalah anugerah untuk memartabatkan lagu dan bukannya penyanyi. Pada pandangan aku yg dangkal mengenai muzik ini, adakah lagu itu boleh dianggap terbaik hanya begitu sahaja??? Adakah ia boleh berdiri sendiri tanpa penyanyi yang bagus???...dan penyanyi itu pula dianggap bagus kerana dianugerahkan vokal yang hebat dan mantap. Dan bukankah sesebuah lagu itu dikategorikan lagu terbaik apabila adunan lirik, susunan muzik kemudian disampaikan oleh penyanyi yg baik???? Ini kerana telinga yang mendengar bukan sahaja tertarik pada irama yang sedap tetapi juga vokal yang sesuai dengan lagu. Vokal yang dilontarkan itulah yang menyebabkan lagu itu menjadi sedap lantas dianggap lagu terbaik??? bukahkah???

Jadinya apabila malam tadi lagu sampai Syurga tidak menjadi juara, aku agak sedikit tidak percaya kerana pada pemahaman logik aku apabila seseorang penyanyi memenangi Vokal terbaik ia sudah cukup kuat menobatkan lagu itu sebagai terbaik. Tambah pula lagu itu memenangi kategori Balada. Bukahkah dalam sistem penjurian apabila kemenangan untuk 3 anugerah maknanya hampir 2/3 % markah sudah menjadi miliknya?? atau mungkin juga penjurian untuk lagu terbaik berdasarkan melodi dan liriknya sahaja. Jika begitu tidak perlulah artis menyanyi?? Jika dilihat daripada segi lirik memang kedua2 lagu mempunyai kelebihan, tetapi aku rasa lagu sampai Syurga disusun lebih puitis berbanding Laguku Untukmu (hayati lirik dibawah)

jadi aku membuat analogi begini sebagai contoh:
Di dalam kelas Amar (bkn nama sebenar) mendapat markah terbaik dalam Matematik, Fizik dan Biologi. Tetapi Ramlan (bukan nama sebenar) dianugerahkan PELAJAR TERBAIK kerana sebab-sebab lain.

Mungkin juga:
Meet Uncle Husin memenangi AJL kerana AJL ingin menaikkan kumpulan Indie seterusnya memperkembangkan industri hiburan tanahair. Spt juga kemenangan Exstrengs pd tahun lepas. Aku juga tidak menolak sama sekali kemenangan Meet Uncle Hussin kerana lagu mereka FRESH, tiada campuran drp Indonesia serta beridentitikan lagu Malaysia. Itulah yg dicari dalam AJL (ini berdasarkan pandangan juri setiap kali aku menghadiri PC AJL suatu ketika dulu). Jika begitu berikanlah Vokal terbaik kepada kumpulan ini. Jika tidak anugerahkan vokal terbaik kepada artis lain supaya tidak nampak ketidaklogikannya disini. Mungkin juga vokal terbaik Farawahida, manakala persembahan terbaik Faizal Tahir kerana dia memang terbaik pada malam itu dan Juara Lagu kpd Meet Uncle Husin. Ini cuma pandangan drp aku yg dangkal mengenai muzik.

SAMPAI SYURGA – FAIZAL TAHIR
Kumembenarkan jiwaku tuk mencintaimu
Kupersembahkan hidupku tuk bersama kamu
Dan diriku untuk kamu
Belum pernah kumerasai begitu
Semua itu telah berlalu harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu terus kutertunggu
Di hatiku masih kamu

Belum pernah kuingin terus menunggu
Oh aku lemah tanpa kamu kuinginmu dampingiku
Aku fahami aku bukan terbaik tuk dirimu
Sampai syurga kumenunggu
Sampai syurga kucintamu hanya satu hanya kamu
Kumembiarkan hatiku tuk merinduimu
Kumenghamparkan sakitku tuk tatapan kamu

Bersamamu harapanku
Hilang dalam terang yang membutakanku
Dan segala yang kuada
Kuberikan semua untuk dirimu saja
Kumahu dirimu bahagia tuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu agarku sempurna

Namun aku tetap aku yang terbaik tuk diriku
Hanya satu
Aku lemah tanpa kamu
Kuinginmu dampingiku
Aku fahami aku bukan terbaik tuk dirimu
Sampai syurga kumenunggu
Sampai syurga kucintamu
Hanya kamu

LAGU UNTUKMU - MEET UNCLE HUSSIENT
Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicela
Bagai kulumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini takkan berubah kerna
Aku tetap aku dan alur hidupmu bukanlah aku
Guna hati akal dan fikiranmu
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
Adakah aku hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari-jarimu
Kupunya hati dan perasaan
Pernahkah engkau fikirkan
Cukup-cukuplah oh cukuplah
Guna hati akal dan fikiranmu
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
Tak tahan tak
tak tertahan
Melayan sikapmu perawan
Berbeza berbeza kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa
Bebaskan bebaskan kuingin dilepaskan
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah sampai di sini
kita berdua

*** Tiba-tiba En. Hubby yang tak menonton AJL, tidak mengikuti perkembangan AJL, tidak minat Faizal tahir juga penyanyi2 lain, tidak mengikuti perkembangan hiburan tiba-tiba memberi komen mengenai kemenangan AJL pd malam itu.

