Monday, July 26, 2010

share pengalaman pilih tadika anak..

Sabtu lepas aku menghadiri konvensyen Pusat Jagaan Kanak-kanak, Tadika dan Taska untuk negeri Selangor. Ramai tetamu yang datang hampir memenuhi kerusi dewan dalam bangunan SUK tuh kebanyakannya mereka ni pengusaha Taska dan Tadika di Selangor.
Antara yang dibincangkan adalah cabaran pusat jagaan kanak-kanak, Tadika dan Taska pd masa hadapan. Yerlah sekarang ni pun dah nampakkan peranan penting pusat jagaan kanak-kanak ni kerana ibu bapa menyerahkan tjawab menjaga anak-anak kepada pusat jagaan dan juga taska ni sepenuhnya. Hantar pagi balik dah senja... ada yang sampai malam. Jadi anak-anak mmg lebih lama di taska atau pusat jagaan kanak-kanak berbanding dengan ibu bapa sendiri di rumah. Jadi peranan mereka sangatlah penting.

Sempatlah juga berbual dengan beberapa pengusaha pusat jagaan kanak-kanak dan juga tadika. Wah banyak masalah dia orang ni kan. Ingatkan senang nak buka Taska ni dan beri keuntungan banyak. Rupanya tak. Banyak karenah birokrasi yang terpaksa di hadapi termasuk juga ibu bapa yg terlalu menaruh high expetation pd anak-anak dgn harapan bila dah hantar tadika anak akan pandai, dibandingkan bayaran yg tidak seberapa. Itu mmglah tidak dinafikan sebabnya perkhidmatan berbayarkan mestilah ibu bapa mengharapkan anak akan pandai apabila hantar Tadika.

Bayaran untuk anak juga menjadi masalah, menurut dia orang ni sekarang harga untuk pusat jagaan kanak-kanak dan taska untuk seorang baby perlu distandartkan menjadi RM300.
kalau tak salah sekarang ni baru RM250 kan untuk baby. Bayangkan mgkin tahun depan bg yang ada 2 anak di bawah 4 tahun kos menghantar 2 anak di taska ialah RM600 kalau 3 anak mahunya RM800 (sebab nak kena hantar anak yang transit).

Pilihan lain kena amik maid..tapi aku mmg tak prefer maid walaupun bayaran lagi murah baru RM450 kan untuk jaga 2 atau 3 anak malah 4 anak pun bayar macam tu juga kalau yg baik hati tu naikkan lah menjadi RM500-600. tapi still lagi rendah drp hantar kat Taska dan maid boleh buat kerja rumah sekali. Namun banyak juga masalah amik maid ni, maid lari pastu kena ambil lagi bayar lain lagi dah ler bayaran nak amik maid mencecah RM6000. yang paling tak tahan bila maid dera anak atau bg makan yang bukan-bukan. Nauzubillah..biarlah hantar anak kat taska atau rumah pengasuh pun yg penting terjamin jagaannya.

Tidak dinafikan dengan perubahan masa dan teknologi industri menjaga kanak-kanak ni semakin berkembang. Maklumlah semua ibu-ibu bekerja, terpaksa menghantar anak untuk dijaga di rumah pengasuh dan taska. Mana tahukan...lama-lama pengasuh akan dinaiktaraf sebagai cikgu, yerlah tugasnya selain jaga anak kena ajar anak juga di taska.

Sempatlah juga aku tengok2, tanya2kan tadika yang ada di Bangi sebab tahun depan nak hantar Durrani tadika. yang penting kena pilih yang berdaftar sebabnya ada juga tadika yang tidak berdaftar...kena tgk surat drp PBT dulu sebelum nak check yang lain.
Sekarang masih survey dulu mana tadika yang sesuai..kat Bangi ni ada Tadika ABIM, Smart Reader, KUMON pun ada, lain-lain tu tadika biasa lah..tapi tadika biasa pun belum survey lagi macam mana pengajarannya. Tapi normaly sama jer kot eehhh??

Bagi yang dah ada pengalaman hantar anak Tadika boleh share tak...tadika macam mana yang menjadi pilihan korang serta bayarannya? bayaran berbezakan ikut Tadika?
pengalaman uols ni bolehlah aku gunakan untuk pilih tadika Durrani nanti..sekarang dah sepatutnya nak daftar takut penuh pulak nanti.

14 comments:

Ena said...

sy cuma hantar anak sy kat PASTI aje.. pendaftaran RM3++.. monthly cuma rm70 je.. transportation rm 30.00

kasihibu said...

