Monday, July 12, 2010

kakak dah jumpa CD ayam

Petang semalam masa tengah kemas rumah sapu sampah bawah rak majalah, terjumlah vcd Abu Ada Ayam. Terus Durrani menjerit, "mama dah jumpalah cd ayam," suka benar dua beradik bila jumpa cd ayam terus jer pasang.



Mungkin ibu bapa lain dah lama tahu mengenai pengajaran menggunakan kaedah Bacalah Anakku ini. Aku baru jer cuba nak praktikkan kepada anak. Tak perlah walaupun anak dah nak mencecah usia 4 tahun bulan 10 nanti, aku rasa belum terlambat untuk mengajar. Walaupun rata-rata sekarang ni usia 5 tahun dah boleh membaca ada yang lebih excellent usia 3 tahun memang dah pandai membaca dengan lancar itu bg ibu bapa yang rajin dan kuat semangat mengajar anak.

Dulu pun aku ada semangat begitu juga, tapi memang tak tahu teknik apa yang sesuai.
Lepas dah kenalkan dia dgn huruf ABC...Z, dan lepas tu aku tak tahu macam mana nak ajar. takkan nak gunakan kaedah macam aku gunakan di sekolah dulu dengan mengeja suku kata misalnya BUKU (bu..ku) wah kalau gitu berapa banyak huruf anak kena hafal dan aku rasa mesti anak susah nak ikut. Tambah pula bagi aku yang tak ada masa nak ajar anak dan akan cepat rasa bosan atau marah apabila anak tak mahu ikut apa yang kita ajar. Mgkin kalau cikgu tadika yang setiap hari mengajar, akan lebih mudah kot
Memang aku cuba teknik membaca suku kata, tapi selepas itu mati di situ sebabnya aku sendiri pun tak ada pendedahan serta teknik yg betul org kata main hentam koromo sahaja.
jadi selepas berjumpa dengan set Bacalah Anakku ini, baru ler aku cuba praktikkan pada anak. Alhamdulillah budak senang belajar dlm masa 2 minggu dia orang dah boleh hafal bunyi setiap huruf. Cara mengenal bunyi fonetik lebih berkesan berbanding mengenal huruf. Misalnya A (aa), B (beh), C (ceh)....sehinggalah Z (zeh). Sama macam kaedah al-Furqan.
Sekarang ni bila dah boleh kenal bunyi huruf barulah masuk dalam fasa kedua (mcm bina rumah pulakkan) iaitu nak menyambung bunyi dua huruf. Wah masuk fasa ni agak mencabar sikit, maklumlah budak-budak cepat bosan belum 10 minit dah menguap, "mama ngantuklah," mama susahlah," mama ajar lainlah," kalau kakak ok lagi kita kata "duduklah dulu habiskan buku ni,"
dia nak juga ikut... kalau adik yang baru 2 tahun tu sekejap ikut, sekejap main basikal lepas tu sambung balik belajar, alahai pening kepala mama kalau cam ni. Tapi bila kita suruh si adik sebut ada juga huruf yang dia dapat ingat. Lepas tu aku biarkan jerlah..kalau dia nak main...kdg2 belajar sambil dia tengah main.
Agaknya sebab itulah ibu bapa susah nak ajar anak sendiri sebab biasanya budak-budak dgn maknya manja bukan main tapi kalau dgn pengasuh atau cikgu ok pula boleh ikut arahan. Sebab itulah aku respect pada ibu-ibu yang boleh ajar anak sendiri di rumah. Work at Home Mom (WAHM) usia 3 tahun anak dah pandai membaca dlm BM dan BI, fasih berbahasa Inggeris dan mengaji juga menghafaz 30 surah al-Quran. Macam Darwisya yang boleh hafaz 30 surah al-Quran. Memang aku sangat kagum.

10 comments:

♥MAMASYAZA♥ said...

happy la durrani bila cd ayam dia dah jumpa, sikecik akak tu tak habis habis ngan cd papadom. hari2 nak tengok citer tu ja

rynas said...

mamasyaza: cd papadom? best ker citernya tuh

rynas said...
This comment has been removed by the author.
mak encik | SZ said...

siri phonik mmg bagus kak! sarah pun cepat belajar membaca guna buku ni..tp kat tadika la... lagu abu ada ayam tu mmg best la! :)

rynas said...

Sz: aahh skang kat tadika mmg semua budak dh diajar guna kaedah fonetik kan.maybe adalah kot tadika yg masih pakai kaedah tradisi tuh. harap2 akak ni mampu ler nak ajar sampai dorang pandai membaca. jagn hangat tahi ayam sudah hehhehe

Kaklong Nuzula said...

ok la tu.. insya-Allah anak2 dpt membaca nanti..

p/s: takde istilah terlambat dlm pendidikan anak2.. yg penting kita sentiasa berusaha utk mendidik/ mengajar mereka.. hehe..

rynas said...

kak long: aahh betul tu kdg2 ibu bapa suka compare dengan anak org lain. tapi sebenarnya itu tak bagus. baiklah saya akan berusaha ke arah itu. thanks kak long

Mag said...

heee..macam best jer. mana nak beli cd ni?

Lelord said...

huhuhu biler balik raya sok leh cari ni

rynas said...

farah: nanti dh ada anak bleh ajar anak. beli kat kedai atau ada jual online

Lelord: hehhehe..beli jgn tak beli