Saturday, January 17, 2009

alahai JUmaat


Jumaat, 16 jan 2009, penatnya rasanya hari ini. Sepatutnya hari Jumaat paling ditunggu sebab esoknya cutikan. Tapi aku.ehhmm..ehhmm memikirkan layout yg belum selesai. Akhirnya dalam keterpaksaan dan penuh rasa tanggungjawab aku terpaksa ke pejabat esok kerana perlu meng'check lay out sebelum dihantar ke printing. tengah hari tadi aku ada asgn di Kemensah Height bersama jurugambar Jasmin Ramli. Ini asgn aku kali pertama selepas peristiwa dia tidak menghadirkan diri untuk asgn aku 2 minggu lepas tanpa sebab musabab. Aku kira mungkin dia sudah berubah. tepat jam 3 petang ketika memasuki jalan belakang Zoo negara aku terlihat keretanya dan terus mengekorinya kerana aku sendiri tidak tahu di manakah rumah Liyana Jasmy pelakon film Maut itu. Setelah menelefon ibu Liyana Jasmy beberapa kali akhirnya bertemu juga.
Ehmm besar rumahnya. Banglo dua tingkat, rekaan moden kontemporari. Di kiri dan kanan bukit bukau masih menghijau. AGaknya berapa juta banglo mewah ini ya? Rumah milik Liyana Jasmy dan keluarganya itu baru diduduki. Sebab itu bahagian ruang tamu bawah tiada perabot cuma menempatkan sebuah meja.
Sampai sahaja aku terus menuju ke biliknya kerana tugasan kali ini berkenaan himpunan barang peribadi milik jasmy berkonsepkan lifestyle. Setelah berbicang dengan Jasmin mengenai gambar yang aku kehendaki dia menjalankan tugas dengan penuh kusyhuk. Aku pun tidak bertanya banyak..tidak juga mahu mengingati perkara lalu. JIka dia sudah berubah alhamdulillah.
Anak orang berada sudah pasti barang-barangnya juga berjenama. namun Liyana tidak mahu terlalu banyak barang berjenama diambil takut disalahtafsir peminat mahu menunjuk-nunjuk. Ya lah jika Gucci dan LV yang entah berbelas ribu mampu dimiliki gadis yang baru mencecah 22 tahun ini, itu menandakan dia memang mewah. Aku akur lalu mengambil gambar yang ada sahaja. Akhirnya fotografi tamat setelah satu setengah jam dan selepas itu aku pulang ke pejabat kerana ada meeting penting yang perlu aku hadiri bersama team iremaja, kak ani dan promotion. Besar juga kes ini, seakan tidak percaya apa yang berlaku. Di dalam meeting aku cuma menjadi pendengar, lalu membandingkan cerita yang aku dengar menerusi mulut seorang jurumekap.
Yes!!! tidak syak lagi kebenaran sudah terbukti cuma mahu dikumpulkan bukti. Dalam meeting tadi juga buat aku kelu dan terkedu, melopong mulut seakan tidak percaya. Benarkah..benarkah...benarkah??? mengapa..mengapa dan mengapa.. Moga ada penyelesaiannya dan minta dijauhkan daripada benda-benda kurafat, ilmu hitam serta black magic ini. AMIN