Masa akak hantar anak di TASKA, s.alam dulu
masuk taska, lihat keadaan bilik tidur,belajar,ruang makan
aktiviti, jadual segala
termasuk penjaga2 di taska tu

♥MAMASYAZA♥ said...

pengalaman akak yang lepas2 hantar anak kat tadika ni, akak lebih suka pilih tadika yang dekat ngan umah, senang nak g amik bebudak tu balik. akak pilih tadika perpaduan, lebih kurang cam tadika kemas jugak la, tak pasti le pulak, katsana ada ke tidak. cara pengajarannya pun amat memuaskan, kiranya anak2 akak cepat mengenal huruf dan mengira disamping usaha kita kat umah ajar anak2. tapi sekrang ni memang byk tadika yg terkenal cam smartreader, kumon nak macam-macam lgik. buatla pilihan yang tepat, bawak anak ke tadika tu, tgk apa reaksi dia, suka ke tidak

Fieza79 said...

tadika yg mahal bayarannya sll jd pilihan sbb dh tau byran sntiasa sesoai dgn tahap pembelajaran...itu pengalaman fieza

kalau yg murah sgt tu fhm2 je la kalau anak kita nnt taktau pa2 jgn disalahkan anak tu plak kan...

mahal pon kena tgk2 jgk dn kalau sesape yg penah da pengalaman di tadika bekenaan kita soksek2 la...dpt kan info..

Zue AnnaLeeya said...

kat kuantan nih klu htr baby kt tska, paling tggi pon rasanya RM200 jerk... klu taska yg elit tuh mgkin mahal la... tapi sy htr anak skang pon baru RM170... htr dari baby lagi tuh... sib baik hrga kt kuantan nih ok lagik... mahalnya taska kt sana yer...

ANAKIRANA said...

maid skrg pon dah gaji standard rm600 ....

mcm sy mmg pilih nak antor tadika mimos ni sbb..senang satu opis..sekali mai keja
pastu ..tadika+nursery.. ..pastu murah lak tu..mmg tak dapat kat luar rege ni..

-tgk kaedah pembelajaran..guna teknik apa

-tny pengalaman parents yg dah antor kat situ...mcm mana..ada perubahan ker..success ke idak..

-aktiviti2 kat tadika tu

-cikgu2 mcm mana.mesra ke garang ke mcm mana

Yan said...

yan ske tengok adik yan dulu pegi TASKI... ske dgn ape yg diajar.. doa2 seme dia pandai..

yan sebenarnye prefer maid dari antar kat pengasuh.. mungkin sbb da banyak kes.. yan jadi tak percaya// mujurla yan ade MIL yg dekat..

MummySuri said...

kakaksaya suggest kalau nak amik maid, amik dari agensi. sebab dorang dah di train sikit benda2 basic. bayarannya mahal sket, 600 sebulan. kalau yang 450 tu, kita kene ajar dia buat keje. saya pun tgh berdebar ni, tah macam mana la maid yang sampai kat umah saya nanti. tawakal je lah semuanya ok....

ayah,ummi, farish said...

maya lum lagik ader pengalaman...sbb farish br jer 1 year...tp mmg dah terfikir gak pasal nk cari tadika utk dia nnt..mmg betul..skrg mmg tadika semua mahal2...tp demi anak..kita kena byk berkorban utk dia

rynas said...

wah banyak betul pendapat yer..terima kasih yer semua. Semua pendapat uols sangat berguna dan boleh dijadikan panduan.

suhida said...

rynas, mmg susah nak cari taska yang sesuai.taska pun mcm2 sekarang ni, bukan maid je yg problem. taska pun klu tak betul, boleh jadi bahaya pada anak.semua ni rezeki dan hati kita je rynas.anyway, smoga rynas jumpa tadika yg sesuai utk anak ye.
*untuk razi dan izt,sebulan je da rm700.huhu..

rynas said...

suhida: yer 2 anak dah 700 yer itu belum masuk yg lain-lain lg tuh. kos kan hidup kat bandar ni harap2 dimurahkan rezeki ler lagikan. Tu ler Suhida nak pilih betul-betul harap2 dapat ler jumpa yg terbaik.

Izan Ishak said...

mcm izan kat sini, kami pilih PASTI je. Sama cam Ena sebab silibus pembelajaran dia okay, tp sblm tu mmg pastikan anak2 dah ready ke tadika...ajar basic2 dari rumah, lagipun mmg izan dok umah kan~~

rynas said...

izan: itu ler satunya untung bg ibu yang sepenuh masa kat umah boleh ajar anak dulu. thanks Izan