Friday, January 16, 2009

shooting cover

Semalam shooting cover dengan pelakon, model dan duta Lipice Lisa Surihani tidak begitu menggembirakan. Kerana apa? kerana pakaian yang kurang memuaskan. Sehari sebelum itu aku menerima panggilan telefon daripada pegawai perhubungan awam MIG, Zubir, "kak ct Lisa free esok, hari-hari lain dia dah start shooting drama dgn film. Ntah bila dapat buat fotografi,"
Wah..masa begitu suntuk Untuk mendapatkan sponsor baju dalam masa singkat mmg susah. Untuk butik terkenal seperti TopShop, Esprit, Zara sekurang-kurangnya mengambil masa seminggu. Dalam buntu aku terfikir untuk meminjam drp butik Blook yang terletak di Bangsar. Mujur Pr Adeline tiada masalah kerana sudah biasa dengan aku. Siap memesan agar aku menyimpan majalah untuknya. Petangnya aku ke Blook, meninjau baju yang sesuai dipinjam. Aduh pening kepala susahnya mencari baju untuk konsep kali ini.
aku menghantar SMS kepada Zubir, " Liza boleh seksi tak?"
"Sorrylah kak tak boleh."Namun aku tidak bertanya lanjut pengertian seksi baginya..adakah memakai skirt paras lutut dianggap seksi..atau dres tanpa lengan juga seksi baginya. Oleh kerana tiada pilihan aku mengambil dres biru tanpa lengan, kemeja T biru dipadankan jaket berkait dan kardigan berkolar. Satu skirt dan skiny jean.
Pagi semalam ketika Lisa datang sesi fotografi aku terus menunjukkan baju kepadanya. ALahai...skirt tidak boleh, dres tanpa lengan juga tidak boleh. Mujur masih ada 2 baju dan satu baju drp Dude & the Duchess yang aku pinjam untuk cover February belum dipulangkan kerana separuh masih ada di Mamas Dry Cleaning. Lantas aku meminta Lisa mengenakannya. namun dia meminta untuk memakai legging walaupun dres itu sudah melepasi paras lutut.
"Minta maaf kak Lisa mmg tak nak seksi. lagi pun betis Lisa besar tak cantik," katanya.
AKu menghormati keputusannya lagi pun tidak elok jika aku memaksa dia memakai apa yang aku bawa. Lagi pun mmg dia sudah beritahu awal padaku.
Mujur dia cantik dan pandai bergaya, jadinya pakailah apa sahaja memang kena dengan tubuhnya yang tinggi lampai itu. Begitulah jika sudah cantik.. aku bergurau, "Inilah bakal lawyer yang cantik dan seksi," dia hanya tersenyum sambil berkata, "tak adalah kak, janganlah kata macam tu,"

Thursday, January 15, 2009

kemalasan

Sudah dua hari tak menulis dalam blog ni. Rasanya semakin malas pula sejak dua menjak ini. Kemalasan ini bersangkut paut dengan kerja di pejabat dan di rumah. Rasanya badan pula semakin letih adakah faktor usia yang sudah mencecah 32 tahun? Mungkin juga faktor anak-anak yang perlu diberi perhatian di rumah. Durrani seminggu ini sering tidur lewat. Jam 12 malam matanya masih besar melayan televisyen dan bermain dengan permainannya. Habis bersepah satu rumah. Sekejap dengan buku, beralih kepada basikal kemudian bersepah dengan bedak. Sudah malas mengemas lantas aku membiarkan sahaja rumah bersepah bak kapal pecah. Sudah puas bermain mencari remote menyuruh aku membuka siaran 611 Astro Ceria. Habis semua rancangan dihafalnya. Kampung Boy, Tom Tom Bak, Adi dan Ayah, Hagemaru, Kapten Boleh dan entah apa lagi rancangan. Menonton penuh kusyhuk kemudian ketawa melihat aksi pengacara Aznil Nawawi. Apabila kanak-kanak menari dia pun menari sama. Kadang kala mengikut apa sahaja perbualan dalam rancangan itu.
Pernah aku menyuarakan pada suami kerisauan aku mengenai anak yang suka menonton TV atau terlalu obses dengan TV. Suami aku berkata biarkan saja dia masih kecil mahu meneroka banyak benda dan mahu belajar banyak perkara. Perkataan, nyanyian dan persekitaran. Lastas aku eyakan sahaja. Ada positifnya juga apabila melihat perkembangan Durrani yang makin petah bercakap serta pandai menjawab.
Kadang-kadang aku paksakan dia tidur, dia menangis mahu keluar bilik. Lantas dikatanya ,
“Mama ni sibuk jer,” Hamboi...sudah pandai pula menggunakan perkataan sibuk itu. Aku rasa dia mendengar aku pernah berkata suatu ketika dulu. Kadang kala aku yang tertidur dulu kerana terlalu mengantuk. Dikejutkannya aku kemudian disuruh aku menonton sekali bersamanya. Malam tadi ketika aku sedang berangan-angan mahu tidur terdengar dia bangun mengambil bedak, gincu, losen daripada atas almari solek kemudian dimasukkan dalam beg kecil. Dia membawa beg itu ke atas katil. Sambil duduk satu persatu barang dikeluarkan. Losen disapu ke rambut, bedak ke pipi manakala gincu Avon pemberian kak ANA patah dikerjakannya. Terus aku bingkas bangun untuk melihat apa yang berlaku. Aduuhh!.. melihat gincu yang sudah patah itu aku terus mengambilnya. Bedak yang dituang di atas cadar katil juga losen yang sudah dikerjakannya. Nasib baik dia tidak mengamuk. Aku melihat jam sudah 12.30 malam rupanya. Lalu aku memujuk dan membawanya ditidur dipeluk, ditepuk lima minit kemudian barulah dia tidur dengan lenanya.

Tuesday, January 13, 2009

tak sabo..

Tak sabarnyer aku nak nunggu 23,24,25,26,27 Januari ni. Belek-belek kalendar alah..lebih kurang 10 hari jer lagi. Bukan tak sabo sebab apa..sebab nak balik kampung. Ada kenduri sket kat kampung lebih penting aku nak makan nasi kenduri. Dah lama GILOS tak makan. Cam ngidam plak eewahhh. Dah terbayang-bayang dah lauk kenduri ayam masak merah cicah dengan air asam. pastu ada acar, dalca dan kari perrgghh..sedap siott. Nie yg buat aku tak sabo nak lik kg nie. Sebenarnya baru jer makan nasi kenduri itu masa kenduri Mawi tuh ttp yg tu masakan ala Moroco tak ler sedap sgt..yg aku tertunggu-tunggu Nasi kenduri yg dimasak oleh tukang masak di kg aku bernama PAK Long Awang. Mmg dia ler chef kalau ada kenduri kendara..sebab masih gotong royong lg kan..wpun kg-kg lain dah guna khidmat catering dah pun. Sebabnya kita org dan org2 kampung mmg nak khidmat Pak Long Awang nie lagi. kalau katering tak merasalah masakannya.

bila durrani menaip











Durrani mmg nak lepas gian dah lama betol dia tak main labtop aku nie sebab mmg aku haramkan dia pegang labtop baru aku nie. Jadi bagi memenuhi keinginannya yg nak menaip sgt tuh aku bglah guna labtop lama sambil letak keyboard komputer atas lab top tu. Pergghh...pastu laju jer dia menaip tak pandang orang dah.

Monday, January 12, 2009

Hikayat 1001 Malam Mawi & Ekin

Layan gambo-gambo dulu yer...
Aku tak dak bergambo ngan pengantin ttp ada bergambo dgn bekas tunang pengantin
masa makan beradab

Ina, suhaimi dan Hardie


Hiasan kat luar dewan

Meja makan pengantin



Meja press kat belakang uols..sebab tuh tak nampak sgt Mawi ngan Ekin ni


Pelaminnya biasa sahaja terlalu simple. nasib baik ada lampu-lampu tuh kalau tak..tak cantik langsung

Semalam aku ditugaskan menghadiri majlis perkahwinan Mawi & Ekin kemuncak perkahwinan di Palace Of The Golden Horses. Majlis bermula jm 8.30 malam ttp jam 7 aku sudah terpacak di hadapan dewan nan indah berkonsepkan Hikayat 1001 malam. Meriah sungguh penuh berwarna-warni, cahaya neon di sana-sini. tetamu ramai memenuhi tema lelakinya berjubah serta bertopi arab manakala wanita berselendang di kepala. Menarik juga... inilah julung-julung kali majlis perkahwinan artis berkonsepkan Arab.

Sementara menunggu majlis bermula mata liar memerhati artis-artis yg datang antaranya bakal pengantin baru Que Haidar dan Linda Jasmin, Linda On dan teman tapi mesra yg baru Mat Salleh gitu. Fahrin bawa Shca ko pun sibuk juga bawa teman lelaki Linda oiii..Cukup2 lah tuh. Fouziah Gous ngan Iqram Dinzly ini pun sama juga jika ditanya teman ttp Mesra macam ler wartawan tak tahu nak cover line ler tuh OPppsss ..terlebih sudah. Kak Nita ngan abg mahatdir, pelajar AF mmg ramai..cam reunion dia org pula. Sambil tuh dok bergosip lah dengan teman wartawan kat sebelah mengenai Mak Iti kita..patutlah tak datang rupanya majlis hari jadi dia 11 Januarikan??? haa...Rozita Cik Wan pun ada juga..cantik sangat patutlah Datuk K mengejar dia skang nie. Makan hatilah Mak Iti kita. Sian diakan...ttp menarik juga gosip terbaru yg aku dengar ni...iskk..iskkk jika betol bagai dikata ...Kasihan!!! sudah nasib badankan. Nak buat macam mana tanggung sajalah Mak Iti oiii. Ko yg nak sgt kahwin dgn Datuk K kan???sempat juga jumpa rakan-rakan wartawan Siti Dimiati, Juan, Ajib, kak Ros dan ramai lagi..maklumlah aku mmg dah lama sangat tak turun function hiburan. Bila bg tau anak dah dua terkejut korang eekkk...
hehheheh sorry nak citer lain terciter lain plak kekdahnya...
Ok..hebatnya majlis kahwin Mawi dan Ekin kali ni..segalanya indah belaka. Ntah berapa jutalah habis (ini kalau tak dapat sponsorlah). Lampu sahaja 400 biji, bunga-bungan lagi, pelamin semua, pakaian Rizalman tuh dekat RM65 ribu..pakaian Mawi RM15 ribu aduh..aduh...tidakkah ini pembaziran yg nyata. alangkah baiknya duit itu disedekahkan kepada mangsa Palestine di Gaza. Mudah-mudahan Mawi dan Ekin telah melakukannya. Apa lagi yg hebatnya...semuanya hebat-hebat belaka seperti perkahwinan putera dan puteri raja Timur tengah dalam cerita Hikayat 1001 Malam.
dalam mata dok liar melihat tetamu yg datang ternampak Ina Naim suaminya, suhaimi serta anaknya di belakang mejaku. aku pun tanpa membuang masa terus bersalam dengan Ina dan mengambil gambar. Macam mana perasaan Ina kan melihat bekas tunangan di pelamin nan indah. kalau aku ler tobat nak datang. Ttp aku respek ngan Ina nie muka sentiasa senyum walau dlm hati hanya Tuhan yg tahu. tentulah sedikit sebanyak dia terasa juga melihat jejaka yg suatu ketika dulu bertakhta di hati, berambil dan berantar dr Felda taib Andak ke KL untuk uji bakat AF, berkongsi cekodok bersama kini menjadi milik orang. Iskkk..iskkk hati perempuankan walau sekeras mana...bisa lembut juga. Tak perlah Ina dia pun berbahagia sekarang dengan anak yg comel bernama Hadie El fardie. Sedap nama itu.
Masa nak balik Ina sempat jumpa ngan Ibu Mawi. rasanya dorang nak jumpa dengan mawi dan Ekin sebab lama tunggu kat tepi meja makan tuh sian pulak aku tengok ketulusan hati Ina nie. Ttp akhirnya tak dapat jumpa sebab mawi ngan Ekin terus turun untuk potong kek. Ntah agaknya mawi buat-buat tak nampak kot. Iskkk..jahat plak mulut haku nie. Yerlah uols...aku tak pandang mawi ngan Ekin sangat sebab dok tengok si Ina ni. Dia sangat menjadi tumpuan pd malam itu. aku suka...
Kali ni yg aku perhatikan mgkin tetamu lain juga kot Ekin tak lepas laku macam majlis yg sudah-sudah. Tak derlah tangannya melambai ke sana-sini, mulut becok nak berbual sedangkan ko tuh raja sehari jagalah perilaku sikit. Agaknya sudah ditegur kot. Gitulah baru namanya raja sehari. Nampaklah manis dan sopan sikit. lepas ni mereka ke Korea pula berbulan madu di sana..moga berbahagia hingga ke akhir hayat. AMIN.









Shamin yang kukenali

Makan di kenny rogers haruslah ini menunya
Jumpa Shamin pantang jika tidak bergosip..."mak malu noq..."

Inilah teman-teman yg turut serta


hadiah yg tak seberapa

Jumaat lepas aku, anis, suzi dan Cik yam bertemu dengan Shamin di Kenny Rogers Mid Valley bersempena Besday Shamin yg ke 39 tahun. Sudah lama tidak bertemu dengannya sejak aku dalam pantang sehinggalah sekarang anak aku sudah memasuki usia 6 bulan. Dia masih seperti dulu tidak kurus, tidak gemuk, masih ceria dan becok berbicara, kira-kira 7 tahun lalu sewaktu aku mula-mula mengenalinya. ketika itu Jemang yang mengenalkan aku dengan Shamin. Di Kompleks Kraftangan kami bertemu untuk penggambaran kulit hadapan I-Remaja. Senang bekerjasama dengan Shamin maklumlah dia berpengalaman menyolek hampir 20 tahun. Aku suka solekannya natural dan dia cepat melakukan kerja. Tidaklah terhegeh-hegeh seperti make up artis lain yg terpaksa menunggu sehingga 2 jam barulah selesai. tetapi kesannya tetap sama tiada yang istimewa.
Dia juga tidak suka menyimpan masalah banyak juga mengenai dirinya diceritakan. Maklumlah orang seperti Shamin hatinya mudah tersentuh tetapi aku tidak ambil pot sekiranya dia merajuk. Biarkan saja lambat laun baiklah dia.
Sepanjang mengenalinya kami pernah ke Kelantan, Johor dan Kuantan Pahang bersama Safi untuk Roadshow I-Remaja. Dia tidak kisah mengenai bayaran, asalkan ada walaupun tidaklah mahal seperti majalah lain. Lagi satu Shamin sering menggantikan make up artis lain yang tidak datang, kiranya dia sering dipanggil sebagai penyelamat.
ketika bujang dulu aku juga sering mengunjungi rumahnya di keramat bersama Jemang dan Rin. Shamin suka berkaraoke pelbagai cd karaoke ada di rumahnya dan aku juga tidak ketinggalan. Dia menyediakan masakan, sebelum karaoke kami menjamu selera. Sabtu dan ahad berkelah di Ulu Yam hahhaha kenangan yang sukar dilupakan. Bersama rakan setugas bennie, aton, Mizan dan Rizal. Keseksian Shamin terserlah..kami hanya tersenyum gembira. Paling tidak dapat dilupakan apabila Shamin bersetuju menjadi jurumekap ketika perkahwinan aku pada 4 Dec 2006 lalu. datang berkereta kemudian ditinggalkan temannya. Akhirnya Shamin pulang ke KL menaiki bas ekspress akibat salah faham. Sebab itu kata Shamin tanggal 4 Dec sukar dilupakan.
Itulah antara kenangan aku dengan insan bernama Shamin Manja.

Sunday, January 11, 2009

bila hati menulis

Hari ini agak letih, minda terasa lesu. Akibatnya jam 9 pagi barulah aku terjaga itu pun setelah cahaya matahari memunculkan diri di balik tabir. Jarang aku terjaga selewat itu walaupun sebenarnya jam 9 pagi tidaklah terlalu lewat sekiranya aku masih bujang trang tang tang. Fahim disebelah masih asyik dibuai mimpi (mimpi apa agaknya si kecil itu). Durrani pula tidak bergerak-gerak setelah diberi susu jam 6 tadi. termangu aku sekejap di birai katil, mengeliat membetulkan urat saraf. Suami jam lapan sudah keluar ada over time banyak kerja perlu diselesaikan katanya. banyak komputer perlu dibaiki, kerana pensyarah sudah menanti.

Aku memperbetulkan rambut yang agak serabut lalu menuju ke dapur. mencari apa sarapan boleh dibuat.Arrghh..tiada apa boleh dimasak. Maklumlah sudah sebulan dapur tidak berasap. terdengar nada kiriman SMS daripada telefon bimbit.

"selamat pagi. dah bangun ker? nak breakfast apa pagi nie?" SMS daripada sang suami.

Aku membalas, "ala belikan apa-apa jer. Roti masih ada. Boleh makan dengan jem."

Baju-baju banyak belum dibasuh, lantas kukumpul dan dimasukkan dalam mesin basuh. Setelah mesin siap berputar kusidai. Menjenguk ke bilik sebelah...alahai..banyaknya saki baki baju minggu lepas masih belum dilipat. "memang benar sibuk sekali aku sampai tiada masa melipat baju. Bilalah boleh kulangsaikan kerja yang tertangguh ini. malam ini mahu menghadiri majlis perkahwinan Mawi dan Ekin di Palace Of The Golden Horses sudah tentu jam 6 sudah bertolak kerana mahu mencari cerita yang lebih eksklusif untuk buku mawi nanti. Aku sudah berpesan kepada zali Jurugambar yang akan menjalankan tugasan supaya mencari anggle terbaik untuk gambar kulit hadapan buku.

aku menjenguk ke bilik tidur rupanya Fahim sudah terjaga sedang bermain dengan selimut. Digumpal-gumpalnya dengan tangan kemudian dimasukkan ke dalam mulut. begitulah sehingga selimut itu basah dek air liurnya. Pantang ternampak apa sahaja pasti dimasukkan ke dalam mulut. Matanya bulat merenung, mohon diangkat. Aku membiarkan sahaja kemudian dia merengak. "amboi tadi masa tiadak nampak aku boleh pula bersendirian. Gitulah apabila dia sudah mengenali mamanya."

Aku mengangkat terus tersenyum bahagia dalam pelukanku.

"ma''mama..mama." terdengar Durrani bersuara sambil bangun menghampiriku.

Aku mengusap-usap rambut sambil mencium pipi mongelnya itu. lantas ku pegang tangannya lalu dibawa turun dari katil. Menuju ke ruang tamu mencari remote control TV aku menekan butang 611 Astro Ceria sudah semestinya. Jika tidak Durrani pasti merengek.

Sementara menunggu mesin berputar membasuh baju untuk kali kedua aku memandikan fahim. Seronok benar dia bermain air ketawa mengekek-ngekek tatkala kurendam dia dalam besen. tangan comelnya menepuk-nepuk air, lantas dia ketawa apabila percikan air terkena muka. aku membiarkan saja. melayan kerenahnya. Terasa hati terhibur..lupa segalanya seketika. Selepas dimandi, disapukan bedak kemudian dipakaikan baju. kemudian giliran Durrani pula. kerapkali dipanggil ada sahaja jawapannya, "jap..japla mama..engok IVI lah mama," katanya.

akhirnya jam 12 barulah aku dapat memandikannya tahu pula dia membezakan antara hari bekerja dan hari minggu.

Friday, January 9, 2009

tak pakai pampers

Isnin lepas kat umah baby sitter

aku: kak fatin (panggilan untuk Durrani) sekarang ni dah boleh bg tahu nak buang air dan buang air besar. Kat umah sabtu ahad saya dah tak bg dia pakai pampers lagi. Dah lama dah dia boleh bg tau.

Baby sitter: Yer ker? anak-anak yg akak jaga ni biasanya umur 3 tahun barulah akak ajar tak pakai pampers. Lagipun susah juga kang dia tak cakap habis kencing merata-rata.

Itulah perbualan aku dengan Baby sitter waktu aku bg tahu yang Durrani dah tak perlu pakai pampers lagi. Tapi baby sitter aku cam takut-takut plak sebab katanya anak-anak yg dia jaga dekat 3 tahun baru dia ajar. Aku jadi serba salah pula dah dia kata cam tuh..jadinya memang masa aku hantar Durrani aku akan pakaikan dia pampers so bila sabtu ahad dan hari cuti mmg aku dah tak pakaikan pampers kecuali waktu malam sahaja. Sebenarnya masa usia Durrani genap 2 tahun saje aku nak test kefahaman dia setakat mana so aku pun testing jerlah tak pakaikan dia pampers. Tapi mulut aku berkali-kali pesan..

"Durrani nak kencing bg tau mama. nak beyak bg tau mama. mama tak pakaikan durrani pampers tau" dia hanya angguk2 sambil mata tak berkedip2 agaknya nak faham apa aku cakap.
tetapi hari pertama mmg susah sikit sebab dah kencing barulah dia cakap...dan pernah terberry-berry sekali kat ruang tamu. Alahai nak ajar anak kena banyak sabar..ttp aku tak putus asa teruskan juga tak bg pakai pampes..walaupun teruk juga kena mop lantai. yerlah kena betul-betul bersih kan karang tak sah sembahyang plak kalau terpijak. Dua hari memang menguji kesabaranlah... aku try lagi dan masuk hari ketiga dia dah boleh cakap ttp bg tau tak sempat-sempat agaknya dah sampai hujung baru cakap "ma...ma... nak cing. cepat-cepat" sambil pegang kat 'anu'nya itu. kelakar pun ada juga.

penah juga dia main-mainkan aku setiap 5 minit nak cing ttp tak cing pun sajer jer nak masuk toilet. Sekarang ni dah okey dah..dah boleh bg tau. Cuma nak buang air besar aku macam takut juga ler terlepas kat mana-mana dia sempat. kat rumah baby sitter tuh aku rasa biarkan sajerlah sehingga dia rasa selesa untuk tidak pakaikan durrani pampers.

memasak @ tidak

Kadang-kadang aku rasa bersalah pada suami aku...rasanya macam aku tidak menunaikan tanggungjawab sebagai isteri. Bukan tanggungjawab apa pun aku rasa sudah lama dapur aku tak berasap. dua bulan lebih agaknya. tambah-tambah sejak aku sibuk dengan pencarian Gadis hari tuh teruslah sampai sekarang aku tidak memasak baik pagi, tengah hari usah ceritalah dan malam. Malah hujung minggu juga aku tidak memasak. Biasanya perkara ini berlaku ketika aku mengandung saja itupun di awal kandungan. Tetapi sekarang aku tidak mengandung atau berbadan dua. Tetapi kemalasan aku tetap ada malah makin bertambah. Apakah puncanya...mari kita terjah ( cam ayat Melodi plak)..

Itulah di lubuk hati aku ni rasa cam kesian plak pada suami sebab asyik makan kedai jer..sarapan pagi pun aku order jer nak roti canai, roti sardin atau roti tampal. tengah hari begitu juga..malam pun sama. Terasa senangnya hidup. Yerlah sebagai isteri banyak benda nak buat kat pejabat balik umah kemas umah, basuh baju, lipat baju, jaga anak bla..bla..bla..dan suami hanyalah menonton TV, layan tenet dan jaga anak sikit2 jer. Sebab itulah sebelum kahwin lagi suami aku sudah tahu mengenai perkara ini "isteri bukan maid anda" semua kerja nak kena buat. Dia adalah wanita istimewa di hati anda. so kalau istimewa kena layanlah sebaik mungkin. ahhahaha..ada suami-suami nak protes tak???

dan aku cukup tak setuju kalau isteri yang terdera fizikal secara tak langsung. kena buat semua kerja rumah tanpa bantuan suami. Banyak isteri cam tuh zaman sekarang nie. Dah lah gaji isteri kena bayar itu bayar ini..suami tak bagi nafkah zahir lagi satu perkara. Sebab walau macam mana sekalipun isteri itu bergaji besar tetapi nafkah duit harus diberikan. Tetapi hal ni bergantung pada persefahaman suami isteri kalau suami bergaji kecil takkan nak minta juga tak???? suami pula jgnlah ambil kesempatan bila isteri dah sanggup keluarkan duit dia...takkan lah bab membuat kerja rumah semua isteri nak buat. Pastu tak faham langsung nak-nak juga isteri ni memasak walau isteri ni penat. hehhehe..kalau aku belasah jer.." mama penatlah malam ni tak nak masak"

Cam aku ler sejak dua menjak ni aku rasa keletihan melampau. Bila sampai umah biasanya jam 7.30 atau jam 8 malam dah flat...layan anak-anak kemudian bg dia orang tidur dgn aku tertidur sekali. Lagi pun Durrani bila balik kerja sangatlah nak dimanjakan..amik buku nak suruh kita kat sebelah dia...ambil mainan minta aku main sama. Pendek kata aku sentiasa kena ada kat sebelahnya. Drp menyibukkan diri di dapur baiklah aku layan anak-anak yg kekurangan kasih sayang ni sepanjang hari dr jam 9 pagi hingga 7 malam bersama baby sitter. tak GITU????

sebenarnya suami aku tak kisah pun makan luar cuma pernah juga dia kata " dah lama mama tak masak" alahai itu ayat-ayat nak suruh aku masaklah tuh. Bg aku apabila suami isteri bekerja dan pendapatan digunakan sama banyak kerja-kerja rumah bukan lagi menjadi tugas isteri semata-mata. Suami juga kena ambil tahu. Sebab itulah bila aku tidak memasak suami aku faham itu bukan tanggungjawab aku tanggungjawab dia juga untuk cari makanan untuk aku dan anak-anak. dan sekarang nie tanggungjawab memasak dlm erti lain membeli makanan aku serahkan kepadanya. Nanti-nanti apabila mood aku sudah segar dan keinginan memasak kembali aku pasti akan menceriakan diri di dapur. sekarang biarlah dapur aku tidak berasap untuk dua atau tiga bulan nie. hehhehehe ayat-ayat cam tak mau memasak terus jer...Idaklah begitu cuma tengoklah kalau aku dah rajin. saper kata memasak jimat??? sama jer aku rasa..

Thursday, January 8, 2009

selamat jalan

"Mu dapat pegi ke tak hantar kawe ni," itu SMS yang aku terima jam 12 tengah hari semalam tatkala aku sibuk dengan penggambaran cover bersama Dafi.
"Alah tak dapatlah tengah sibuk nie td shoting start lambat tak tahu jam berapa baru habis," balasku semula. Walaupun aku tahu jawapan itu pasti akan menimbulkan riakkecewa pada wajahnya. Hendak buat macam mana aku terpaksa, bukannya aku tidak mahu turut serta menghantarnya ke airport tetapi aku terlalu sibuk. Sungguh dengan kerja yang masih belum siap, pertama kali menyusun pagination, menyemak lay out dan pelbagai tugasan baru yg lain. Jadinya hasrat untuk menghantar adik bongsu kesayangan aku ke KLIA petang semalam yang akan memulakan tugasan baru di Kuching Sarawak berkubur begitu saja. aku tahu sedikit sebanyak dia mahu aku menghantarnyya sebab itu malamnya dia menghantar SMS bertanya disusuli dengan telefon.

walaupun aku tidak turut serta aku mendoakan moga dia berjaya dan gembira di tempat baru. Mungkin untuk memulakan kerja mengambil masa memandangkan Sarawak tidak sama dengan Semenanjung. Tetapi memang itu sudah pilihannya. Ketika mula-mula menerima tawaran kerja dia sudah memberitahu mahu memilih Sarawak sebagai lokasi walaupun ada tempat lain ada kekosongan misalnya Kelantan, Pahang dan Perak. tapi adik aku itu..ehhmm aku mmg sudah faham dengan perangainya, alasannya elaun seberang laut yg banyak serta mahu berubah angin di tempat orang. pada mulanya mmg aku tidak menggalakkan dia memilih Sarawak maklumlah dia perempuan, belum berkahwin, tiada saudara mara di sana, jika ada kecemasan siapa yg akan membantu. Begitu juga kedua ibu bapaku risau benar pertama kali diberitahu. TTp nak buat macam mana. Jika aku ditempatnya... pasti aku memilih tempat yg dekat dengan mak dan abah. Senang tiap minggu boleh balik menjenguk mereka. Tetapi itu aku...itulah yang membezakan aku dgn dia. Dia walaupun nampak lembut tetapi hati mudah tersentuh, mudah merajuk dan mengalirkan air mata. Seorang yg aktif, agresif dan agak berani. hampir 2 tahun di KL dia lebih tahu jalan-jalan di KL berbanding aku yg agak penakut, boleh memandu kereta seorang diri dr KL ke Parit Buntar hingga ke Penang. Jika aku jgn haraplah aku lebih sanggup bersesak-sesak di puduraya mencari tiket bas.
aku berdoa moga dia berjaya di sana. Esok-esok bolehlah aku bercuti ke sana....

Wednesday, January 7, 2009

sajer..

aku nak glamer...jaja gambo sendiri. Sajer jer..dah lama tak amik gambo sendiri. Nielah muka terbaru aku dan wajah terbaru anak teruna aku. abaikan jer kalau muka aku senget atau nampak gigi jer..tak pro amik gambo sendiri.
nampak cam aku kurus sket kan..kan..kan???








Bila Durrani jd cikgu


Bila Durrani jadi cikgu....













Kelakar ler juga bila Durrani ajar adik dia membaca. Mula-mula dia ambik buku kemudian baca ABC... pastu dia panggil adik dia, "Aim..aim..aim..aca uku. Aim aca uku," sambil tunjuk-tunjuk perkataan dlm buku tuh. Penuh excited..dan bertanggungjawab cara dia ajar tuh. Bila adik tak amik tahu dipanggil lagi namanya. Camlah adik tuh faham.